Isnin, 16 Mac 2015

19 Suatu eksperimentasi media sosial mengenai GST

Kita lahir di hospital kerajaan.
Mendapat pendidikan di sekolah kerajaan.
Dididik oleh cikgu kerajaan.
Bergerak menggunakan jalan kerajaan.
Mendapat hiburan melalui saluran TV kerajaan.
Belajar kemahiran dengan pusat kemahiran kerajaan.
Ke menara gading dengan universiti kerajaan.
Mendapat keamanan yang dijaga oleh polis dan tentera kerajaan.
Kita membesar serba serbi bersama kerajaan.

Kini, sudah tiba masa kita membalas jasa dan menyumbang semula kepada kerajaan melalui GST. Apalah sangat sumbangan 6% kepada kerajaan bagi setiap perbelanjaan kita kalau nak dibandingkan dengan jasa dan bakti kerajaan kepada pembangunan ketamadunan rakyat jelata terutamanya bangsa Melayu amnya.

Let's Grow and Share Together with GST.


Status pertama ini aku post kat Facebook aku pagi Jumaat, 13hb Mac 2015.  Hasilnya, 58 Like, 7 Share dan 23 Komen, namun komen yang aku dapat kebanyakannya berlawanan dengan post tersebut malah ada yang tibai aku kaw2 punya, mungkin kerana status aku ini terlalu terserlah kemacaiannya.




Pengguna di Malaysia membelanjakan lebih kurang RM8.74 bilion pada tahun 2014 untuk membeli telefon pintar.

Jika ada GST, daripada pembelian smartphone sahaja kerajaan boleh dapat RM524,400,000 setahun. Itu baru smartphone, belum barang lain.

Memang pandai kerajaan cari duit, tapi nak menguruskan tak berapa nak pandai. Sama seperti zakat, nak kutip zakat macam2 cara dan saluran disediakan, nak agihkan punya pelbagai karenah dan birokrasi.

Pelaburan 1MDB gagal, hutang negara sampai RM740 bilion, laporan audit jumpa banyak pembaziran, pemimpin masih bermewah2 berjalan ke luar negara, dasar pendidikan caca marba. Yang terpaksa menanggung kegagalan kerajaan adalah rakyat.

Suruh rakyat faham keperluan kerajaan, tapi adakah kerajaan mahu faham keperluan rakyat?

Sumber gambar

Status kedua ini pula aku post kat Facebook aku pagi Sabtu, 14hb Mac 2015.  Hasilnya, 68 Like, 6 Share dan 19 Komen, dan boleh kata kesemua komen2 tu menyokong status ini.




Dalam friendlist Facebook aku kebanyakan orang yang aku add adalah blogger, remaja sekolah, mahasiswa, orang dewasa, penyokong politik BN dan PR, geng2 ustaz ustazah, geng2 komik, geng2 otaku, geng2 hiburan dan awekz jilboob. So bila aku nak membuat eksperimen media sosial, hasil yang aku dapat boleh dikatakan memuaskan dan fair kerana audiennya terdiri daripada pelbagai kelompok manusia, tidak cenderung dan berat sebelah kepada mana2 pihak.

Ada yang Like status pertama tapi tidak status kedua, boleh kata orang itu memang penyokong kerajaan.
Ada yang Like status kedua tapi tidak status pertama, boleh kata orang itu memang bukan penyokong kerajaan.
Ada yang Like status pertama dan kedua, boleh kata sama ada orang itu memang neutral, atau lalang, atau dia ingat aku cuma sarcastic atau troll, atau memang tahu tujuan aku, atau memang hantu Like.

Malah status pertama tu aku kongsikan juga kat page2 confession IPTA dan hasilnya aku dapati rata2 mahasiswa/mahasiswi yang komen juga semua turut membangkang kenyataan tersebut, malah tak kurang juga yang menggelarkan penulis ini macai ha ha ha.

UiTM Confessions - https://www.facebook.com/uitm.confessions.official/posts/653324294771698
UKM Confession - https://www.facebook.com/ukmconfess/posts/913095578712109
UPSI Confession - https://www.facebook.com/upsiconfession2/posts/365333937003688
IIUM Confessions - https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=783907238358760&id=729187373830747

So apa yang aku dapat rumuskan kat sini, ada ramai yang sokong kerajaan namun mungkin ramai yang kurang berminat nak membincangkan hal2 berkaitan GST ni, manakala orang yang tidak menyokong GST ini lebih ramai kerana mereka merasakan beban apabila terpaksa bayar lebih kepada kerajaan setiap kali berbelanja. Yalah, siapa yang suka bayar lebih bila berbelanja?

Contoh sebuah resit pembelian selepas GST dilaksanakan.

Malah komen seperti berikut menunjukkan wujudnya penyokong kerajaan tapi tidak menyokong DS Najib.
Walaupun saya tak sokong PR, tapi asalkan boleh tumbangkan najib saya sanggup undi pembangkang. Kuasa kita dlm demokrasi berparlimen ni sangat terhad. Kalau nak gulingkan pemerintah, kena gulingkan seluruh partinya sekali. Bukan senang tu.

Ya, memang bukan senang, sebab memilih pemimpin terutama Perdana Menteri adalah hak parti, bukan hak rakyat. Maka kalau pemimpin yang dipilih parti tidak cukup bagus untuk rakyat, oleh disebabkan kami tak boleh nak pilih pemimpin kami sendiri, maka bukan sahaja dengan pemimpin korang, tapi dengan parti2 korang akan kami humban kasi jatuh di pilihanraya.

