Jumaat, 22 November 2013

34 Hukum hudud bukan untuk negeri Kelantan sahaja

Mula2 keluar berita pasal Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri tersebut.


Secara tiba2 ada pemimpin UMNO mahu hudud dilaksanakan segera di Kelantan sebagai mengikut jejak negara Brunei.


Dan secara tiba2 ramai pula penyokong2 UMNO menyokong pelaksanaan hudud dan menyuruh Kelantan buat dahulu sebagai contoh kepada negeri2 lain, malah marah kepada DAP kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.


Orang ini korang tak nak marah?


Atau orang ini?


Tolong cakap yang korang takde apa2 perasaan marah sedikit pun bila tengok video ini.


Bagi aku orang2 UMNO tak payah sembang lebat suruh Kelantan laksanakan hudud dulu lah, suruh ikut jejak Brunei lah, sokong laksana Hudud kat Kelantan dulu lah. Walaupun DAP cakap apa2 dasar yang nak dibuat dalam PR kena dengan persetujuan ketiga2 parti dalam PR, tapi selama ini UMNO ada nak memperjuangkan dan melaksanakan hudud jugak ke? Nak suruh PAS keluar Pakatan dan gabung dengan UMNO sebab DAP tolak hudud, tapi kalau PAS gabung dengan UMNO pun UMNO nak buat ke hudud?

Dalam Malaysia ni negeri Kelantan je ke negeri yang Islam? Negeri2 lain bukan negeri Islam ke? Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan tu tertakluk kepada negeri Kelantan sahajakah? Negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan lain2 bukan negeri Islam ke?

Jangan sebab kita tak mampu dan tak mahu nak laksana hudud, kita nak tolak, tuding jari dan marah pada orang lain kenapa tak buat lagi. Dulu bukan main ramai yang persenda dan tolak hudud, malah UMNO sendiri memang takde perancangan pun nak laksana hudud kan, so tak payah nak bising2 bagai, duduk diam2 sudah. Takde rasa hipokrit gila babi ke?

Tapi kalau korang dah sokong hudud, tunggu apalagi? Mulakanlah perancangan untuk laksanakan hudud di seluruh negara. Kata UMNO abang besar dalam BN, takkan la MCA, MIC dan parti2 komponen lain berani nak membantah macam DAP? MCA dengan MIC tu berapa kerat je kerusi dalam parlimen, majoritinya orang UMNO yang beragama Islam. Takkan asyik nak suruh PAS je, yang beragama Islam ni orang PAS je ke?

Kenapa nak kena cakap biar Kelantan buat dulu, Insya Allah negeri lain akan ikut. Apsal bukan buat je terus di seluruh negara, jangan kata Kelantan, negeri2 lain pun mesti terus ikut. UMNO kan parti Melayu Islam yang mempunyai kuasa paling besar sekarang dalam parlimen, apa lagi, usulkanlah. Tambah pula dengan macam2 kes jenayah berat, tembak menembak, bunuh membunuh yang semakin menjadi2 sekarang ni, aku rasa dah sesuai sangatlah hukum hudud ni dijalankan di 1Malaysia.

Isu2 macam ni lah yang sepatut diusul dan dibincang dalam parlimen, bukan sibuk mempertahankan lawatan isteri PM, terpekik terlolong haram haram tipu tipu, koyak kertas dan buat kapal terbang kertas.




tags: sedia laksana hukum hudud mampu urus laksana mahkamah syariah kelantan sultan rasmi pemimpin umno annuar musa segerakan ikut jejak brunei pas perlu dapat persetujuan dap pkr pakatan rakyat agenda manifesto najib buletin utama tv3 chua soi lek hina sindir drama sembang rakyat sampah negeri negara islam agama persekutuan usul parlimen dewan rakyat tolak hipokrit

34 ulasan:

  1. salam perkenalan, nk panggil apa ye?. terima kasih sebab sudi follow blog liz. liz pn suka makan cendawan. liz nk mntk tlg, kalau tdk keberatan blh tlg share kan post ni dekat blog awak tak? Post ni juga dah dishare oleh 3R. http://lilizazaliza.blogspot.com/2013/11/minggu-bersama-3r.html semoga rama lg dpt kesedaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetibe suke mkn cendawan..

