Selasa, 3 Julai 2012

34 Wanita dibela, lelaki bagaimana?

Di Malaysia, apabila menyebut tentang pembelaan, banyak melibatkan wanita. Adakah wanita di Malaysia terlalu ditindas sehingga banyak pelan-pelan kerajaan atau swasta mensasarkan wanita. Seminar wanita, forum wanita, NGO wanita, Persatuan wanita, Biro Kebajikan Wanita, Majalah Wanita, Program TV Wanita, Siaran Radio Wanita, kementerian Pembangunan Wanita, Yayasan Wanita, LRT koc wanita, Pusat Komuniti Wanita dan senarai ini akan berterusan.

Ini semua bertujuan baik untuk menaiktarafkan wanita. Bagaimana pula dengan lelaki?


Mereka juga ada yang bujang, berkahwin, duda, tua dan sebagainya. Disebalik title lelaki bujang, berkahwin, duda itu, mereka juga mempunyai keperluan dan cabaran. Cabaran seorang ayah bukanlah mudah, juga menjadi seorang suami banyak duri likunya.




Jika diluar sana, kita banyak mendengar kes tentang lelaki mendera wanita baik dari segi mental mahupun fizikal, adakah kita langsung tidak peka di mana wanita juga ada mendera lelaki? Sehingga di dalam akhbar pun susah hendak kita dapatkan berita mengenainya.

Al-Quran tidak pernah lupa dua golongan ini, lelaki dan wanita. Islam tidak melebihkan satu golongan kepada golongan lagi satu melainkan golongan satu lagi juga diberikan keistimewaannya yang tersendiri. Malah, Islamlah yang menaikkan taraf wanita ketika wanita sangat hina di mata masyarakat.

Jadi, apa sikap kita terhadap lelaki?

Kita sepatutnya seimbang. Apabila kita melihat negara ini terlalu banyak 'tangan-tangan' yang ingin membela wanita, kita juga perlu mewujudkan beberapa ruang untuk lelaki. Tidak perlu banyak, tetapi memadai sekadar ada, untuk golongan ini meluah rasa, berkongsi idea.


Kerajaan hari ini (BN), mempunyai seorang lelaki sebagai menteri Pembangunan Wanita, tetapi mengapa tidak wujud Kementerian Pembangunan Lelaki. Adakah manifesto pembangkang (PR) ada senarai untuk membangunkan Kementerian Pembangunan Lelaki? 

Sekiranya pembangkang juga tiada plan ke arah itu, lelaki akan terus dipinggirkan. Wanita diperkasakan, lelaki pandai-pandailah nak hidup. Buatlah yayasan pembangunan anda sendiri wahai lelaki.

34 ulasan:

  1. kalau ada kementerian pembangunan lelaki
    kedengaran bunyinya sangat gay!

    laki kan kuat ego
    mana perlu2 dibela

    lonely soldier boy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah!!!!spartaaaaa!!!

      Padam
    2. Kementerian pembangunan wanita tidak melahirkan lesbian, tetapi memberi panduan yang sepatutnya untuk perempuan menjalani hidup mereka dalam dunia yang kian mencabar kini.

      Begitu juga dengan lelaki.

      Padam
  2. daripada lelaki dibela, seeloknya lelaki dibelai mungkin ? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki dibelai?..ur sir,just make my day.

      Padam
    2. nazha anua, betul kata kamu.. lelaki perlu dibelai. Bukan setakat belai fizikal dan mental, malah belai daya fikir mereka supaya mereka sedar siapa mereka di dalam dunia ini.

      Padam
  3. Woah post menarik dari Blackbeard Heart. = )

    Ingatkan Prince of Noob je leh wat post menarik

    BalasPadam
  4. haha...for me takde kementerian pembangunan lelaki pun xde...skang ada rancangan cam bros tu pun kira dah ok..

    cuma berpendapat perempuan cam kadang2 too demanding...rilek2 sudah la..bukan mereka ditindas pun kat negara kita neh....nampak bebeno 9 nafsu nye..=p

    BalasPadam
  5. ramai yang bising masa komuter perkenal koc wanita. tapi aku ok je.aku ego ke?ahahah

    BalasPadam
  6. Org lelaki ni ego lebih. Nk buat apa pun ikut suka dia. Lepak ngan kawan, lepak mamak, ikut suka nk watper. kita ni la kena uruskan dia.

    BalasPadam
  7. Lelaki kena paham, diorang ni bebas sebenarnya. diorang boleh beraktiviti sesuka hati. bila ada masalah, mengadu kat perempuan. pastu kita2 ni la yang tolong diorang. time diorang senang, ada diorang ingatkan kita? time susah baru nk carik.

    masalahnya bukan awek2 jer hadapi masalah ni. mak korang, adik kakak korang, bini korang jugak yg hadap prob korang.