Siapa yang nak add aku kat Facebook, boleh add kat sini - https://www.facebook.com/prince.nub.




tags: gst media social experiment eksperimen media sosial pasal gst facebook status post macai

19 ulasan:

  1. post ni kurang isi berbanding post sebelum2 nya..

    thanks bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. hbs tu ko nk isi mcm mana lg? kalau semua benda nk ikut sdp sndiri ko tulis blog sndiri la

      Padam
  2. Balasan
    1. kalau era fb dh berakhir hbs tu skrg era apa pulak?

      Padam
  3. cikgu ekonomi cakapp nk buat berapa bnyak cukai naiklah , jnji pndapat kyat pun msti tga kali gnda bru seiing dan sejalan :)

    BalasPadam
  4. Nub dah jadi business minded nampak...
    Sekarang facebook...
    Bila nak bukak youtube channel pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nti nub nak bukak chanel kat youtube sambil main gitar/piano dan nyanyi lagu jepun.

      Padam
    2. Yeshhh pleaseee...

      Omg please tolong nub buat mask patrick star satu....
      Biar sampai kiamat kita tak tahu muka die...

      Padam
    3. Yeshhh pleaseee...

      Omg please tolong nub buat mask patrick star satu....
      Biar sampai kiamat kita tak tahu muka die...

      Padam
  5. sapa yg sokong gst mmg org bodoh.. suka sgt bg sedekah kt kerajaan.. nk beli brg hak milik sendiri pn kena sedekah kt kerajaan.. gampang apa

    BalasPadam
  6. Ko ni bodoh apa?simpan sikit bodoh tu dlm tupperware.cukai lah nak bayar org polis,tentera,hospital.ko nak free kan?sila masuk hutan.

    BalasPadam
  7. Negara lain dah lama laksanakan GST\VAT. Apa alasan anda?

    Sibuk bantah GST tapi pi bantai beli barang dari luar negara secara online yang memang sah2 ada GST tapi tak sedar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi macai. kau ingt org miskin tu mampu ke nk beli brg secara online kat luar negara? jgn ingt ko suka beli brg online kt luar negara, org lain pn mampu nk beli jugak. bodoh punya macai

      Padam
  8. Kalau taknak kena GST sila pindah ke Togo. GST pun tak faham maksudnya nak membangkang ke longkang je kerjanya. Apalah ngok sangat. Kalau pendapatan negara bertambah melalui GST rakyat juga yg senang. Sedara mara kau yg terima BRIM juga yg untung. Itukan dah rezeki masing masing. Kita atas dunia kena redha n bersyukur Atas apa yg ada. Ni nak berlagak macam org kaya beli brg mewah tapi cukai 6% nak berkira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni sekor lg macai bodoh.. ko ingt semua brg mewah je ke yg kena cukai?? mee goreng ayam goreng pn kena gst ko tau x?? mee goreng ayam goreng tu makanan mewah ke?? sial punya macai kalau ckp mmg xpernah nk guna otak

      Padam
    2. Dh namenye macai keje jilat bontot Najib memang wajib bangang. Ni aku nak tanye macai2 bangang ni kau ingat kalau gomen BN untung segala kesenangan dapat kat kite sbg rakyat ke? Jangan mimpi la. Aku berani jamin at least 70% pegi ke kroni2. Korang tak bace ape Ku Li cakap tempoh hari? Bodoh punye macai!

      Padam
    3. aku mula2 malas nak komen. tp bila baca ko punya komen ni panas plak jadinya. senang cerita la macai cai cai.. kalau betul nak tambah pendapatan negara yang dorang pi beli jet baru lagi buat apa?? ingat dorang nak bawak hang pi makan angin oversea??

      Padam
  9. GST yg kebanyakan org ramai tau...alomst everything akan tmbh 6% sbb statement gov akan menambah pendapatan negara (atau keluarga Najib...haha)

    GST yg ramai x tau ialah sistem percukaian yg lebih tersusun n xleh lari dari byr cukai utk setiap jualan oleh pekedai/pemborong terutamanya....dari situ yg sebenarnya tambah pendapatan negara sbb ramai pekedai cuba bayar sekurang mana tax kpd gov tp pengguna still byr inclusive tax (STT) utk setaip barang yg dibeli sebelum ni.

    SY ingat lagi masa beli topup dulu, beli RM10 ada tulis kat belakang harga RM10 dah include gov tax, berapa % x pasti. Tp sekarang bila ada gambar viral mengatakan yg pasni kena byr RM10.60 sbb byr GST, adakah 60sen ini adalah cukai berganda yg sengaja dikenakan penjual/pekedai/pemborong supaya tax lebihan yg dibayar mereka kpd gov (sbb GST lebih efisen) spt disubsidi/dibayar oleh pengguna..in other words sbnrnya pekedai/org tengah yg sbnrnya tipu penggua/rakyat.

    Papepun...wait n see...tp sy akui ramai nanti yg akan buat benda yg sama, sama spt konsep naik harga gula n harga petrol, so pekedai pun nak untung extra pun naik harga x munasabah. BIla turun minyak xnak turun harga sbb in business, they try to maximize profit spy leh bwak alphard n rumah 4-5 bijik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg latest sy dengar ...ada pekedai atau syarikat yg x register GST tp still nak implement GST kat 6%, so duit GST yg anda bayar kat dia masuk dlm poket dia sorg2 sbb tax tersebut x masuk dlm sistem GST gov.

      What the fish...so u know siapa yg suka tipu rakyat n ambil kesempatan kat kita semua.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.