      Padam
    2. hai liz, nak makan cendawan saya tak??

      Padam
    3. Liz suka makan cendawan batang x? kalu suka saya bg free of cas..

      Padam
  2. Salam:-)

    kesiannya cara fikir orang dalam video tu..hukum hudud tu hukum tuhan..

    kalau tak mampu nak laksanakan, jangan nak menghina perlekeh persenda pulak..hukum tuhan tu boleh pulak kau persenda macam tu..lepas tu buat macam tak ada rasa bersalah..

    kena berpaksi realiti?ayat selamat..sebab umno memang tak ada plan pun tentang hudud..
    pas pun kalu dah ready, mohon kekuatan dari Allah dipermudahkan nak laksana hukum ni..dap ke pkr ke belakang cerita..

    bini sendiri tak mampu nak dakwah pakai tudung..wasatiyyah?hahaha..

    abang ajib:) aku harap kau menikmati penggal pemerintahan pasca pru13 ni sebaiknya before rakyat rage..

    BalasPadam
  3. hukum potong tangan bg yg m'curi..kbanyakannya mereka yg kurang faham lebih kesiankan kpd yang kena potong tangan drpd yang menjadi mangsa pencuri..

    BalasPadam
  4. Ada org yg syorkan supaya mulakan hudud dari rumah. Dh amalkan secara kecilan, baru bleh laksana di peringkat negara.

    Bagus juga idea tu. Kalau anak balik mabuk2 atau khayal, kasi sebat 100x. Kalau suami atau isteri kantoi zina, rejam dia sampai mati. Kalau anak dara/teruna didapati beromen dgn pasangan, kasi sebat 100x. Kalau cucu curi duit, potong tangan beliau. Kita andaikan mereka yg layak kena hudud ialah mereka yg dh akil baligh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...ni sibuk suruh kerajaan buat hudud, padahal anak entah kemana, buat maksiat, pastu salah kan kerajaan...salahkan diri sendiri dulu la...ibubapa yg mencorakkan anak, bukan kerajaan...ibubapa zaman sekarang memang teruk...lepaskan tanggungjawab.....nanti jadi apa2 kat anak dorang, salahkan kerajaan sebab x laksanakan hudud.....puiihh....patut ibubapa didik anak dorang tentang dosa dan haram sejak lahir lagi...tengok anak2 muslim yg membesar di negara kafir....xde hudud pun...tapi ada ramai jugak yg masih mengekalkan pegangan agama walaupun dikelilingi maksiat.....semua bermula dari ibubapa....semua salah ibubapa...

      Padam
    2. xpyh la nk syorkn hudud dr rumah la apa la. undang2 yg ada skrg pun, kalau anak mabuk, berzina, korg x sebat pn anak korg? anak korg edar dadah, bunuh org, korg x gantung pun sampai mati. cucu korg mencuri, korg x penjarakan pun, jauh sekali report polis. lg backup anak sendiri ada la. so ini bkn masalah undang2 buat kat rumah dulu ke apa, malah kalau ada org bunuh anak korg pun, korg xde hak nak pandai2 pergi bunuh pembunuh tu balik. apa2 bentuk hukuman terhadap jenayah hanya pemerintah yg boleh jatuhkan, xkira la hudud atau undang2 sekular... xkan itu pun xtau. nk kata bodoh nmpk mcm pandai

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Kata hudud mesti ditegakkan oleh setiap umat islam, tp bila nak amalkan dlm umh sendiri apsal tetiba tolak ke pemimpin pulak? Yg bkn pemimpin negara tu semua bukan islam ke?

      Sembang je lebih. Bila kena batang hidung sendiri tau lak nak bagi alasan, pemimpin kena buat la apa la. Sampai dalam kain setiap rakyat pun pemimpin negara nak jaga. Apa punya manusia ni tanggungjawab sndri lgsung takde.

