Rabu, 25 Februari 2015

30 Jalan raya bukan untuk orang yang degil dan dungu

Memang mudah nak buat u-turn, tak kiralah double line atau tidak. Kita nak memudahkan urusan kita, nak cepatkan urusan kita.

Pemandu Myvi ni mungkin berfikiran yg sama. "Aah... u turn sini senang", fikir beliau dan tanpa berfikir panjang dan melihat dua tiga kali, terus membuat pusingan U haram.

Hasilnya, seorang penunggang motosikal maut. Arwah cuma beberapa ratus meter dari rumah dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Isteri dan anak anak keluar melihat sekujur tubuh suami/ayah tidak bernyawa akibat sifat ambil mudah/nak cepat pemandu Myvi tersebut.


Awak telah membunuh seorang manusia, menyebabkan seorang isteri menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim. Saya harap awak balik rumah, bertaubat dan jadikan pengajaran bahawa sikap buruk awak telah menyusahkan sebuah keluarga.

Please don't drive again. Not even the bumper cars at the amusement parks or a golf buggy. Just sit in your room and cry because I can safely tell you, isteri dan anak anak arwah lebih sengsara dari perasan sesal awak.

Dan kepada pengarah pengarah JPJ berpangkat Datuk Tan Sri Apa Sri dan Menteri Menteri yang bagi ucapan 24 jam, do you think you are doing enough to educate Malaysian road users?

When was the last time we see a real road safety campaign in TV stations and newspapers? Why is the budget for road safety getting smaller every year but you have increasing number of speed cameras? Why is your Ops Sikap only targeting pesalah and never about educating the users?

Datuk Tan Sri Menteri semua sama sama pi duduk dalam bilik dan teriak sampai air mata darah keluar, itupun kalau ada sedetik rasa bersalah dalam hati anda.

Kredit: FB Hezeri Samsuri

* * * * * * * * * * *

Takziah buat keluarga arwah. Berikut merupakan berita berkaitan kemalangan tersebut:
23-02-2015

AL-FATIHAH... buat arwah Arusairy Z750 yang kemalangan pagi ini di hadapan Sekolah Rendah Sungai Ular, Cherating Pahang.. kereta buat U TURN ditempat yang salah... Arwah baru keluar rumah untuk ketempat kerja di Kemaman..semuga arwah ditempatkan disamping orang-orang yang beriman..
Kepada rider2 minta lebihkan perhatian semasa menunggang. Kita ni ibarat mentimun dengan durian.. melanggar kita kena dilanggar pun kita yang kena..

terima kasih Abu Darwisy atas kongsi info pagi ini..

* rumah arwah tidak jauh dari tempat kejadian...

Kredit: FB Puchong Bikers.

* * * * * * * * * * *

Kalau tengok Facebook Daily Traffic Report, dalam sehari tak kurang dari 10 berita kemalangan jalanraya di seluruh Malaysia disiarkan di fanpage ini. Apa pihak berkuasa dah buat selama ini untuk mengurangkan kadar kemalangan? Pasang kamera speed trap banyak2 lagi? Saman orang yang guna nombor plat kenderaan yang tak ikut spesifikasi? Membenarkan budak sekolah membawa motor sendiri ke sekolah?

Aku pernah cakap dulu, kamera speed trap atau AES semua tu takkan dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya, kerana orang hanya akan slow down bila nampak kamera tu sebab ianya statik dan tidak bergerak, kebanyakannya orang pula dah tahu lokasi kamera speed trap tu, so lepas je kamera tu mereka akan pecut balik. Kamera speed trap tidak akan dapat educate pengguna jalanraya sebaliknya hanya boleh digunakan untuk menambah pendapatan kerajaan sahaja.

Memandu jalanraya ni perlukan otak dan akal, tambah pula kemahiran kita untuk berfikir dan membuat keputusan secara split-second kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada kita dan orang lain. Sebab tu pihak berkuasa kena buat sesuatu yang boleh educate dan memberi pengajaran terhadap pengguna jalanraya dari yang jalan kaki, bawak basikal, motor, kereta, lori, bas dan lain2 agar mereka dapat mengubah sikap buruk mereka di atas jalanraya, bukan hanya dengan menyaman sahaja.