    Bila banyak sangat masaalah korang bagi kat orang perempuan, kita ni siapa nak bela? so, tak payah la nak cemburu kalau org perempuan dapat benda special macam tu. Bila kitorang ada tmpt nak ngadu, hasilnya korang yg laki ni juga dapat manfaatnya. tolong pikir sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab berfikir untuk perempuan dan lelakilah saya membuat artikel ringkas ini. Tujuannya bukan untuk menyelesaikan masalah wanita selepas ditimpa musibah, tetapi mengelak musibah sebelum menjadi masalah.

      Padam
    2. ak ada masalah elok je ak citer kat adik2 lelaki ak, atau ayah ak, tak de pun nak bising2 masalah kat mak ak.... disriminasi tul ayat anda

      Padam
  8. memelihara wanita dari lelaki2 yang kurang senonoh.

    kalau lelaki nak pelihara dari apa? gay/biseksual/transgender?
    lol

    BalasPadam
  9. pmpuan ade gak yg ego,kate lelaki ni rmai xsnonoh...dua2 sme je sbnarnye...so npe still memelihara pmpuan yg xsnonoh??lelaki perlu dipersalahkn??menunding jari? biar fair n square :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. prmpuan tu insan yang lemah..sebagai lelaki yang ditugaskan untuk memimpin perempuan,seharusnya membimbing mereka.jgn kita pndang pmpn tu sebagai pesaing kita.kita pndang diorang sbgai seorang penjaga..kite laki,fikiran lebih rasional,lebih kuat semangat.Zaman nabi dulu pun ramai gak pmpn yang perangai x senonoh,tp nabi tetap pesan supaya lelaki menjadi pemimpin n sentiasa sayangkan perempuan.

      Padam
  10. pendapat saya bro, ini sebehagian dari gerakan feminism~ gerakan halus untuk "wanita boleh hidup tanpa lelaki" sedangkan mereka dicipta saling memerlukan antara satu sama lain~ gerakan halus untuk wanita2 ini mula berasa tidak malu apabila boleh melakukan apa yang lelaki lakukan~ manager wanita, boss wanita, perdana menteri wanita (bukan rosmah)~ sedangkan sebenarnya otak lelaki & otak perempuan dicipta berbeza2~ lelaki sepatutnya menjadi pemimpin wanita~ mengapa imam tak boleh wanita ?? mengapa wanita tidak boleh menjadi nabi & rasul ?? renung2kan~

    bagi aku, lelaki pun tak perlu dibela2~ dimanja2 nanti jadi.....

    jika ada kementerian lelaki, saya cadangkan lelaki2 dididik supaya taraf mentaliti mereka, IQ & EQ dinaikkan~ sebab di malaysia ni, lelaki2 melayu especially, taraf mentaliti mereka agak rendah~ kita tahu di universiti2, lebih ramai graduan wanita berbanding lelaki~ dari segi kesihatan juga, kita lihat sukan, siapa yang sering 'skor' dalam acara2 sukan malaysia, LELAKI CINA, kan ?? ke mana menghilang lelaki2 melayu dalam sukan ??oh, ya BOLASEPAK dan hanya tahu BERMAIN BOLA SENDIRI saja~ selain itu, lelaki melayu lah, yang paling perlu diajar mengenai LEADERSHIP~ bukan memimpin dengan hanya janji2 kosong namun keluarga sendiri pun tak terpimpin~ memimpin tak semestinya melalui jalan politik(wakil rakyat seterusnya menteri), jalan perniagaan (manager company seterusnya CEO/Presiden), jalan keagamaan (imam masjid seterusnya mufti negeri)~ jika lelaki melayu banyak melahirkan pemimpin2 dari 3 aspek ni, tak perlu takut akan KEMAJUAN, KEHEBATAN & KEKAYAAN bangsa lain~ tidak perlu lagi HAK ISTIMEWA orang melayu(bukan tidak ADA, tapi tidak PERLU) jika mereka menguasai kemimpinan segenap aspek dalam negara~

    wanita perlu dinaiktaraf ?? LOL~ rendah nya taraf mereka selama ini ya~ saya pun tak perasan taraf mereka rendah~ saya ingatkan taraf mereka sama dengan lelaki~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kurosagi atas komen di atas. Komen kamu ini penambah point-point pada artikel saya.

      Lelaki perlu dibela, tetapi mengikut kaedah yang sesuai dengan tahap mereka sebagai lelaki. Antaranya didikan tentang leadership seperti yang kamu kata. Itu adalah salah satu belaian untuk lelaki. Mereka dibelai dengan cara mendidik menjadi leader yang bagus. Di mana akhirnya mereka berasa amat yakin dengan ilmu yang mereka ada.

      Tidaklah timbul isu lelaki lemah daya fikir dan bacul dalam membuat keputusan.

      Nice comment!

      Padam
  11. tapi cube tengok drama melayu skarang... pempuan kena dera, kena rogol, kena tampar laki, pakai seksi2, janda, berebut laki, dimadukan.. dll

    semua ni antara bende yang buat penggemar drama melayu ni nampak perempuan ni bodoh , lemah jiwa.. masalahnya pengarah cerita tu yang tak tau buat cerita.. cliche betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh.. kaitannya adalah persepsi masyarakat ni dibentuk dengan apa yang diorang baca dang tengok hari2..

      p/s kalau setakat baca utusan dengan tengok tv3 ni lupakan jelah usaha nak membangun minda rakyat.. porno dan dunia semata..

