Rabu, 25 Disember 2013

48 Dakwah bukan eksklusif di masjid dan surau sahaja

Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru. Pastor Moses Savari berkata semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat yang sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang "the real picture of Islam". Beliau cukup terasa teruja dengan kehadiran YB 52 dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir dan memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang memerlukan bantuan di Meru.




Lagi gambar di sini.

Macam biasa, aku nampak ramai yang mempolitik dan menjadikan benda ni suatu isu, lebih2 lagi dari penyokong parti you know who. Ada yang mempertikaikan tujuan dia pergi gereja, ada yang cakap kenapa tak pergi masjid, ada yang cakap kenapa dia ambik gambar dengan tanda salib. Dah tu dia pergi gereja memang la ada lambang salib.

Bagi aku, kalau kita mahu menarik orang bukan Islam dekat dengan agama Islam, kita kena mendekati mereka dulu dan tunjukkan contoh yang baik sebagai seorang yang beragama Islam, barulah kerja dakwah kita lebih mudah. Ini tidak, dok sembang hari2 kutuk orang Kristian, kutuk orang Cina, kutuk India, rasa2 orang bukan Islam ni berminat tak untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan menyokong orang Islam?


Sama macam kalau kau nak berdakwah, tak semestinya di rumah2 ibadah seperti masjid dan surau sahaja dan hanya eksklusif untuk golongan tertentu sahaja. Di mana2 pun kau boleh berdakwah, dekat sekolah, pejabat, rumah, Internet, kaki lima, Pavi, tempat2 awam, malah tempat2 maksiat seperti disko, konsert, kelab malam, pusat pelacuranlah sebenarnya tempat yang paling sesuai berdakwah.
Iskandar: Wazzup Mad, ko buat apa datang Pavi ni? Apa mimpi tetiba je ko datang nak lepak dengan kitorang?
Ahmad: Waalaikumsalam...  Takde, aku saja je nak jumpa korang semua ni, aku nak cerita sikit pasal sifat2 mahmudah dan mazmumah dalam Islam ni.
Iskandar: Kau kalau setakat datang jumpa kitorang kat sini nak azankan kitorang tak payah lah Mad. Ko bagi jela ceramah kat masjid sana tu, kat sini tak kena tempat la.
Ahmad: Masalahnya bila aku ajak pergi masjid solat berjemaah sambil dengar tazkirah takde sorang pun nak datang.
Iskandar: ...

Yelah, kalau hanya berdakwah di masjid2 dan surau2, dah tentu yang mendengarnya pun orang2 yang memang dah ada kesedaran, sebab tu diorang pergi masjid untuk solat berjemaah dan hadir majlis ilmu. Sebab tu nak berdakwah kepada sesuatu kumpulan dan golongan, kita kena masuk ke tempat mereka, dekati hati mereka, tanya masalah mereka dan kemudian berdakwah barulah dakwah tu sampai, yelah nak tunggu diorang pergi masjid untuk dengar korang berdakwah kepada diorang memang tak la.


Sumber gambar

So bila orang tabligh datang rumah korang ketuk pintu bagi salam nak bagi tazkirah, bawak2 la bukak pintu tu ye, jangan nyorok buat2 macam takde kat rumah. Bukan selalu pun diorang datang, lagipun bila lagi nak dengar orang bagi tazkirah, diorang buat tiap2 hari kat surau dan masjid korang tak datang pun.




tags: dakwah bukan eksklusif setakat di masjid surau rumah ibadat tempat awam kedai mamak pavi sekolah pejabat kaki lima tangga lepak clubbing disko kelab malam pusat pelacuran maksiat yb dr rani pas majlis bersama pastor moses savari pekan meru penganut agama kristian gereja lambang logo tanda salib kutuk cina india agama lain budha hindu orang bukan islam muslim muslimah non muslim tabligh datang rumah ketuk pintu majlis ilmu tazkirah ceramah

48 ulasan:

  1. Betul tu, realiti masyarakat melayu Islam yang terkepung dalam tempurung sendiri. Tahu mengutuk tapi tiada alternatif nak sebarkan tentang keindahan islam dekat agama lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kerana pemisahan agama memalui kaum seolah-olah Islam tu milik orang melayu sahaja

      Padam
    2. betul tu beb.
      Islam tu bukan hanya untuk ahliPAS je yg suka suki kapirkan orang

      Padam
  2. Ini post yg bagus.
    Ramai tak faham erti sebenar dakwah, termasuk laa para ustaz yg kononnya amat arif..
    Lagi parah bila hal sebegini pun nak jadi isu politik...
    Makan politik, minum politik, tidur politik.