Biar tidak pandai tapi tidak menyusahkan orang lain daripada bijak tapi menyusahkan orang lain. Jalan raya bukan untuk orang yang degil dan dungu, tapi hanya untuk mereka yang sanggup mengikut dan patuh kepada peraturan jalan raya sahaja, kerana kewujudan makhluk yang degil dan dungu ini di atas jalan raya akan memberi kesusahan kepada orang lain yang bijak mengikut peraturan.

Kita berada di kedudukan ke-20 dalam ranking kemalangan maut dunia (boleh check sini - http://www.worldlifeexpectancy.com/cause-of-death/road-traffic-accidents/by-country/), dan kita sebaris dengan kebanyakan negara2 dunia ketiga di benua Afrika. Kita selalu memandang rendah terhadap orang2 berkulit hitam ini tapi sedar tak yang perangai dan sikap kita sama lebih kurang je dengan diorang bila atas jalanraya?

Serius, takde rasa malu ke? Aku ulang sekali lagi.

TAKDE RASA MALU KE?




tags: kemalangan jalanraya jalan raya lebuhraya sikap perangai pengguna bikers motosikal motor kereta lori basikal van bas sekolah kilang langgar maut u-turn sesuka hati mak bapak peraturan undang

30 ulasan:

  1. kalau diikuti kes kemalangan macam ni agak kerap berpunca dari kereta buat pusingan U/masuk simpang tak signal ataupun bagi signal terus belok.....jgn motor bw kereta pun boleh terkejut... bagila signal sekurangnya 10 meter seblum tindakan dan lihat cermin belakang sebelum membelok....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemandu kete Myvi mmg pemandu paling celaka di Malaysia ni. Diorang ni jenis bawak ikut suka mak bapak diorang. Kalau tak caya korang tengok sendiri. Kalau aku jadi bini arwah tu dah lama aku potong2 badan pemandu Myvi tu ngan pisau pemotong daging.

      Padam
    2. Betul tu tanpa nama 1222,pemandu myvi kebanyakkanny membawa mengkhinzir buta di highway dan jlnraya kmpung.body krete dh la kecik,bwk dh la bhayakn org lain.kpd kbnyakan pmndu myvi yg celaka kalo nk mati,jgn la mlibatkn org lain bodo.terjun la gaung sorg2.sekian.

      Padam
    3. KLU MAK LU BWAK MYVI, MAKSUDNYA MAK LU PON SAMA LA KAN...AP PUNYA MENTALITI GUA LA KORG NIH...CER BEKEMBANG SKIT OTAK TUH..JGAN ASIK PIKIR DIRI SENDIRI JER...

      Padam
    4. Pemadu Ferrari dari singapore pun sama..

      Padam
  2. U-turn di tempat yang sepatutnya.
    Tukar lane pun tak tengok side mirror dan tak bagi signal.
    Main keluar je simpang tanpa tengok kereta di jalan besar.
    Main masuk je roundabout tanpa tgk kereta di sebelah kanan.
    Langgar lampu merah.

    Bila pegang stereng/handle otak buang kat mana ntah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan.
      U-turn di tempat TAK sepatutnya.
      Lupe nak letak "TAK"

      Padam
  3. waktu baru dapat lesen dulu,terhegeh2 excited nak bawak kereta. pastu abah pesan ,"kalau tak hati2 dan sampai orang lain mati, awak kena amik tanggungjawab org tu sara mak bapak ,isteri,anak org tu sampai awak mati."

    terus gerun T_T dengan amaran abah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai juga yg guna lesen terbang....tak pegi ujian memandu tapi ada lesen...kat damansara perdana ada sorang, minah tu bw myvi..........

      Padam
  4. Ini negara dunia ketiga la noob. Apa benda ko nak harapkan org sedar. Realitinya Dunia Ketiga ni adalah negara yg dihuni segala sampah. Bukan manusia lagi.

    Buatlah apa pun.. takkan ada apa2 akan berubah punya..

