Khamis, 23 Januari 2014

14 Sikap rakyat yang sanggup bayar punca harga naik

Tahukah anda, kenaikan harga di Malaysia ni semuanya disebabkan oleh kita iaitu rakyat. Ya, bukan kerana kerajaan, bukan kerana peniaga, bukan kerana pembekal, tapi kerana kita. Harga gula naik sebab nak kurangkan penyakit diabetes, nilai hartanah naik kerana ia seperti nilai seorang wanita. Kenaikan harga tambang bas pun berpunca daripada ibu bapa sebab mereka sanggup bayar mahal.


Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.
"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

Berita penuh di sini.

Lagipun rakyat tak buat aduan pun pasal kenaikan2 harga ni bermakna rakyat menyokong kenaikan harga.
Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.

"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."

Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.

Berita penuh di sini.

Oh, aku dah faham sekarang. Korang merungut dan kritik la pasal kenaikan harga ni kat Facebook, Twitter, blog, email, pejabat, kedai kopi, pusat karaoke, majlis kahwin, dalam bas, pasar tani dan kat mana2 pun, malah kalau ia dilaporkan dalam akhbar2 perdana pun, selagi korang tak buat laporan dan adukan kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, secara logiknya korang semua menyokong kenaikan harga ini malah korang la punca kenaikan harga tu.

So sekarang apa2 kenaikan harga yang berlaku sekarang adalah salah kita sebagai rakyat. Ya, kerana sikap kita yang tidak kisah dengan kenaikan harga. Kerajaan tidak salah apa2 pun, sebab mereka kata mereka tak boleh kawal pun harga, tapi kita yang kawal. Logik betul kan? Bagus bagus, aku dah faham sekarang. Terima kasih kerana telah menyedarkan aku.

Btw, hotline SPAD adalah 1-800-88-7723 dan email aduan@spad.gov.my. Hotline KPDNKK pula
1-800-886-800 dan email e-aduan@kpdnkk.gov.my. So mari kita buat aduan dan laporan ramai2 untuk menunjukkan yang anda KISAH.




tags: pengerusi tan sri syed hamid albar pengerusi suruhanjaya pengangkutan awam darat spad kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menteri datuk seri hasan malek ketum kenyataan bebal bodoh logik gila lapor hotline talian bebas tol aduan email emel twitter wahida samsuddin @wahidasamsuddin @najibrazak najib razak pandangan rakyat marhaen kebebasan kritik kerajaan salah rakyat kenaikan tambang bas kerana punca sikap ibu bapa sokong

14 ulasan:

  1. kahkahkah..comelnya statement..

    statement hamid albar sebijik macam hasan malek..

    kunun2 kata rakyat yang berkuasa tentukan harga, rakyat yang kawal harga, kuasa membeli/harga di tangan rakyat..

    bercelaru betul otak pemimpin2 macam ni..pleaselah berundur kalau tak boleh fikir alternatif lain untuk rakyat..bagi la laluan pemimpin generasi baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Pemimpin UMNO semua bodoh. Kalaulah PKR memerintah, semua ini takkan berlaku. Malah yuran & tambang bas akan turun mendadak..

      Padam
  2. malaysia ni dah 51 wujud tapi makin lama makin banyak menteri bangang muncul

    BalasPadam
  3. Boleh pulak dia kona cerita mcm tu? "Diam bermakna setuju"? hahahahah... sbb tak report kat SPAD dikatanya diam... sebelum ni orang ramai mmg dah sedia maklum ke yg aduan hanya akn dianggap serius jika dihantar ke SPAD? Awat tak habaqqq~ hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. keh2.. ini lah strategi kerajaann... genius sgt2 kan..haha :)

      Padam
  4. Maff, marhaen tu apa maknanya?

    BalasPadam
  5. Harga barang naik, tunggu org wt komplen rasmi. Tambang bas naik, tunggu report. Ada org fakir, tunggu dia dtg opis mtk duit.

    Tu la keje gomen. Suma nak tunggu org suap. Sendiri proaktif takde.

    BalasPadam
  6. `marhean` tu boleh diketegorikan orang yang kurang berkemampuan lah dari segi wang ringgit..
    Senang nye formula nya semudah a,b,c haha... kalau tiada aduan bermakna setuju...senang citer macam konsep `diam tandanya setuju`..keh2... bangganye ak ada menteri bijak macam ni... patotlah ada lagi pengikut2 setia diorang ..keh2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangganye ak ada menteri bijak macam ni....
      "ak" tu ape? ak47 ke?

      Padam
  7. Bangang2 menteri lagi bangang org yg kasi undi dkt menteri mcm ni. Langsung xda bg manfaat utk rakyat.

    BalasPadam
  8. bila diam pengguna setujuharga naik...bila bantah harga naik- kata cubaan guling kerajaan...?????wat de puk>

    BalasPadam
  9. that bastardddd...

    BalasPadam
  10. Kalau bole aku nak upah Sivaji The Boss utk tolong selesaikan masalah ekonomi Malaysia ni. Dah teruk sangat nampak gayanya.... huhu.. Nasib baik tu citer je..

    BalasPadam
  11. Kenapa lah suka bagi comment ikut nafsu. Comment lah secara berilmu walaupun anda ni menteri mahupun rakyat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.