Khamis, 23 April 2015

13 Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa

Ramai orang boleh menjadi ketua. Ramai yang boleh menjadi boss. Ramai juga yang boleh menjadi pemimpin, sama ada dengan lantikan mahupun dengan pilihan. Namun tidak semua boleh menjadi pemimpin yang Luar Biasa. Terdapat 4 rahsia untuk menjadi ketua atau pemimpin sebuah pasukan yang Super dan Hebat. Bagi menjadi pemimpin yang Luar Biasa, pertama sekali anda harus memenangi hati orang terutama mereka yang berada di bawah naungan anda dengan 4 teknik rahsia kepimpinan REAM.


4 teknik rahsia kepimpinan REAM:
  • Recognise (Mengiktiraf)

    Adakah anda pernah mengambil masa dalam mengiktiraf semua orang di bawah pasukan anda? Adakah anda hanya mengenali mereka hanya sekadar pada nama, atau mengiktiraf kekuatan, keupayaan dan potensi mereka? Apabila anda memperingati dan memperakui kebolehan mereka, orang akan merasa baik dan gembira.

    Malah, mereka akan lebih teruja untuk menunjukkan lagi keupayaan mereka kepada anda seterusnya melaksanakan tugas dengan lebih baik. Kadangkala manusia tidak sedar akan kelebihan dan kemampuan mereka sendiri, maka apabila anda dapat menemuia dan mencungkil nilai baik yang tersembunyi dalam diri seseorang, itu bermakna anda telah membuat tugas yang baik sebagai pemimpin pasukan.
  • Encougrage (Memberi galakan)

    Memberi galakan kepada orang lain kelihatan seperti perkara yang biasa dan mudah dilakukan namun tidak semua pemimpin dapat melakukan dengan baik. Ada pemimpin yang mempunyai inisiatif untuk memberi galakan kepada ahli kumpulannya, tetapi tidak dapat memberikan perasaan yang benar-benar ikhlas.

    Gunakan perkataan-perkataan yang positif apabila memberi galakan seperti "Yakin pada diri sendiri" atau "Percaya pada diri sendiri sebagaimana saya percayakan awak". Apabila ada sebarang tugas adtau projek yang mahu diberikan kepada kakitangan anda, adalah sangat penting untuk membero sokongan dan galakan agar mereka lebih yakin kepada diri mereka untuk memberi yang terbaik dalam tugas mereka.
  • Appreciate (Memberi penghargaan)

    Kebiasaannya seorang pemimpin terlupa untuk memberi penghargaan kepada orang lain kerana mereka terlalu sibuk dan tergesa-gesa. Sebagai seorang pemimpin yang baik, tunjukkan penghargaan anda kepada orang lain dengan semudah berterima kasih kepada apa jua tugas-tugas khusus yang telah mereka lakukan.

    Penghargaan juga boleh dilakukan dengan pemberian markah penilaian yang baik, memberi bonus, kenaikan gaji atau pangkat, sijil penghargaan, anugerah pekerja cemerlang, ataupun dengan cara yang santai dan tidak formal seperti belanja mereka makan tengahari dan sebagainya. Jika kita bagi apa yang mereka mahukan, mereka juga akan bagi apa yang kita mahukan sebagai balasan.
  • Motivate (Memotivasi)

    Seorang ketua perlu turut memainkan peranan sebagai seorang motivator atau pemberi motivasi. Memberi motivasi kepada orang lain akan membina tenaga dan memandu orang-orang anda untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Selalulah meningkatkan motivasi ahli pasukan anda dengan memberi mereka tujuan yang hebat untuk memastikan mereka sentiasa bergerak di landasan yang betul.

Di samping itu kepimpinan REAM juga boleh diklasifikasikan sebagai berikut:
  • Reprimand (Menegur)
  • Expect Greatness (Menjangka Kehebatan)
  • Ask for Help (Meminta bantuan)
  • Monitor progress (Memantau perkembangan)

Ingatlah, seorang pemimpin yang hebat:
  • Memimpin orang lain, bukan berjaya seorang diri.
  • Memperkasakan sumber, bukan melakukan kesemuanya seorang diri.
  • Menarik minat dan perhatian, bukan membosankan dan jelek
  • Berani untuk mempunyai impian, bukan bermatlamat kecil.

Sebagai seorang ketua, adakah anda sedar yang anda mungkin membuatkan orang lain susah bekerja dengan anda dengan efisien? Anda perlu tahu di mana ruang yang perlu diperbaiki.

Seorang ketua yang biasa menyuruh orang lain untuk mempunyai keyakinan kepadanya, manakala ketua yang hebat menggalakkan kesemua ahli pasukannya mempunyai keyakinan terhadap diri mereka sendiri.


