Jumaat, 28 Disember 2012

33 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 7

Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-7 berlangsung. Semua VIDEO persembahan setiap peserta sudah diletakkan, cepat tengok SEKARANG sebelum hilang!

Tak sangka dah masuk minggu ke-7 pun MLM2012 ni dengan 7 peserta yang tinggal. Tema persembahan pada minggu ini adalah "Loghat dan Kembali ke Sekolah". Mungkin setiap peserta kena guna kedua2 elemen atau pilih salah satu dalam sketsa mereka. Tema kembali ke sekolah tu bagi aku OK, banyak idea boleh buat, tapi tema guna loghat negeri tu aku agak kurang sikit, sebab tak semua orang faham loghat negeri lain. Kalau dia buat lawak loghat kelate, mostly orang kelate je lah yang faham, kalau buat loghat utara, mostly orang utara je lah yang gelak, kalau loghat nogori, mostly orang nogori jelah yang ketawa, dan begitulah seterusnya. Kena orang macam aku yang jenis susah nak tangkap loghat2 negeri ni, payahlah nak gelak. Apa2pun kita tunggu jelah sama2 nanti.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Pusingan 1: Loghat

1. Jambu (Laugh-O-Meter: HAHA)


Sketsa loghat Jambu, sangat simple, dan biasa2 sahaja. Sorang buat sajak dalam bahasa loghat, sorang terjemah. Ada loghat Kelantan, Terengganu, Thailand, Perak dan bahasa Cina. Kan aku dah cakap lawak loghat ni kurang menarik sikit, tapi penyokong kat auditorium lebih2 sangat, relaks2 sudah tak payah nak jerit2. Rupa2nya malam ni ada 2 sketsa diorang kena buat, satu loghat satu lagi kembali ke sekolah, aku ingat gabung sekali. OK kita tengok persembahan kedua Jambu.

2. Shiro (Laugh-O-Meter: LOL)


Ajak jadi Mat Yo baru pindah dari team Red Warrior ke team Johor, sesat kat Johor terjumpa Shahrol yang jadi Wak Jawa Budiyono Guritno Bilando bla bla bla bin Ali. So far lawak juga, cuma ada juga part censored ntah gapo dio tok pehe kawe diorang gelak gapo.

3. Sabon (Laugh-O-Meter: HAHA)


Abon jadi orang Perak pergi kedai makan jumpa orang India cakap Kelantan. Masa permulaan agak slow, tapi momentum naik sikit2 terutama masa Sathiya mula cakap loghat kelate. Rasa kalau Abon cakap Jawa lagi boleh jadi kelakar rasanya.

4. Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)


Untuk sketsa tema loghat, Zizan jadi orang ganu lepak kedai makan terjumpa dengan mamat negro nak jual playar cakap macam Chris Tucker tapi Zizan tak tahu cakap english. Boleh tahan lawak gila diorang kali ni. Tapi yelah sebab kena buat 2 persembahan malam ni, so persembahan pun pendek je, rata2 aku tengok semua tak dapat habiskan sketsa diorang. Pun ada word kena censored.

5. Boboi (Laugh-O-Meter: LOL)


Nabil jadi Apek Khairul Fahmi Che Mat off course la cakap dialek kelate, Harun jadi Safee Sali yang menunggang cakap Indonesia sebab lama sangat duduk sana, kali ni diorang mewakili Kokdiang Football Club (KFC), kemudian coach baru diorang datang iaitu Afdlin Shauki yang jadi Alex Ferguson cakap UK english. Pun macam Sabon juga, starting agak slow build up sikit2.

6. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan R2 buat sketsa jadi pelancong Jepun datang Malaysia, lepas tu kena tegur dengan orang Malaysia tanya macam2 kat orang Jepun tu. Sebenarnya kalau nak diikutkan, tema loghat ni patut hanya berkisar tentang loghat atau dialek negeri2 di Malaysia, sebab kalau cakap Jepun tu bukan loghat tapi bahasa. Tapi apa ada kisah kan. Apa2 pun satu persembahan yang boleh tahan juga. Pun ada part yang dicensored dengan banyak sekali.

7. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)


Sebenarnya kumpulan SayWho ada bonus untuk tema ni, sebab mereka bukan orang Malaysia, dan bila mereka cuba buat lawak dalam loghat negeri di Malaysia, pasti akan jadi lawak dan mendapat sambutan penonton. Apa2pun part paling lawak masa Bocil cakap nogori abis konfius jang dengan eden.


