Selasa, 21 Januari 2014

27 Bangga dengan filem Hollywood terbitan anak melayu

Akhir tahun lepas, hangat kisah pasal anak kepada DS Rosmah Mansor yang juga anak tiri kepada PM kita DS Najib Razak iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz, 36 tahun, telah membeli kondo RM110 juta di New York. Sebelum ni ada orang suruh komen pasal benda tu tapi aku malas nak ambil port sangat sebab aku bukan tahu pun pasal dia, lagipun macam mana liku2 perjalanan dan cabaran yang dia pernah lalui dari dulu sehinggalah berjaya menjadi produser filem Hollywood serta co-founder dan CEO syarikat Red Granite Pictures tu aku pun tak tahu.


Mungkin memang dia bermula dari bawah sehinggalah mencapai apa yang dia capai hari ini kita tak tahu. Malah walau ada orang persoalkan siapa yang biaya dan beri dana untuk terbitkan filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio yang bernilai RM326 juta sehingga mengaitkan dengan DS Rosmah Mansor, kita pun tak tahu. Cuma aku lebih tertarik dengan berita dan blog2 yang menyatakan anak First Lady of Malaysia ni berjaya harumkan nama negara serta berbangga kerana ada anak melayu yang kaya dan berjaya.
Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara Di Golden Globes

LOS ANGELES: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu mStar Online dalam temu bual eksklusif bahawa dia sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan 'committed' terhadap tugasnya,” ujar Riza.

DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.

"Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," puji Riza.

Sumber Mstar.

Dipetik pula dari MalaysiaGazette yang memberi pujian melambung2 kepada beliau:
Sementara itu rakan rapat Riza ketika dihubungi MalaysiaGazette di Amerika Syarikat memberitahu, sebagai menyahut cabaran ibunya, Riza mula berkecimpung dalam bidang pelaburan dan perbankan di luar negara termasuk di London sesuai dengan latar belakang pendidikannya. Beliau memperoleh nama-nama besar sebagai pelanggan.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong anak muda itu bersama rakan-rakannya memulakan perniagaan perfileman di Hollywood sehingga berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal.
Malah katanya, pembabitan Riza itu juga berjaya memecahkan monopoli Yahudi dalam dunia perfileman di Hollywood.

Kata rakan rapat itu, berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil Riza akan menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan untuk Golden Globe Award dan anugerah Oscar yang berprestij itu.

"Siapa tahu satu hari nanti Riza boleh membuka laluan kepada pengarah-pengarah filem di negara ini untuk mengarah filem di Hollywood, begitu juga membawa pelakon-pelakon tempatan menempah nama di sana." katanya.

Banyak juga komen2 yang aku baca mempertahankan anak DS Rosmah serta berbangga dengan pencapaiannya sebagai seorang anak melayu yang berjaya menjadi produser di Hollywood dan menerbitkan filem, malah mengecam orang melayu lain yang selalu dengki dan iri hati tak boleh tengok orang melayu lain kaya dan berjaya:




Bila aku baru nak mula berbangga dengan kejayaan seorang anak melayu yang berjaya mengharumkan nama negara, menjadi seorang jutawan dan menembusi pasaran perfileman Hollywood, tiba2...
Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.
"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.
Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu diucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.

Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.

Sumber Malaysiakini, Malaysianreview, Daily Mail UK, NY Daily News, NME, Hollywood Reporter dan Screen Rant. Ya, berita2 macam ni mustahil dilaporkan kat akhbar arus perdana.

Oh ok... terus tak jadi nak bangga. Baru ingat nak sokong filem barat yang dihasilkan oleh anak melayu, tapi nampaknya terpaksa lupakan jelah. Filem ni bukan sahaja diharamkan di Malaysia, Nepal dan Kenya, malah 3 babak dipotong di India dan 40 minit dipotong di Dubai. Kalau macam ni gayanya anak melayu buat filem kat Hollywood, takdelah pecah monopoli Yahudi mana pun, sebab buat cerita gaya Yahudi jugak. Takpelah, buat jelah filem kat Malaysia.

Macam mana ek, filem Hollywood pertama dihasilkan bersama oleh anak melayu, tapi filem kena ban kat negara sendiri. Camana ek rasanya kita sebagai anak melayu yang harus berbangga dengan pencapaian seorang melayu yang lain? Nak rasa bangga ke atau rasa malu?

