Selasa, 14 Ogos 2012

76 Muzik zaman kegemilangan aku

Tengok Closing Ceremony Olympics 2012 Londan tempoh hari dengan kemunculan semula Spice Girls dan persembahan lagu Wonderwall oleh Beady Eye (former Oasis bandmate) buat aku teringat nostalgia muzik zaman2 aku membesar dulu. Aku membesar dengan lagu dan muzik dari band2 dan pemuzik2 antara yang berikut terutama sewaktu di sekolah menengah. Sekarang ni ada yang masih aktif, ada yang sudah berpecah, sudah kurang aktif, tidak aktif, hiatus, akan bersara, buat comeback dan macam2 lagi. Sekarang cuba teka berapa umur aku? Sapa dapat jawab betul aku bagi hadiah percutian ke Nepal selama 4 hari 3 malam dengan perbelanjaan sendiri.

















Kenapa muzik2 zaman dahulu aku rasakan lebih berkualiti dan berbaloi untuk dinikmati berbanding dengan lagu2 sekarang yang kebanyakannya dipenuhi dengan sampah sarap seperti auto-tune, runut bunyi digital, techno sound, feat penyanyi rap nigga Pitbull, suara budak yang belum akil baligh tapi digilai ramai, lirik yang murahan, 4 chord gitar yang diulang2 dari awal sampai akhir serta macam2 lagi?

Aku kecewa bila budak2 generasi sekarang lebih kenal Justin Bieber dari kumpulan Metallica. Aku sangat jelek bila budak2 sekarang mengaku peminat Green Day tapi lagu yang mereka tahu hanya 21 Guns tetapi tidak tahu lagu Basket Case.

Kembalikan kegemilangan muzik2 80's & 90's!




tags: lagu musik music song band singer penyanyi kumpulan nirvana green day weezer oasis metallica scorpions alanis morrisette michael learns to rock mltr no doubt the cranberries the offspring matchbox 20 spice girls backstreet boys britney spears old new evergreen music justin bieber pitbull 80s 90s 80an 90an muzik lama baru kualiti best crap sampah olympic closing ceremony 2012 london acara penutup sukan olimpik spice girls wannabe spice up your life beady eye wonderwall 

76 ulasan:

  1. Umo ko dah 36 dah Noob..kalau ikut statistik music diatas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau 36, aku SPM tahun 1993, ada beberapa pemuzik kat atas tu tak wujud lagi... sila cuba lagi hehehe

      Padam
    2. paling lojik 32-36, kurt cobain mati 5 April 1994... takkan dah mati baru nak minat... atau masa sekolah rendah kau dah dengar Nirvana?
      -coma-

      Padam
    3. grunge never die walau kurt cobain dah mati

      Padam
    4. umur ko 37 tahun..sebab spm tahun 1993 :)

      Padam
  2. hai noob,sy rasa awk sebaya dgn my sis...betul x?

    -annur-

    BalasPadam
  3. Abang noob umur nya 30 lebih, eh eh saya zaman kegimilangan najwa latiff. Haha.

    BalasPadam
  4. la noob sama umoq dgn aku kot
    tastenya sama

    tapi bila drive aku maintan sinarfm
    muzik retro terbaik wok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abg tofik dah veteran rupanya? btw umo sy sama dgn cik belog ekekekeke :DD

      Padam
    2. Bhai Taufik...

      Gua dengar SinarFM gak... tapi la nih selalu gak dengar THR Gegar Pantai Timur... hahahaha.....

      Tapi aper-aper pon... gua membesar dengan lagu-lagu Hail Amir, Uji Rashid, Sharifah Aini, Juli Remie dan Alleycats.... hahaha....

      Buat Noob... udah ler.. rumah kata pergi.. kubur kata mari... hahaha... lu dah tua dah bhai... hahahaha... life begin at 40 but finished merely on 63 ... hahahaha

      Padam
    3. Tolong skit
      Den mudo laie ni ha
      Nikah pon bolum
      Sweet 20's laie ni

      Padam
    4. kalau ikut ranking dari tua ke muda, firasat ana :

      ana<taufik<noob<zack<C++..

      Padam
    5. ada benarnya jugak disitu
      tapi aku rasa aku paling muda kot haha

      ages just a number
      experience that matters

      Padam
  5. wah!matchbox 20,Oasis dan Scorpions mmg terbaikk!layannnn..

    BalasPadam
  6. Noob baru nak masuk awal 30 kot.

    BalasPadam
  7. Oasis terbaik! Noel n Liam Gallagher!

    BalasPadam
  8. gila la.
    POB sebaya dengan Dave Grohl kot?

    rindu zaman2 radiohead.weezer ( zaman2 island in the sun haha)zaman2 pink floyd
    haha .