    BalasPadam
  3. kat semenanjung jer jadi isu masuk gereja n so on. itu pun segelintir meleis jenis tak pernah ada kenalan berlainan bangsa(stay dalam kampung lama sangat n become shallow minded). meleis camni butthurt gila bab kaum cina, bab krismas, bab gereja bab perkauman. silap hari bulan parents dorang pun makan gaji dengan cina non muslim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiranya ko meleis yang bertoleransi la dengan masuk gereja,tokong dan sebagainya?

      Padam
  4. penyokong parti u know who masih lagi confuse dan samar-samar2 otaknya antara dakwah dan politik berpanjangan..

    kalau benda yang elok, tegakkanlah waima dia siapa pun..

    dalam kes ni, YB Rani masuk gereja bagi ceramah terangkan "the real picture of Islam" kepada orang kristian yang masih ada salah faham pasal islam..which is dakwah dan ianya bagus..

    janganlah sebab dia YB Pas, kau orang sembur..

    kan nampak bangangnya kat situ..

    BalasPadam
  5. saya nak tashkil bro noob kuar 3 hari boleh?

    BalasPadam
  6. ko buat lwak ke noob? Nk berDakwah? Ni semua gimik politik je, elok ko buat kajian dulu tentang knyataan pmimpn2 pas trdahulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mana pukak dgn kenyataan pemimpin2 umno terdahulu & skrg? budus betul la macai2 ni... jgn sampai aku keluar gambar najib tgh jumpa pope kat vatican

      Padam
    2. keluar je la apa yang ugut plak.
      gambar nuwar berahim tibai cinadoll pun ada,mustapha ali tibai pompuan pun ada...
      banyak lagi gambar n video ada.
      oooo kirenya nuwar berahim dulu yang letak tanda nandek kat dahi dia tu sebab nak dakwah la kan

      Padam
  7. terus terang aku katakan..kebanyakkan orang2 melayu x faham dengan islam..kalau berlebihan pemahaman islam nanti dilabel extremist ...sesat...dan sebagai..kebanyakkan khutbah jumaat pun dibuat untuk memuji dan membenarkan bn..sekolah agama pun ..berapa kerat yang pegi..jakim sibuk menetapkan kos hantaran mengikut gred pelajaran..jabatan agama..sibukkan syiah...akhirnya...ada pemimpin mentertawakan nabi...ada pemimpin gelakkan hudud..ada ahli parti lain mencerca tok guru..siap cerca amalan dia lagi..cth gambar nik aziz makan dengan lutut dinaikkan tinggi dari perut..-sedangkan itu sunnah..ada rakyat (perempuan) kutuk pemakaian tudung..tapi x dikenakan tindakan..ada perempuan hina gambar kaabah dfan sebarkan .. x dikenakan tindakan ..apamacam..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khutbah jumaat kat selangor pun selalu cerita pasal memuji pentakbiran kerajaan Selangor...so perkara yg sama jugak berlaku kat negeri2 yg dikuasai BN. Apa sy nmpk perkara yg sama gak utk BN atau PR. Politik malaysia tetap tahap 2nd class, sibuk kutuk mengutuk pihak lawan tp x utamakan nak tolong rakyat, cakap lebih tp usaha x se'gah' mana..suam2 je

      Padam
    2. kerajaan Selangor adalah kerajaan yg mengutamakan rakyat!!!

      Padam
    3. wow utamakan rakyat sampai naikkan sewa rumah PPR dan cukai lesen
      dulu time nik ajih kata nak buat stadium islamik dan lebuhraya dah siap blom?
      projek kambing jamnapari husam pun sampai sekarang senyap je

      Padam
  8. Politik dlm malaysia mmg mcm 2, buat betul atau salah pun akan tetap dicari kesalahan x kira penyokong BN atau PR. Tp bila perkara yg sama berlaku kat parti yg kita sokong, samada ttup sebelah mata atau tukar topik cari kesalahan org lain. Kita sibuk cari kesalahan org lain..tp kita x sibuk cari kesalahan diri sendiri utk menjadi lebih baik...mmg seronok as manusia suka cari kesalahan n hentam kaw even betul atau salah x terbukti 100%.

