Rabu, 15 April 2015

7 Menghadapi Cabaran membuka peluang

Dalam kehidupan kita seringkali dilanda pelbagai masalah. Masalah pembelajaran, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah pekerjaan, masalah kewangan dan 1001 masalah lagi. Sebelum ini kita sering kali melihat sebuah masalah sebagai masalah, namun untuk menjadi seorang yang Luar Biasa, kita harus melihat masalah bukan sebagai suatu Masalah, tapi sebagai sebuah Cabaran.


Anggaplah cabaran itu sebagai satu Peluang untuk kita mempertingkatkan diri, menukar suatu sistem dan strategi yang sudah menjadi kebiasaan, menambah ilmu pengetahuan yang baru agar kita boleh bergerak maju ke hadapan ke tahap yang lebih tinggi.

Kita perlu faham dan terima yang cabaran boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kehidupan ini memang penuh dengan cabaran. Oleh itu, kita perlulah bersedia menghadapi cabaran ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja juga, seterusnya menyelesaikannya dengan Tenaga yang Positif.

Malah tanpa cabaran, kehidupan kita tidak akan berubah. Orang yang hidup susah, jika dia sendiri tidak mahu menghadapi cabaran baru, kehidupannya sukar untuk berubah. Seorang pekerja yang sudah berada di comfort zone atau zon selesa, jika tidak mahu menempuh cabaran, sampai bila-bila dia akan kekal di zon selesanya, hanya mampu melihat orang lain berjaya satu per satu kerana mereka sanggup menghadapi cabaran.


Walaupun kita tidak semestinya akan berjaya dengan setiap cabaran yang mendatang, namun sekurang-kurangnya anda telah berusaha melakukan sesuatu untuk mengeluarkan diri daripada comfort zone anda daripada tidak berbuat apa-apa langsung untuk menghadapi cabaran tersebut.


Ingat, Cabaran Bukan Masalah, dan saya suka cabaran!


Siri Motivasi Peningkatan Diri:
  1. Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
  2. Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
  3. Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
  4. Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
  5. Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
  6. Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
  7. Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan 
  8. Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
  9. Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa



tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng saya suka cabaran challenge not problem

7 ulasan:

  1. Thanks for the advice tho :D betul tu walauapa pun jadi kita tetap kena kuat and usaha .

    BalasPadam
  2. kenapa bab motivasi xramai org komen..? org xsuka baca benda motivasi la noob... kupas psl ahmad maslan ke tasha shila ke br ramai org baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. punyalah ko tak suka baca pasal motivasi ni sampai penulisnya pesaikik zero pon ko hentam nama noob..

      Padam
    2. nanti kejap lagi kang dia kena ban jugak sebab dia kutuk noob. tapi memang siapa pun tulis noob mesti terasa sebab dia ni suka blogwhoring.

      Padam
  3. I learn personal development.. motivation!!! go!!! tengah try nak keluar dari comfort zone.. oh myyy... TT^TT

    err.. cabran can be a problem too right? for me ja lah mwahahaha.. especially bila dah selesa dgn apa yg kita ada :D

    BalasPadam
  4. Hidup sy xhenti dgn mslh. Yg paling pedih, saat sy perlukn seseorg xda kt sisi. Sy hnya perlu kata2 smangat, kekuatan. Rasa down gila, helpless~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.