Pusingan 2: Kembali ke sekolah

1. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Nasib baik untuk pusingan kedua ni OK. Awal2 agak blur, tapi lepas2 tu memang lawak cam shial tahap konfiusnisma. Yus jadi guru besar mengajar subjek merepek2 campur matematik sains geografi teh ais la, lepas tu Tauke jadi murid kena panggil murid lain kat kelas lain, last2 murid pulak suruh guru besar cari orang, cam biasa lawak diorang tak boleh dijangka langsung. Mungkin diorang lebih fokus kepada persembahan ini sebab tu kat pusingan pertama cam ala kadar je.

2. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Cikgu Borhan dah bersara, jadi murid2 semua buat sambutan untuk meraikan persaraan cikgu Borhan. Banyak la cikgu tu pesan kat pelajar contoh tu, dan pelajar contoh kena buat persembahan baca sajak, kertas saja panjang tapi sajak satu ayat je. Last2 cikgu pun disuruhnya buat persembahan, mula2 malu last macam orang kena sampuk.

3. Sabon (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Sabon buat babak budak sekolah bercinta naik basikal macam filem Sembilu ke apa. Abon nak ngurat Sathiya yang jadi perempuan. Ada la beberapa punchline yang menarik cuma sketsa percintaan budak sekolah cliche sangat.

4. Jozan (Laugh-O-Meter: LMAO)


Owh kali ni macam sambungan kepada sketsa Sabon, juga babak percintaan, tempat, prop pun sama, cuma kali ni Zizan yang jadi awek pakai tudung mintak clash dari Johan sebab tak setaraf. Watak diorang memang banyak menggambarkan budak2 sekolah zaman sekarang. Banyak jugak part yang kelakar, tapi kali ni aku betul2 confirm MLM2012 n bukan live sepenuhnya sebab kalau setakat mute suara OK lagi, ni siap ada babak kena potong waktu Zizan buat pusingan sampai tercabut tudung nampak anak tudung tu.

5. Boboi (Laugh-O-Meter: LMAO)


Ni macam lari tema sikit, tema kembali ke sekolah, tapi ni kelas belajar komputer untuk orang2 tua. Ah lantaklah orang bukan kisah pun. Afdlin jadi cikgu, Harun jadi orang tua pekak, Nabil jadi kawan Harun nak belajar komputer. Awal2 slow jugak tapi kat tengah2 tu semakin lawak. Bab yang lawak tu pasal "kalau komputer tu hidup tu hidup la dia, kalau mati komputer ni kita redhooo je la". Tapi last2 ingatkan nak belajar komputer tapi rupa2nya nak belajar berenang.

6. R2 (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan R2 buat lawak dalam kelas Matematik, cikgu dia bagi soalan lain murid jawab bukan2. Lepas tu murid tu nak pergi berak la pulak, tapi punchline paling lawak "Iitu saya punya punggung sudah batuk". Tapi seriously kenapa la banyak sangat censored ni??? Ganggu mood betul.

7. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat sketsa dalam kelas murid darjah 1. Ada babak perkenalkan diri Bocil jadi Leonardo di Caprio kapal titanic terbakar, lepas tu kena baca peta dunia, cerita pasal mimpi dan macam2 lagilah. Cuma aku perasan mamat rambut karat tu kalau setiap kali AC masuk dan ayat dia kena potong mesti buat muka bengang sebab tak sempat nak habiskan sketsa.


Peserta terkeluar minggu ini: Sabon

Kesimpulan:

Minggu ni ada 2 pusingan, pusingan pertama bertema "Loghat" dan kedua "Kembali ke sekolah", so masa persembahan pun dah jadi pendek dalam 3 minit setengah je berbanding 7 minit untuk satu pusingan. Secara overall, persembahan pusingan kedua lebih best dari pusingan pertama. Tapi kali ni persembahan masing2 dah semakin hebat, dan persaingan makin sengit, rating pun ramai yang dapat bagus2 dan hampir setara sampai aku nak buat ranking pun agak sukar.