    Pasal Dr Rani ni...yg jd isu utama ialah dia buat ucapan dlm main hall gereja..ada kata better dia buat ucapan kat luar gereja (khemah), konsep yg sama kita x suka org bukan Islam buat ucapan kat ruang utama solat sebelah mimbar, better buat luar perkarangan masjid. Bg sy better mintak pandangan mufti atau penasihat agama yg berpengalaman, sy x berani nak komen.

    Sy kenal sgt pandangan ttg islam oleh komuniti bukan Islam terutama Cina n India (x kira agama kristan atau lain2), mereka dlm hati tetap menolak cara hidup Islam yg dikatakan ketinggalan zaman. Ingat dulu cikgu kat sekolah menengah siap perli lg org pakai purdah tp kat hostel ppuan pki baju dlm n seluar dlm je. Baru2 ni jumpa kawan india kata ada sesetengah melayu yg extream, iaitu jenis yg strict nak elak ppuan laki salam tangan, nak asingkan kelas ppuan lelaki, xde hiburan kat sekolah (konsep mcm sekolah agama) dipraktikkan di sek harian biasa. Belum cerita hudud lg..walaupun kita still berharap dgn dakwah Islam dpt mengubah hati mereka memeluk Islam spt kes org PAS nak LGE peluk Islam, tp sy kenal sgt sikap x selesa mereka kat Islam yg sgt menebal. Better tanya Dr Ridzuan Tee pasal isu ni sbb dia pun kata benda yg sama, pendekatan kene berbeza dr apa yg ada skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak bercakap dalam main hall gereja pun perlu tanya mufti ker bro? berdosa ker? susah betul jadi muslim semenanjung.

      diborneo ibu ibu marhaen hantar anak ke church nursery tiap hari. dengar pertandingan orkestra participate by gereja, buat ibadah korban antara sekolah mubaligh dan sjkc takda masalah pun. takda yang jadi kapir lagi.

      tipikal melayu semenanjung. always skeptikal antara kaum dan agama. kesian.

      dulu 1 malaysia. now 1 melayu.

      Padam
    2. hishamudin a/l pandikutty26 Disember 2013 pada 10:00 PG

      cukai dislangor naik gila babi kenapa tkde saekor pn turun berdemo? Demi rkyak untuk rakyt katanya puiiih! Kahkah!

      Padam
    3. btw bravo lah. bro ayam boleh tahu tu isi hati non muslim tu.(i'm doubt whether bro ayam ada frenship dengan rakan2 non muslim or not?) meantime zaman nabi muhammad saw pun tak bagi sahabt judge hati manusia lain. refer kes non muslim masuk islam sebab takut dibunuh sahabat nabi.

      Padam
    4. org bukan islam tu najis ke sampai xboleh masuk dewan masjid? knp masjid2 besar kat putrajaya/kl boleh je pelancong bkn islam masuk? kalau org cina atau india malaysia xboleh masuk? ni siap suruh buat khemah bagai.

      sbb org islam xfaham islam la kita kena fahamkan,kenapa org islam pakai tudung, kenapa org islam xmakan babi, kenapa org islam xboleh minum arak... benda2 mcm ni la kita kena jelaskan kpd mereka. tp ok lg la kalau diorg xfaham sbb diorg bukan islam... yg org islam umnu dok tonggang arak jadi ceo syarikat judi/arak pa citaaaaaaaa haa ayaaamm???

      Padam
    5. Masuk dlm ruang solat xpe mcm kat putrajaya (ttup aurat la), isunya buat ucapan kat dlm dewan utama..itu je. Baca statement sy betul2...tp still sy x berani kata apa2..ada ustaz kata boleh, ada kata x boleh. Papepun better refer agamawan sebenar yg tidak mewakili mana2 parti2 politik x kira BN atau PR, so at least no bias politic opinion at 1st place. Belum sy dengar lg ada mufti kata kita as muslim tidak dibenarkan celebrate Hari Natal as all, x kira dtg rumah kawan atau dgn ucapan kat FB/kawan sekalipun...hmmmm

      Pasal friendship sy dgn non muslim, kat sek men (SMK)..ada 2000 cina, 500 india, 200 melayu..n sy still stay smpi habis form 5. Kat tempat kerja sy 75% chinese + indian, melayu 25% je. So sy tau apa mereka borak selalu, belum lg yg sy x tau lg yg mereka cerita sesama sendiri.