    BalasPadam
  5. adik zz baru je excident sebab kereta tak nampak adik zz yang naik motor ni bagi signal nk msuk simpang dan yang lebih bagus kereta tu masuk lorong motorsikal.. dh la langgar pastu tinggal je adik zz mcm tu.. eiii.. bawalah secara berhemah.. geram pula bila baca macam ni..

    BalasPadam
  6. Kalo aku bawa kete, antara kete yang aku jumpa dan bagi special treatment ialah MyVi, Vios segala version, Honda City baru, Stream lama, Saga BLM (terutama yang makeup serta baru lagi tayar senget), Estima Aeras 2009 kebawah, segala jenis brand Perodua terutama Kancil segala version (kete ni kononnya marhaen, tapi bawak macam segala celaka). Special treatment ni, termasuk, aku bagi derang potong aku dengan secepar mungkin. Malah aku sanggup berhenti dulu demi memberi laluan derang potong aku supaya aku dapat pandu tanpa gangguan derang. Sbb tengok design kete pun, aku dah rasa semacam dah.. semak perut.

    Tidak keterlaluan kalu aku katakan, bentuk2 kereta ini mempengaruhi sikap pemandunya. Tengok kete pun, dah boleh agak pemandunya siapa dan perangai atas jalanraya. Pembeli kereta2 jenis ini seakan mempunyai sindrom yang hampir sama iaitu bodoh. Maksud bodoh disini ialah berkeupayaan menyusahkan orang lain.

    Antara faktor lain ialah pak lebai dan amoi cina. Jike derang jadi driver, pak aji ini ibarat rasulullah saw. Kita kene bagi keutamaan sebab dia adalah raja segala raja. Bubuh songkok atau lebai, haha.. memang derang hebat sangat IZZAHNYA di atas jalanraya. Ko takkan tatau rasulullah, sumer priority dia punyer. Amoi Cina pulak adalah makhluk paling blur bila bawa kete. Kalo dua lane, dia akan bawa ditengah2 sebab derang cool.

    Jika digabungkan pemandu lebai dengan kete estima tadi, memang lagi dasat efeknya. Atau amoi dengan Honda City. MyVi ni special sikik, semua pemandunya tetap macam celaka. Sindromnya adalah sama. BODOH.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah!yang ni baru. walaupun aku tak ade kereta lagi dan sekadar naik motor..tapi ini memang baru. Kita ada pengasingan mengikut kaum atau bangsa, kita juga ada kes mengikut taraf kehidupan yang menyebabkan kita memupuk mentaliti cuba membezakan benda yang tidak berkaitan untuk menghujani tomahan dan kesalahan tak bersebab kepada sesuatu kelompok.

      Ini pula kes pertama dimana kereta yang dibeli juga menunjukkan seseorang itu bodoh atau tidak. Ini penemuan sains yang amat mengejutkan. Berdasarkan pengamatan aku, pelbagai kelompok masyarakat ditaraf hidup yang berbeza memiliki jenis kereta yang disebutkan. Ianya tersangat rawak dan tidak ada pengkhususan tertentu. Aku tak dapat melihat sebarang pola yang logikal dan signifikan dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh kau.

      Dengan segala pak lebai, rasulullah pun masuk sama..ia amat tidak masuk akan dimana kelompok masyarakat yang berlebai dilebai sebagai 'menyusahkan orang di jalan raya'. wow..amat2 luar biasa.

      So kesimpulannya, diharapkan kau agar dapat mengeluarkan hipotesis atau sebarang kesimpulan yang lebih logikal di akal masyarakat dan tidak menilai sekadar emosi yang tanpa sebarang ujian analisis yang khusus dan diiktiraf.

      Apa yang ko tunjuk kepada kami di sini ialah ko seorang pemerhati dan pembuat kesimpulan yang begitu gagal di bawah tahap gagal maksimum. Aku amat memandang serius terhadap analisis songsang seperti kau sebab kerja aku memang menganalisis maklumat atau data. Amat2 kecewa sekali, bila aku baca statement ko.. aku cuma boleh cakap "what...the...fuck?'

      sekian, anon prihatin

      Padam
    2. Haha..pemilik MyVi [ Vios segala version, Honda City baru, Stream lama, Saga BLM (terutama yang makeup serta baru lagi tayar senget), Estima Aeras 2009 kebawah, segala jenis brand Perodua terutama Kancil segala version (kete ni kononnya marhaen, tapi bawak macam segala celaka)] dah mula butthurt.