3 kumpulan terendah minggu ni adalah Sabon, R2 dan Boboi, dan yang tersingkir adalah Sabon. Untuk makluman Abon pernah menang Maharaja Lawak Mega 2011 bersama Mr. OS, cuma mungkin untuk kali gandingan dia dan Sathiya chemistry dia agak kurang. Masa dia dengan Mr. OS dulu, antara yang jadi faktor lawak adalah Abon selalu bahan Mr. OS yang membuatkan orang ketawa, tapi formula tu agak tidak menjadi bila dia bahan Sathiya, sebabnya... Sathiya bukan orang Melayu. Kalau orang Melayu berkulit gelap kena bahan mesti orang gelak terbahak2, tapi kalau orang India kena bahan benda yang sama, orang kadang2 nak gelak pun serba salah. Tapi ending speech Abon memang sangat sedih, bila ditanya orang kenapa dia masuk MLM2012 walau dah menang MLM2011, dia cakap ini sahajalah rancangan yang dia ada kat Astro. So Astro harap dapat buat apa2 rancangan komedi untuk Abon dan kalau boleh gandingkan dengan Mr. OS, dan rakan2 pelawak otai yang lain.

Btw aku quite kecewa dengan MLM 2012 ni, banyak sangat potong dan censored, tau2 ramai penonton kat auditorium gelak tapi tak tahu pun apa yang dicakapkannya. Tolongla Astro tak payah la nak skema sangat, lagipun kata siaran langsung, kalau nak potong masa ulangan tu takpe la. Jangan la merosakkan mood penonton dan pengundi di rumah. Kitorang bayar tau Astro Mustika.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

Pusingan 1: Loghat
1. Jozan - LMAO
2. SayWho - LMAO
3. Shiro - LOL
4. Boboi - LOL
5. R2 - LOL
6. Jambu - HAHA
7. Sabon - HAHA

Pusingan 2: Kembali ke sekolah
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Shiro - LMAO
3. Jozan - LMAO
4. Boboi - LMAO
5. SayWho - LMAO
6. R2 - LMAO
7. Sabon - LOL

* Kredit: Video oleh wwwguatvdotcom2012.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 7 

33 ulasan:

  1. macam biasa la,,, maharaja lawak is not in the list of must-watch. hehe,, kalau tertengok tu ada la sikit-sikit :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis selalu tengok apa?

      Padam
    2. tengok upin dan ipin la tu. Dia record kat astro, malam-malam dia marathon.

      Padam
    3. Kahkahkah. Xbleh blah marathon upin ipin

      Padam
    4. Kahkahkah. Xbleh blah marathon upin ipin

      Padam
  2. mesti tgk live n tgk n dload video @ sini...

    BalasPadam
  3. Upload la vid segmen ke 2.. Xsbr nk layanzzz ni... Tq ;-)

    BalasPadam
  4. sori...bkn x live la..cuma kan mereka ada reheasel sblm persembahan..so..da part yg x patut..kna cut la

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 la kalau nak backing astro pun. ada rehearsal sebelum persembahan? hebat betul diorang boleh jangka apa yang diorang cakap ye. kalau censored suara tu boleh la nak tipu lagi, tapi cuba tengok kat video Jozan pusingan kedua ni https://www.youtube.com/watch?v=UoIVcklJfoA kat minit 3:20 dan cuba jelaskan kat aku kalau live macam mana pergerakan pun boleh kena potong? ini bukan setakat mute suara sahaja tapi potong video frame!

      Padam
    2. Tak payah nk jd pandai sgt laa

      Padam
    3. Yang kau ni phal plak betol la dia ckap tu

      Padam
    4. korang ni mesti tak pernah tengok Maharaja lawak secara live kan? sebenarnya memang diaorg on air..agak lambat beberapa second dari yg keluar kat TV. rehearsal apa kejadanhya..kalau nyanyi-nyanyi bolehlah. ini lawak. semua benda keluar mulut secara spontan, yang diaorg praktis pun hanya sebagai garis panduan jer.

      Padam
  5. audio kurang sedap kali nie

    BalasPadam
  6. Udah2 la Psychic Zero,
    Dari mula-mula hari tu ko ckp MLM ni tak live.. smpai minggu ketujuh pun ko ulang benda yang sama.. jangan la klise sgt.. Boring la dok ulang 2 benda yang sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah memang x live takkan nak kata live pulak. Tanpa nama 1:28 keje ngn astro ke?

      Padam
    2. Dah memang x live takkan nak kata live pulak. Tanpa nama 1:28 keje ngn astro ke?

      Padam
    3. masalahnya dari minggu pertama sampai ketujuh ni masih ada orang cakap ia live, dan cakap astro boleh mute suara sbb dah tau masa rehearsal. tapi untuk minggu ni obvious sangat bro, bukan setakat mute suara tapi sunting potong babak terus. dan lantak aku la kan aku nak suarakan apa2 ketidakpuashatian aku kat sini, ada masalah ke bro?