      Padam
    6. kamu dari sekolah hingga alam kerja berjumpa dengan multiracial ppl. at the end still ada racial skeptical sesama rakan sekerja. tempat kerja saya 97% non muslim. cuma tiga orang muslim. tidak ada isu agama atau bangsa diantara kami. raya korban, krismas, tanglong, cny, good friday, pesta menuai semuanya tidak menjadi isu. itulah beza borneo dan semenanjung. disemenanjung perayaan kamu sendiri pun jadi isu(besday nabi muhammad) perayaan orang lain pun menjadi isu kepada kamu.

      Padam
    7. Nak tanya 1 soalan mecha, U mmg dr borneo (sabah/sarawak) ke? Melayu atau x? TQ

      Padam
    8. Ayam Afrika, setuju dengan anda. We need a new way and maybe wat Dr Rani adalah salah satu alternatif. Banyak prasangka dari bukan Islam kat muslim dan ia berpunca dari sikap kita sendiri. So sepatutnya kita dekatkn diri dengan mereka untuk menerangkan bagaimana Islam sebenarnya.

      Padam
    9. saya hasil percampuran borneo dan malaya=malaysia :)

      Padam
    10. saya hasil campur org melayu + cina + india = macai

      Padam
    11. ayam nigga, sepatutnya kau tanya dia, pernah kerja dlm company swasta atau tidak? dan tanya juga berapa umur U? sebab nampak sangat sifat kebudak2an dia, kesian oh..sekian

      Padam
    12. Sy akui juga masyarakat di borneo lebih kuat even berbeza kaum n agama, x sama mcm kat semenanjung yg berpecah ikut kaum melayu, india, cina. Maybe sbb kat sabah sarawak xde sek jenis kebangsaan cina atau tamil, hmpir semuanya sekolah kebangsaan. Di semenanjung masa sek rendah parent dah terus hantar anak sek jenis kebangsaan. Tp sy ada kawan dr sabah sarawak masa universiti, mmg berkawan baik mcm kawan sesama melayu even mereka kristian. Tp x berlaku dgn cina n india di mana mereka selesa dgn kelompok mereka sendiri. Ini pandangan peribadi sy.

      Pasal isu islam, mmg dulu org melayu x kisah bertoleransi dgn mcm2 hari keraian mcm CNY, Deepavali, Hari Natal. Tp dgn kesedaran agama yg semakin tinggi sekarang n pengaruh info kuat kat FB/blog, byk pendapat agama mengatakan kita x boleh buat certain2 things berkaitan hari keraian atau anything berkaitan agama lain sbb boleh jatuh hukum syirik (menyukutukan Allah swt dgn Tuhan lain). Sbb itu isu Dr Rani sbg contoh menjadi isu. Papepun bg non-muslim harap faham perkara ni sbb bukan kita xnak celebrate atau follow mcm budaya negara2 lain buat, tp dah agama Islam betul2 menjaga isu2 begini sbb byk org Islam keluar Islam disebabkn kurg info pasal benda2 remeh ni. Isu kebebasan agama sy xnak bincang skrg ni. TQ

      Padam
    13. bro ayam pernah sampai borneo? di borneo pun ada sjkc. malah sangat banyak dikawasan bandar. cuma di sjkt yang belum ada. malah disana sekolah mubaligh kristian pun banyak hingga ke pedalaman. tapi tidak ada masalah racial n religion hatred. saya rasa kenapa disana tidak ada masalah perkauman?ramai orang borneo cakap disarawak pekembar dan perkasa tidak ada. supp..star..pbb tidak menyeru perkauman seperti extremis pekembar dan perkasa. tidak pernah lagi saya dengar ketuanan iban dilaungkan disini walaupun mereka penduduk majoriti. belum pernah pehin taib mahmud menyeru ketuanan melanau walaupun beliau berbangsa melanau. tq

      #mecha

      Padam
    14. Maybe sy silap pasal isu skjc/skjt di borneo, tp sy just share experience sy dr kawan sy dr sbah sarawak yg belajar dr smk biasa. Pasal isu org melayu n islam, its better org melayu yg bincangkn isu ini...we have our own dilema yg kaum lain x tau atau xnak ambil tau. Kalau x tau pasal Islam sepenuhnya selain dr mulut ahli2 politik, x perlu nak berdebat as normal muslim.

      As muslim kita nak ada sebuah kerajaan islamik yg menyokong dasar2 islam x kira politik, sosial, undang2...itu perjuangan org islam sendiri. Dah ramai kita tgk org muda melayu dah rosak akhlak atau 'sesat' terutama dgn pengaruh barat n kristianisasi. So,we want to avoid that before become more serious sbb org muda yg akan membentuk negara akan datang. Kalau rosak remaja skrg, rosaklah masa depan nanti dipimpin oleh mereka kelak.