      Macam x cukup2 lagi kes curi dan bunuh pemimpin kena jaga.
      Btw, ada beza kesalahan jenayah dgn moral. Sebab itu bunuh, rogol dan mencuri
      dibicara di mahkamah sivil skrg sedangkan seks dgn berbilang pasangan takde.
      Selagi x dpt beza kesalahan jenayah dgn kesalahan moral, xyah citer hudud la

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. dah berkulat2 pulak aku tgk komen annakulat neh. apa ke jadahnya nak laksanakan hukum hudud kat rumah. dlm islam pun ada fardu ain, fardu kifayah, tanggungjawab rakyat, tanggungjawab pemimpin. mendidik anak2 mmg tanggungjawab ibu bapa, tp pelaksanaan undang2 tu jatuh kpd tanggungjawab pemimpin. kalau semua org boleh jalankan undang2 sendiri x ke bangang namanya tu

      Padam
    7. Eh, undang2 sendiri apa pulak? Hudud kan dh lengkap tinggal nk buat je.
      Ha, buatlah apa lg.
      Kalau nk letakkan tjawab hudud kt pemimpin, x pyh nk bising sembang. Biar diorg tentukan.

      Padam
    8. salah satu cth depn mata membelit mcm ular... patut buat jela jgn bnyk sembng lebat tp bnyk alasn mcm puak2 pembangkang dan puak2 kerajaan....

      Padam
  5. Marah dgn mereka2 dlm video tu...
    Inilah yg jadi bila org bukan ahli nak berbicara ttg sesuatu seperti seorang ahli.
    Kalau mereka fahami hudud, mereka takkan berani bercakap sedemikian...

    BalasPadam
  6. Yg mangkuk xpakai tudung dlm video lagi xbleh blah. tudung pun xpakai nak persenda hukum.. mcm la kau tu lagi bijak dari tuhan. nasib umo ko panjang... ada masa btaubat. kalo mampus time tu jugak.. dah buat kubur mozek tanam dkt jirat apek..

    BalasPadam
  7. Sebelum PAS nak laksanakn hudud..sy just nak dgr komen Anwar je.....smpi skrg dia membisu. Sy x heran dr Karpal Singh ke, Lim Kit Siang ke sbb mereka bukan Islam..kalau smpi DAP keluar PR utk xnak join hudud dilaksanakan, sy alu2kn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anwar anwar jg, najib apa cerit?

      Padam
    2. ayam..ayam..sedih tengok komen kamu.

      nak laksana dasar dasar lain tak pula tanya ketua pembangkang. nak revise tarif elektrik, revise cukai pintu di kl, revise lifespan kereta, revise subsidi gula, revise harga minyak etc semua main setuju sesama sendiri. bila bab hudud kau nak tanya anwar. tipikal mat chai

      Padam
    3. Ayam, mmg otak lu ni otak haiwan la...kesian, disebabkan ko ayam, aku panggil ko Binatang la yer...

      Mcm ni yer Binatang, Kalo Anwar tak setuju, adakah Ahjib Ghor yang hang duk sembah tu setuju hudud di laksana kan?
      MCA & MIC cnfrim dah tak setuju malah menghina lg ada la...
      tp aku tak salahkan ko, sebab hudud hanya utk Manusia yang beragama Islam sahaja,
      tapi Lu kan Binatang, mmg tak dikenakan Hudud.

      Padam
    4. Ah-jib gho lagi la x setuju....aku pun tau....BN mesti x laksana buat Hudud smpi bila2....hanya PAS yg nak laksana...cuma aku fikir bila nak laksana ada je org dlm PR x setuju.

      Padam
    5. bila nak luluskan lawatan rosmoh & bini2 menteri lain pergi qatar naik pesawat peribadi pakai duit kerajaan xde pulak nk tanya ketua pembangkang dulu. meeting sesama sendiri dlm jemaah menteri lps tu sesama sendiri luluskan lawatan bini sendiri xdak pulak tanya anwar dulu... dasar macai hipokrit

      Padam
    6. bhai aym msk merah, annuar diam lg baik dr najib terang2 ckp hudud xkn dilaksanakan, mahathir, mashitah dll melayu islam dlm umno terang2 menolak dgn ckp mcm2, hukum zaman purba lah, x sesuai dgn zmn skrg lah..