Ketua yang hebat adalah orang yang biasa namun dengan keazaman yang luar biasa. Seorang ketua yang hebat bukan seorang ketua yang syok sendiri dan pentingkan diri, kerana itu mereka sering bertanya kepada kepada ahli pasukannya soalan-soalan seperti:
  • Apakah pandangan anda?
  • Apa pendapat anda?
  • Apa yang anda fikirkan?
  • Apa cadangan anda?


Jangan menjadi seorang boss yang memacu pekerjanya, menggunakan kuasa autoriti, ketakutan sebagai sumber inspirasi, berkata "Saya", mencari kesalahan orang lain, tahu bagaimana ia dilakukan, menggunakan sumber manusia, mengambil kredit, memberi arahan dan berkata "Pergi!".

Jadilah seorang leader yang melatih pekerjanya, menggunakan budi bicara, menarik minat bekerja, berkata "Kita", mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku, menunjukkan bagaimana ia dilakukan, membangunkan sumber manusia, memberikan kredit, bertanya dan berkata "Mari Kita Pergi!".


Dengan menjadi seorang ketua yang Hebat dan Luar Biasa, dan dengan ahli pasukan yang juga Hebat dan Luar Biasa, maka akan terhasil lah Super Team atau Pasukan yang Hebat!


Siri Motivasi Peningkatan Diri:
  1. Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
  2. Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
  3. Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
  4. Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
  5. Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
  6. Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
  7. Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan 
  8. Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
  9. Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa


* Ini adalah entry terakhir bagi Siri Motivasi Peningkatan Diri yang diolah dan diadaptasi daripada kursus yang dianjurkan oleh Dr. Lawrence Walter Seminars. Semoga bermanfaat kepada semua.




tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng leadership ream recognise encourage appreciate motivate leader ketua pasukan pemimpin quantum

13 ulasan:

  1. noob ak rasa ko mmg ade masalah dgn boss ko. knapa perlu ko tulis blog ni. knapa ko x confront je masalah ko. sbb dari dulu lg ko bukak topik yg sama je

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Ini entry penulis lain.
      2. Entry ni bukan pasal masalah dengan bos tapi entry motivasi.
      3. Kalau nak cerita pasal masalah dengan bos, nanti aku tulis.

      Padam
    2. / \
      |\_/|
      |---|
      | |
      | |
      _ |=-=| _
      _ / \| |/ \
      / \| | | ||\
      | | | | | \>
      | | | | | \
      | - - - - |) )
      | /
      \ /
      \ /
      \ /
      \ /
      | |

      Padam
    3. Adoi..noob pulak yg kne.

      Padam
  2. Hadoila noob..membe ko ni baru balik kelas master ka? Abih satu malaya dia lepas geram nak bersyarah. Lagi malang, satu habuk pun motivasi ni hanya layak untuk hafalan exam malah kelaut jua akhirnya. Hampeh sama sekali ianya mampu diapply kat Mesia.

    Aku bangga jika dapat diapply malah beramai2 berjemaah mempraktikkannya. Tapi disini motivasinya ialah ASSHOLE. Ini mmg khas utk versi broken society punye.

    Jgn lupa ikut motivasi aku. 3M, merembat, merembat dan terus merembat dengan maksimum. Jgn cuba2 nak jadi baik lagi kerana kita ni memang dicipta untuk dibakar dlm api neraka semata2. Takdir kita memang begitu. Ini Mesia bro, tak ada satu pun ilmu dapat dimanfaatkan yg mana akhirnya kita akan dapat celaka saja. Lain la kalo ada niat nak berhijrah cari kerja kat langit. Hafal la sampai lunyai.. Penduduk langit lain la..derang baik2 belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarlah dia, bkan dia kacau telo ko pn, klo tak suka ko abaikan je, ke nk aku jentik telo ko?

      Padam
  3. Isk2... takut juga kalau ciri2 tu menjerumus ke arah boss dari leader..

    ahahaha..

    selalu yg jadi boss tanpa ada sikap sebagai leader nih, dia tak ada skill emotional intelligence XD
    reja dia ja betul.. kalau bad mood.. habis pekerja dia..

    bertambah banyak pula tu kerja yang dia bagi.. tak ke menyusahkan.. hurm.. semua organisasi macam tu punahlah XD

    macam sistem sekolah :3 contoh sajalah..

    BalasPadam
  4. Suke aku bace mende ni..... good job der .

    BalasPadam
  5. Suke aku bace mende ni..... good job der .

    BalasPadam
  6. kalau group member yg x bagi support nk wat camne noob??

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.