Btw PERKASA pun kesal juga dengan filem ni. So... ada tak sebarang demo ketuanan melayu yang nak dianjurkan untuk membantah filem ini?




tags:riza shahriz abdul aziz anak ds rosmah mansor tiri najib razak pm perdana menteri beli kondo rm110 juta new york penthouse ceo produser co-founder syarikat company red granite pictures biaya fund dana terbit filem the wolf of wall street lakonan leonardo dicaprio rangkul menang anugerah golden globes bangga puji harum nama negara dengki iri hati tak boleh tengok orang melayu kaya berjaya komen facebook blog kontroversi ban gam haram malaysia nepal kenya lucah mencarut f words f-bomb fuck melancap onani pesta seks gay liar hembus kokain bontot punggung perempuan perkasa kesal

27 ulasan:

  1. filem ni nampak menarik. cuma kesian..penjaga kalimah Allah mesti tak sampai hati nak nonton.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem ini tidak akan wujud jika anak Najib diberikan pendidikan mengikut acuan PKR..

      Padam
    2. fake anuar ibrahim ni robot kot

      Padam
  2. berjam2 aku paksa diri aku utk turut sama berbangga. Tapi hampa. Akal logik dan waras aku tetap menafikan bahwa kita patut berbangga.
    Aku lebih memilih utk rasa malu atas keterlanjuran seorang umat Melayu Islam berkongsi perangai Yahudi.

    BalasPadam
  3. Ye la... asyik asyik org lain yg salah... yahudi la, cina dapigs la, keling la. Pastu, ko tengok la... yg lancap depan komputer masa tontoni aksi seks movie ni siape ye?

    BalasPadam
  4. penyokong kristian dan LGBT macam geng pr mesti bangga pasal filem ni dan buat rujukan...

    BalasPadam
  5. cerita ni 3 jam, babak bogel dekat 1/3 dr seluruh cerita. dah macam filem porno tp ada plot cerita

    BalasPadam
  6. megabidaman pun ada ...haa.haa...macai yang selalu hentam pembangkang kat malaysiakini..

    BalasPadam
  7. cmni la..bangga dengan pencapaian dia,tapi malu dengan jenis filem yg dihasilkan.

    Pusing2 balik..ramai org kita 'dipandu' oleh duit. Kemewahan hidup dengan agama ni saling berlawan. Cuma orang yang betul2 kuat imannya..walaupun hidup mewah,tapi sentiasa kuat beribadah. Kalau setakat iman pun bak angin yang menghembus sayu, jgn harap la dapat tahan angin kemewahan yang bak ribut tu.

    Allah Maha Adil. daripada pengalaman hidup aku, aku tgk setiap org yg dianugerahkan tuhan dengan sesuatu yang lebih dari org lain,akan ditarik pula sesuatu supaya kurang dari org lain. tiada seorang pun didunia ni yang hidupnya lebih segalanya dari org lain atau kurang segalanya dari orang lain.

    Pendek kata..Allah dah bagi kau kemewahan,kau salahguna..paham2 je la akibatnye.lebih baik hidup tak mewah..tapi penuh berkat.

    BalasPadam
  8. Aku kagum cara dia berkawan, menangi pengaruh org ternama, dan buat pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Ternyata dia bukan calang2 orangnya, (tapi ramai orang mungkin tak setuju sebab dia anak rosmah, yang ada rangkaian hubungan besar serta ada pitis besar)

    Agak tak heran camna dia boleh mampu beli rumah RM 110 juta di New York, kalau korang baca sejarah penglibatan dia dalam bidang pelaburan la.


    Tapi bab moral ataupun agama, rasanya dia ni lebih kurang sama je dengan geng2 kapitalis yang lain. Keutamaan untung lagi tinggi dari moral dan pahala akhirat. Dapat rasakan generasi akan datang bertuhankan bahana2 kebendaan.