    BalasPadam
  9. Pasal band offspring tu, aku ada suruh kirim kawan beli kaset Offspring kat pekan tgh top lagu come out and play masa tu, kawan pulak buat hal, beli kaset kumpulan Spring pulak ntah lagu jiwang meleleh gak time tu.. cit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha lawak betul member ko tu... ade ke offspring dia ingat spring... jauh beno genre lagu tu

      Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
      Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
      Ini semua sudah suratan ilahi
      Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

      Padam
    2. hahahaha kawan hang memang WIN la...

      yo Prince of Noob, hang nih die hard fan oasis ke sampai blur tak disebut? sedih i...

      oh ya, mana band2 melayu?

      Padam
    3. nak kata die hard fan tu takde la... cuma list2 kat atas tu antara muzik2 mereka yg aku membesar bersama waktu sekolah menengah dulu, mcm bsb, britney spears, spice girls tu xde la aku fan pun cuma kalau nak kena karaoke lagu diorg kira boleh la lagi hahaha... mungkin ada lagi beberapa yg aku tertinggal... tp kalau nk kata die hard, dlm byk2 tu aku die hard fan weezer sampaila sekarang

      Padam
    4. NOOB BERUMUR 29TAHUN..COZ DIE MENTION PSAL WEEZER..

      Padam
  10. ok ramai yang teka hampir tepat... mohon bagi angka yang lebih spesifik hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo ko idup zaman muzik alternatif, penah petik gitar lagu Nirvana, ushar2 lagu napalm death, megadeth, penah nyanyi 60s tv OAG, head banging lagu band alternative malaysia Cradle (half of me), baca majalah Ujang, pinjam video tape kat kedai sewa video, tulis karangan SPM pasal kegawatan ekonomi, penah tgk kartun New Kid On The Block, pakai spender ninja turtle kecik dulu, mesti umor ko dalam lingkungan 31 - 33 tahun.. ye tak? Ni geng umor lahir tahun 1979 - 1981 ni..

      Padam
  11. PON 31 atau 32 tahun

    OASIS mmg legend!

    90's music rulesssss!

    BalasPadam
  12. sila buat GA untuk teka umur ente..

    Ok, start dari atas aku..
    umoq hang 28 nooob

    BalasPadam
  13. hehehe ada yg jawab dah betul, tapi masih ada atau atau... utk lebih hints, boleh baca kat entry sini - "Korang Tahu Korang Dah Tua Apabila

    BalasPadam
    Balasan
    1. summersault berpusing! Miss komet

      Padam
  14. aku jwb blk (wlupun xde hadiah)31 tahun...same umo ngan aku.

    Oasis mmg legend! penah bersungguh bongkar dari bundle ke bundle cari jaket mcm Noel Gallanger pki time konsert.

    BalasPadam
  15. Walalaupun kita tak sebaya tapi aku tetap layan lagu² band zaman ni..
    Muzik sekarang makin canggih tapi makin hilang ketulenannya.

    BalasPadam
  16. hint terlampau general..gila apa nak teka..
    aku yang muda lagi budiman ni pon bole layan steelheart..apa nak heran..

    anyway, those bands seingat aku faymes awal tahun millenium..zaman sekolah menengah aku..

    BalasPadam
  17. POB lahir tahun 1979..umur kau 33 tahun..konpommm..berani potong .., err, tak berani nak potong2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji dikoteti

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  18. 31 noob...sama taste ngan abang aku...

    BalasPadam
  19. Umur noob sbenarnya 28 tahun,zaman britney stat tahun 1999,time Noob PMR..bsb 1997 time Noob ting 1..

    BalasPadam
  20. hadiah percutian ke Nepal selama 4 hari 3 malam dengan perbelanjaan sendiri jatuh kepada encik Tanpa Nama14 Ogos 2012 10:16 PG dan encik Azizul Sukri Ahmad

    BalasPadam
  21. da tua rupenye..

    da kawin ke blom.. mcm blom je..

    BalasPadam
  22. semua teka umur si noob
    tadak sapa sudi teka umur aku?
    *sigh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi lah HINT skit..baru org leh teka ^_^

      Padam
  23. Kalau tengok scene muzik Malaysia ni, ada jugak musician yang bagus. Cuma diorang tenggelam dek sesetengah penyanyi yang tak berapa ok(at least pada pandangan aku.) Artis macam Yuna, Hujan, Aizat, composition diorang semua berkualiti jugak, boleh kita compare dengan buah tangan artis antarabangsa. Cuma artis macam diorang ni, kalau bertanding dalam mana-mana pertandingan dalam Malaysia ni, confirm takkan menang, walaupun dapat pengiktirafan dari produser luar negara. Kenapa? Mungkin ramai yang tak tahu, dalam scene music Malaysia pun ada pe'el politik jugak tau. Kalau kau kaya, kalau kau ada saudara-mara yang kerja dalam stesen radio atau TV, confirm lagu kau boleh famous. Sudahnya, musician yang betul-betul berbakat, tapi takda kabel besar, terbiar je sampai demo tape diorang berdebu. Lagi satu, 'industri muzik' Malaysia ni ada beberapa nama otai yang pegang. Tak iralah kau kerja kuat mana pun, composition sedap mana pun, kalau tak ngam dengan golongan-golongan ni, kau takkan naik.