      Padam
    7. Sebelum PAS nak laksanakn hudud..sy just nak dgr komen Anwar je.....smpi skrg dia membisu. Sy x heran dr Karpal Singh ke, Lim Kit Siang ke sbb mereka bukan Islam..kalau smpi DAP keluar PR utk xnak join hudud dilaksanakan, sy alu2kn...

      Padam
  8. bai skalian, smpi bila pun xkn tcapai selagi kerajaan pusat pihak lain yg pgg..undang2 menyatakan undang kerajaan negeri akan terbatal dgn sendiri kalau bertentangan dgn undang2 kerajaan pusat( hudud/islam vs undang2 british) bkn aku pndai2, prof aziz bari, prof agus malah berita harian khamis 21/11/13 ms rencana 27 pun terang detail..so tu sbb pas kelantan gagal bentang hudud tahun 1995..so kalu bentang skrg pun kena cmpk ke longkang je sbb melayu bn/pr lain nk setuju ke? Yg cina/india x heran lah sbb xtahu pasal islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy setuju kenyataam di atas...for sure kerajaan persekutuan xkan approve hudud di kelantan atau mana2 negeri selagi bn memerintah...kalau nak laksana hudud pr kena menang pru14 jika mendapat persetujuan anuar dan dap.

      So...isu hudud skrg outcome mcm tiada...hanya boleh laksanakn bila pr memerintah sahaja.

      Padam
    2. x perlu dap/mca/mic atau non muslim asalkn jumlah melayu/islam yg sokong pindaan plembagaan cukup 2/3 di parlimen..tp mereka semua setuju ke? Yg takut hukum hudud adalah persalah jenayah, rasuah, zina, arak, salah guna kuasa dll..jgn sempit kn hukum hanya potong tangan, rejam zina..beri penjelasan dgn meluas dan kajian mendalam..

      Padam
    3. Setuju. Selagi xde usaha meminda perlembagaan yg sedia ada, sampai bila pun malaysia hanya membuang masa sembang emo pasal hudud. Ya, kelantan dh ada undang2 ni didrafkan tp x boleh nk laksana sbb bercanggah dgn perlembgaan.

      So isunya bkn hudud tp perlembagaan. Nk pinda perlembagaan bkn sikit punya kerja. Sy x yakin menteri2 kita sanggup buat kerja begitu bila ditengok gaya mereka sbg menteri

      Padam
  9. Anda x baca komen sy kat artikel sebelum ni? Sy mengutuk keras perbuatan rosmah 2 termasuk penyokong2 YB yg terlibat, sbb sy nak konsep hudud ini dilaksanakan sbb Brunei sendiri dah buat dulu......dah xde idea hentam sy tukar topik lain pulak n kata sy macai.

    Sejak masuk U dulu..sy mmg x suka kerajaan BN. Kerajaan yg lama memerintah x elok utk negara, senang berlaku corruption etc. Sy lg suka konsep yg diperjuangkan PAS selama ni...terutama konsep hudud. Sy just dgr komen nak dgr pendapat Anwar Ibrahim sahaja samada dia nak bg komitmen bersama atau x. X perlu spin cerita lain pulak.

    Satu lagi, sy sendiri x panggil org al-juburi atau macai...just share fakta2 yg ada n hormati pandangan masing2. sy tau ramai yg tukang komen 'anon' yg budak baru nak up belasan tahun n asyik emosi dan mencarut x habis2.

    BalasPadam
  10. Anda kena lihat politik.. ianya ibarat menuang minyak.. mereka memberi semangat kepada PAS untuk menghancurkan PR dengan harapan DAP dan rakan sekutu lain keluar dari PR. Atau mungkin PAS keluar PR.

    Suatu yang mudah dibaca, Ahli parlimen Johor (dari BN) pon ada usul pasal hudud ni tapi UMNO tetap membisu, mereka lebih berminat dengan khalimah Allah dari hudud.

    BalasPadam
  11. semakin negara nie nak berimej kan Islam... semakin rakyat keliru.. kejap mak hudud... kejap tidak.. pihak sini nak hudud.. pihak sana tak pula....

    aper sebenarnya org Islam nak buat pada negara malaysia nie..?? nak naikan imej islam pada mata dunia.. tapi cara pentadbiran negara tak se-islam mana pon... nak bangga pada nama buat apa...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.