    BalasPadam
  9. aku pasti akan menonton filem ni.. org ckp kalau nak komen lebih2 kena la tengok dulu.. nnt kalau DVD yg original copy dh keluar sure aku beli huhu.. anyway awex aku si Aila ni mane pegi..? dh x berminat nak menulis lagi ke..? atau sedang mengumpul bahan2 utk entri baru yang menakjubkan..? hehe

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. itu cerita syok sendiri.
      bikin konfius peminat mitos org Viking je. jauh sangat putarnya

      Padam
  11. setuju dgn noob. nak bangga mende anak Malaysia wt filem kt Hollywood, konon pecah monopoli yahudi kalau hasil xde beza atau lagi teruk dari filem keluaran yahudi?

    BalasPadam
  12. beliau terpaksa membuat filem mengikut acuan barat demi mendapat nama di barat
    jadi bagi pendapat saya jika dah dapat nama nanti jangan lupakan dari timur anda berada
    dan mohon beliau berfilem timur serta beradab mulia dalam setiapa babak baru filem yang nak diangkat nanti lebih diangkat kerana kebijaksanaan bukan kelucahan :)
    sekian daripada wartawan Doyok Koyok

    BalasPadam
  13. dah tgk citer ni...gua beli yg cetak rompak jer...mmg lucah jer..hahahaha

    BalasPadam
  14. Baik tgk cite ustaz mu tunggu aku dtg
    .even xla box office smpi satu dunia tgk n dpt anugerah hebat2..tp pengisian lagi penting dr pegiktirafan dr manusia yg fasik lagi kafir. Belum cite lg keuntungan cite barat 2 dikira berkat pahala atau dosa bertigkat2 smpi bg anak bini makan

    BalasPadam
  15. Tu namanya kerja yg sia2 dan tak pikir panjang... nak bangga apa kalau spend sampai beratus juta untuk hasilkan sesuatu yg in the end kena banned dan dipotong oleh beberapa buah negara, termasuk negara sendiri? Kena banned sbb lucah pulak tu, sapa2 yg boleh bangga dengan 'pencapaian' yg serupa tu, regardless dia muslim atau tak, mmg aku tak tau nak kata apa, mungkin dia tak tau akan perkara sebenar ataupun dia just in 'great denial' yg nak sangat2 tengok 'anak melayu berjaya' di peringkat antarabangsa for no matter what reason it may be, kesian... are we that desperate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem titahnik tu pun lebih sejam dr aksinya dipotong kan? Desperatenya james cameron

      Padam
  16. tak perlu berbangga...
    buat apa nak berbangga...kalau Allah kurniakan otak dan kelebihan tapi ke arah yang tak boleh blahhhhh....sama jer dgn otak orang yahudi kalau macam ni...

    BalasPadam
  17. Ada banyak filem hollywood yang yang berkualiti dan tak perlu pun pasarkan keruntuhan moral atau kelucahan tetapi boleh menang banyak anugerah contohnya filem "The life of Pi" sangat bermotivasi dan jugak filem-filem lakonan Tom Hanks walaupun sangat dalam penyampaiannya... tapi lagi bagus dari buat cerita tak bermoral macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, "The life of Pi" is very inspiring... cerita mcm tu barulah hebat, orang yang bebetul genius dan berbakat jer mampu buat. Heard that a Malaysian CGI company ada involved in the making of the movie, not so sure about that though...

      Padam
    2. http://www.themalaysianinsider.com/showbiz/article/local-talents-involved-in-life-of-pis-oscar-win/

      now that is amazing ^^

      Padam
  18. aku tgk filem nih aku rasa best gila babi...errr...filem nih memang best sebab ia satu eskapisme aku untuk aku merasakan bahawa akulah orang kaya ada duit juta-juta....aaahhhh! aku kena balik blog aku nih...apsal aku terjebak kat blog kau nih...dah habis blog aku tak dijaga ha ha !

    BalasPadam
  19. Duit haram buat filem haram jd lebih byk duit haram lg.nasib baik bkn anak haram.ke angaan atau memalukan cuba tanya pendapat appa tirinya.itu sbb appa sebenar dia bagai dsembunyikan jd tak ble tanya.tanya ammanya kak rm tupun ble juga

    BalasPadam
  20. Filem ni pakai dana 1mdb la, apa nak dibangganya. Filem ni asalnya separuh siap sebab takde pelabur yang nak ambil risiko untuk keluarkan modal menyiapkan baki filem ni. Filem ni bukan idea Riza tu pun, Riza ni cuma bagi modal je, bagi modal pun bukan duit dia, tapi duit 1mdb

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.