    BalasPadam
  24. Noob kau tak layan Radiohead ka? Rugi2. Baik layan sebelum mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. radiohead? creep? tu jelah pun lagu yg aku tahu dan belajar petik gitar waktu sekolah dulu

      Padam
    2. waktu aku form 2 tahun 2oo2 kat asrama dulu ade org curi walkman ngan kaset ok computer aku, dem master piece kot.naseb baek sekarang ni ade mp3 haha.best kot radiohead sampai sekarang relevan lagi(bukan tanpa nama diatas)

      Padam
    3. Creep tu kira lagu asas untuk mendalami lagi Radiohead ni. hehe. Aku mula2 pun sangkut dekat lagu tu je. Tapi lepas try dengar lagu2 lain, terus ketagih kot. Makan masa juga, sebab lagu dorang susah otak nak terima masuk. Tapi sekali dah sangkut, semua lagu band lain aku dengar jadi biasa2 je. hehe. Ok Computer memang album terbaik sepanjang zaman!

      Padam
    4. Nak dengar Radiohead ni kena berperingkat. Mula dari album first sampai ke latest album. Baru rasa adventure dia.

      Padam
    5. ak tak sangkut kat Ok Computer, tapi ak mula2 sangkut kat Kid A haha pelikkan?Everything in Its Right Place sampai Motion Picture Soundtrack semuanye totally genius.

      -apec-

      Padam
    6. Yeah absolute genius. Tapi masa aku mula2 dengar Kid A, aku tak leh terima. Weeks after lepas paksa diri layan, baru melekat macam gam. Pelik jugak lah kau sangkut kat album ni, tah2 kau dari masa depan kot? kikiki.

      Padam
    7. haha ak mmg special.TKOL pun same gak,mula2 dengar sekali mmg macam haram,kali ke-2 hmm not bad,kali ke-3 hmm ade sumthing kat album ni,kali ke-4 wow diorang mmg genius,kali ke-5 suda addict.terngiang2 riff guitar lagu separator.camane pun Kid A and Ok Computer mmg terbaek

      -apec-

      Padam
  25. Saya tidak kenal semua band2 di atas.

    Saya sedang membesar zaman Wonder Girls.

    Dem. =.=

    BalasPadam
  26. music zaman skrg mmg sampah, tak melodic langsung, kalau nak dbandingkan dgn music zaman 90an. sehinggakan lagu yg dulu2 90an yg paling tak best pun setanding dgn music terbaik skrg.

    aku ni fanatik hiphop mase mude2 dulu, esp wutang clan! himpun la seluruh lagu hiphop zaman ni nak dibandingkan dgn satu lagu wutang clan yg terburuk pun tak dpt tandingi. zaman dulu msg music penuh dgn ideology n kretiviti, tapi zmn skrg penuh dgn msg merosak akhlak n maksiat.

    skrang dah pencen dgr music..ehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu wutang clan hip hop sekarang dah jadi ustad..satu transition diri yg amat menarik

      Padam
  27. yeah...all are my fav...mmg teringat zmn peralihan kanak2 ke rumaja...dulu best dgn britPop..budak sekarang KpoP

    BalasPadam
  28. Aku setuju dgn PON, bukan Green Day tegar namanye kalo tak tau basketcase. Kita sezaman, thumbs up

    BalasPadam
  29. Balasan
    1. ye la... spm 1999 30 tahun mcm aq la. Ye xdinafikan muzik masa aq dan Noob membesar adalah yg terbaik! Tue blum masuk kes rakam lagu kat kaset kosong thru radio muzik. Haha....masa2 terbaik dalam kehidupan ramaja 90an :D

      Padam
  30. yeah..nirvana rawks!!

    BalasPadam
  31. aku pon hidup zaman tu....BLUR, PEARL JAM, RADIOHEAD, THE CURE N STONE ROSES kau tak layan ker?????

    BalasPadam
  32. aku hidup zaman2 raihan, now see heart, rabbani, hijjaz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob konfom x pernah dengar nasyid...

      Padam
    2. so noob dah masuk 33 lah ni...dah kawin ke belom?? tipulah belum kahwin...

      Padam
    3. noob layan too phat x?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.