      Padam
    15. memang ada di kalangan mereka (non-muslim) berpandangan negatif tentang hukum2 hudud dan hukum2 Islam~ tetapi bukan semua, lagipun pedulikanlah mereka nak cakap apa, undang2 hudud/undang2 islam tak kena kat dorang pun~ di sebalik pemikiran negatif mereka, siapa yang menjadi punca ? masyarakat cina berada di kelas ekonomi yang lebih baik dari kita, malah dari sudut pendidikan & tahap mentaliti, mereka tetap lebih baik dari kita~ maka, walau apa pun agama kita, tetap kita dipandang ketinggalan bagi mereka~

      Padam
    16. soal hudud aku dah terangkan sehabis2an pada mana2 non muslim yang bertanya pada aku~ sedangkan umat islam sendiri ramai yang tak tahu pun hudud tu apa~ dia ingat, curi, terus potong tangan............nak sampai kepada potong tangan tu macam mana siasatan/perjalanan kes tu ? panjang sangat sehingga hampir kepada mustahil untuk dapat dipotong tangan pencuri tu~ orang islam yang ada langsung tak mencerminkan islam yang sebenar~ sayang betul~

      Padam
  9. i suka post ni dan i suka cara si blogger ni berfikir dan berpandangan... good job! this is also one way of dakwah...

    BalasPadam
  10. kan kes sama masa Mad lutfi pergi gereja, tiba2 org rmi bantai kata murtad wtfishm dia melawat je?

    BalasPadam
  11. sebelum mengajak kepercayaan pada islam kene kukuh.. kene tenang dengan kepercayaan kita.. baru bole berdepan.. :)

    BalasPadam
  12. setuju sangat...:)

    BalasPadam
  13. view from different angle:

    http://www.mykmu.net/?p=38317

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada bukti ke dr rani kutuk umno kat gereja tu? rakaman video atau sumber berita? kalau stakat tulis kat kat forum mykmu umngok sampai bila2 la aku xkan percaya

      Padam
  14. Soalan mudah. Berapa ramai org kafir DAP masuk ISLAM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol in before berapa ramai cina MCA masuk Islam?

      dh dasar 2-2 parti ad pengikut bodo x reti selidik, memang mcm tu kuat melenting! mcmc bodo puihhh la najis

      Padam
    2. Islam itu hak milik mutlak Allah taala, kamu siapa nak persoalkan ?

      Padam
  15. Dis is da real gud entry..keep it up..pmikiran yg brnas,u got da idea n smethng yg bleh dpkirkn as it is happening all da time..hope dh xde lg entry psl jodoh baik xbaik,cnta xcnta etc after ni..sumpah boring dgn post mcm 2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sblm ni pun noob ada gak post psl kawin,cintan cintun, awek dsb... apa masalahnya? blog ni bkn ko sorg je yg baca, ada jugak audien pompuan & budak2... kalau tiap hari cerita politik org lain pulak bosan... kalau nk tiap2 hari baca cerita politik bacala amenoworld... jgn la selfish sgt

      Padam
  16. Kalau ketuk pintu dan keluar 3 hari 40 hari itu dipanggil dakwah Nabi Saw...sangat silap!..bagi buktinya..dakwah agama bkn keluar 3 hari je..

    sempit juga otak buasir ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde pun noob tulis tabligh ketuk pintu keluar 3 40 hari tu dakwah nabi? tp at least ada la jugak sumbangan diorg utk berdakwah... kau boleh ceritakan sikit apa sumbangan kau dlm dakwah selain jadi keyboard warrior sahaja & kondem org lain pakai anon?

      Padam
  17. kerja manusia berdakwah (tunjukkan kebenaran), bukan mengajak orang masuk islam~
    sama ada orang yang didakwah masuk atau tidak, itu terletak pada Allah~
    awaluddin makrifatullah~ bab tu pun kau dah fail, ada hati nak ajak orang kafir masuk islam, belum masuk bab amar makruf nahi mungkar~ kalau hati tu masih kotor, masih sibuk cari salah orang lain, tak layak nak dakwah pada orang kafir~ ramai orang kafir yang hati mereka lagi bersih dari yang mengaku islam ni~

    BalasPadam
  18. Go on go on... mcm2 komen menarik di sini.

    Krup krup krup.. (mkn keropok cicah sos)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.