      Padam
    4. Menyalak macam anjing aung aungg

      Padam
    5. ya la pysic zero..anda sorang yg sinis

      Padam
  7. booooooooooring........

    BalasPadam
  8. salam...

    rasa terpanggil pulak untuk komen bab delay dan censored tuh...

    rancangan ni takla delay sangat sampai 30 minit ke, sejam ke.
    setau aku, paling kuat pun dalam 10 saat aje.
    bagi editor, tempoh masa tu dah cukup untuk tapis apa-apa yang patut.

    kalo tengok bola langsung dari luar negara pun sama. editor di studio dah bersorak gol dulu, baru penonton tv bersorak.

    nak tengok rancangan yang hampir tak ada delay langsung, boleh cuba tengok siaran langsung di rtm (terutamanya selamat pagi malaysia).

    cuma pandangan yang tak seberapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. delay rtm dengan astro tu lain la bang,tu sebab signal dia tak sama satu pakai digital satu lagi pakai analog.kalau delay 10 saat takkan la produksi boleh sempat potong scene,mute suara?tak logik sungguh.yang aku pelik kenapa ada orang beria2 nak backup astro padahal diorang kuat kencing customer

      Padam
    2. aku tak bangkitkan topik perbezaan cara signal dipancarkan. jadi, isu delay antara rancangan astro dan rancangan rtm adalah tak berkaitan dengan penerangan aku di atas. ok?

      kawan kita dah terangkan kat bawah tu... 5 - 10 minit tu dah sangat lebih daripada mencukupi bagi editor untuk mute dan potong apa2 yang tak nak dipaparkan. kalo 1 minit pun dah selesa sangat nak buat editing.

      bukan nak cover, bukan nak apa2. tapi, itulah jawapan teknikalnya.

      Padam
  9. ala.....bola pun sama......klau tengok astro lambat sikit dari rtm......kat rtm dah gol, kat astro baru nak tendang.......

    BalasPadam
  10. kalo sesape nk tengok maharaja lawak mega cari kat dailymotion..no block..no annoying ads..pastikan turn on family filter kalo x bahaya woo

    BalasPadam
  11. untuk pengetahuan semua...utk rancangan live cam bola ker, maharaja lawak ker, saluran tv satellite cam astro (in malaysia) or sky (in uk) memang akan delay dlm 4 saat compare to saluran tv pencawang atas tanah cam tv1 2 n tv3. sebab tu boleh perasan terutama time tgk bola.
    cuma dlm kes maharaja lawakmega ni, aku yakin rancangan ni live, cuma siaran langsung di tv dah di lambatkan dlm 5-10 minit bg memberi peluang editor utk sensor maner2 kata2 or lakonan yg x berapa sesuai utk tatapan umum.
    maksudnyer..kita start tgk kul 10 mlm, mungkin di studio diorang dah start awal pukul 9.50 mlm. Benda ni perkara biasa bg memastikan tiada perkara2 yg x dingini berlaku terutama klau rancangan2 live bab2 politik ker, keagamaan cam tanyalah ustaz ker...forum kerr.
    aku setuju ngan noob, klau byk ngat scene kena potong...memang jd x best tgk live dr rumah. so the best solution kena g tgk kat dewan mbsa!

    BalasPadam
  12. donlod cpt t kna block

    BalasPadam
  13. bro... xtau knapa aku rasa ko pnya komen sekarang tak sepadu masa kat blog lama. mgkin sbb ditulis secara live kot. aku lg suka komen ko yang dulu.

    dulu ko akn bagitahu readers apa jenis lawak/komedi yang diorg buat. dr blog ko aku paham jenis2 komedi ni.

    dulu ko akn bg cadangan dan ulas lebih detail tp sekarang ko lebih byk ceritakan balik apa yang dorg buat tanpa ulasan yang kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu aku bagi detail tentang genre komedi pun masa dah nak minggu2 akhir untuk peserta2 finalist je, lagipun peserta yang ada ni pun lebih kurang je dengan yang dulu, so benda pun lebih kurang je huhu. nanti bila dah nak dekat2 tinggal sikit peserta mungkin aku akan buat analisis sikit, sekarang ni masih ramai lagi.

      Padam
  14. booooooooooooring......tengok upin ipin lagi best.......mohon psycic zero atau noob buat segmen khas review dan ulasan untuk episod upin ipin setiap minggu....

    BalasPadam
  15. Tetap salah UMNO-BN

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.