      Padam
    2. Ha'ah, semua salah TV3 & Utusan

      Padam
    3. patutlah aku tak rasa perempuan lemah sebelum ni, sebab aku tak layan drama melayu~ ohohohoho~

      Padam
    4. Kalau begitu, lelaki perlu ada rancangan TV sendiri seperti Wanita Hari Ini. Membincangkan hal lelaki dari pelbagai sudut. Menyentuh isu yang malu diluahkan oleh lelaki di mana akhirnya menjadi beban terpendam yang ditangggung sorang-sorang.

      Bagus, komen anda semua adalah perencah tambahan dalam artikel saya ini. Semoga ianya semakin bercambah.

      Padam
  12. Lelaki perlukan perempuan. bukan perlukan kementerian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah!!ni ayt ringkas n terbaik

      Padam
  13. perempuan dan lelaki kan saling melengkapi.. xperlu nafikan..

    BalasPadam
  14. lelaki mmg nyusahkan org tau x... org wat baik, die ingat kt suka kat dia.. masa kita xnk, sibuk cr kita... buat mcm2 spy kt suka kat die.. tp bila dh dpt, wt bodo jer...

    pastu merokok.. owang suruh brenti merokok, kata tak macho... tp kalau kita nk merokok, ckp kita pompuan jahat.. dia rokok xper.. mmg mnyusahkn je lelaki ni.. mcm bodo

    BalasPadam
    Balasan
    1. wowww...miss,I think you have personal issues here.mst penah de pengalaman hitam ni.rilek2,tu sume pengajaran.x sume laki cmtu.ramai ag yang baik kat luar sne.jgn ptus asa kat kaum laki..insyaallah,nnt dapat la laki sebaik yang you mahukan.nak laki yang baik,bukan cari kat ofis,kat pasar,kat tepi jalan..g surau,masjid..perhati elok2,yang mane asyik g surau je nmpk..pndai ilmu agama..haaa..itulah yang terbaik.kerana sebaik2 lelaki,bukannya yang romantik,tp yang sayangkan Allah lebih dari segala-galanya.

      Padam
    2. Terima kasih Norimah. Secara tidak langsung kamu memberitahu yang lelaki ini perlu dididik sama seperti wanita juga. Mereka perlukan bimbingan.

      Padam
  15. Terima kasih kerana anda semua bertindak balas dengan isu ini. Apabila saya menyebut tentang penubuhan Kementerian Pembangunan Lelaki, saya hanya tujukan pada pihak berkuasa sahaja. Saya fikir, jika kita ada satu BADAN yang membela hak lelaki ini pun dah cukup. Apa yang penting tujuannya tercapai, iaitu memperkasakan lelaki.

    Kita dapati ada sesetengah perempuan yang begitu kecewa dengan sikap lelaki. Akhirnya mereka mencari tempat perlindungan, tempat mengadu, membela nasib dan sebagainya melalui saluran yang telah disediakan. Mungkin masalah akan selesai selepas itu. Tetapi akan datang, berlaku lagi diskriminasi, kekerasan dan penindasan yang sama.

    Jadi kita cuba selesaikan punca masalah itu sendiri, iaitu menjadikan lelaki itu benar-benar tahu apa tugas mereka sebagai lelaki. Kita mahu memperkasakan lelaki untuk wanita. Bukan memperkasakan wanita sehingga mereka tinggalkan lelaki.

    Usaha-usaha memperkasakan lelaki ini juga perlu supaya persaingan sihat antara lelaki dan wanita boleh berlaku.

    Sesetengah dari kamu merasakan perkara sebegini tidak perlu. Ia memang tidak perlu sekiranya kamu masih bujang, tiada tanggungjawab, boleh ke sana ke mari tanpa ada tanggungjawab yang besar, belum pernah hadapi perit cerai-berai, kelelahan menjadi bapa tunggal dan pelbagai lagi.

    Lelaki-lelaki ini, kadangkala hilang arah tempat untuk dituju apabila ditimpa masalah besar, seperti isteri derhaka, anak dilarikan teman lelaki, hilang punca pendapatan dan sebagainya. Mungkin boleh mengadu pada kawan, tapi sejauh mana kawan mampu membantu? Paling ditakuti, kawan-kawan memberikan pandangan kurang matang yang akhirnya menambah seksa sediada.

    Diharap dengan tertubuhnya badan-badan ini, maka kita sama-sama boleh berkongsi idea, menguatkan daya kepimpinan, agar bijak dalam membuat keputusan, membetulkan cara berkomunikasi, bla, bla, bla... sekaligus dapat membentuk generasi-generasi akan datang supaya lebih bersedia menghadapi dunia yang kian mencabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan yang mantap dari abang long baru kita. Hidup Blackbeard Heart!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.