      Mmg bodoh giler nak cover sikap celaka sendiri. Bodoh itu nyaman sekali.

      Padam
    3. kat tempat aku tinggal ada sorang pakcik ni kalau kau sondol alphard ataupun mercedes dia cepat2 dia akan bayar semua kos walaupun pakcik ni tak salah.... pasal dia takde lesen memandu....hehehhehe....

      Padam
  7. Patuhi had laju dan undang-undang lalu lintas.
    Semoga selamat.
    Innalillah.

    BalasPadam
  8. BANYAK BETUL LEMBU BARU KENAL DUNIA KOMEN DALAM NIH...KOMEN MCM BUDAK BRU PAS SUNAT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ekau ni npe?macam org takde iman je.

      Padam
  9. Dah pihak berkuasa mostly enforcement tido dan harap tunggu gaji akhir bulan. inilah akibatnya, Aku setiap hari xpernah miss nak hon orang sebab cara pemanduan yang xde otak dan anggap jalan tu nenek moyang dia yang punye..adui

    BalasPadam
  10. Hmm..ala..naik kereta apa saja pun kalau dah sikap tu teruk,teruk juga cara pemanduan tu..bukan tunggu naik kancil ka atau ferrari sekali pun,asal sikap baik,selesa lah semua pengguna jalan raya yang memandu.moral mau ada la.gopoh + pentingkan diri semasa memandu = kemudaratan kepada diri sendiri mahupun orang lain..

    BalasPadam
  11. Bagi aku, selaku penungang moto tegar.

    Al-hamdulillah, undang2 jalan raya ada, guideline ada.

    Tapi penguatkuasaan undang2 yang eficient x dak.
    Nak mendidik rakyat memandu dgn berhemah dgn ilmu, yes and fair.
    aku setuju. Dalam masa yang sama penguatkuasaan undang2 yang eficient jugak perlu.

    Masalah di Malaysia
    Dilarang memandu di lorong kecemasan - Penguatkuasaan sangat lemah dan bermusim.
    Gunakan Lorong kanan untuk melintas - Langsung x de penguatkuasaan dan pendidikan kepada penguna jalan raya kenapa perlu berbuat demikian.
    Berhenti di simpang - Langsung x de. ( di Amerika dan negara2 maju lain) sekiranya kenderaan tidak berhenti sepenuhnya di simpang akan di saman). Sebabnya korang cari la sendiri.
    Mematuhi lampu isyarat - penguat kuasa sendiri pon langar lampu merah! nak suruh orang ikot.
    Penggunaan signal untuk menukar laluan dan masuk simpang - bila da berlangar baru nak ada action pada kesan, bukan nak educate dan bagi consequence jika gagal melakukannya.

    dan ni adalah out of contect,
    Parking merata2 dan bukan ditempat yang disediakan.
    Ini mencerminkan tahap moral dan sivik, pergi TBS, Petaling Street dan mana2 tempat. orang parking ikot suka sampai menganggu lalu lintas dan menyusahkan orang. and yet. x de enforcement. jadi orang akan buat suka hati.

    Just Anon 2 sen

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Tapi penguatkuasaan undang2 yang eficient x dak.
      Nak mendidik rakyat memandu dgn berhemah dgn ilmu, yes and fair.
      aku setuju. Dalam masa yang sama penguatkuasaan undang2 yang eficient jugak perlu."

      Rakyat Malaysia, 10 kali buat kesalahan lalulintas, belum tentu 1 kali kena saman. Kalau kena saman 1 kali pun, kira untung jugak la. 1 kali saman dari 10 kesalahan, cuma 10% kebarangkalian.

      p.s: Kesalahan datang kerja lambat itu lebih berat hukumannya daripada nilai 1 saman. Nak keluar awal, mcm2 hal kat rumah nak kena selesaikan dulu.

      Padam
    2. itu pasai aku ckp. penguatkuasaan yang efficient perlu ada untuk didik dan cater masalah perundangan jalan raya ni.

      Ye rakyat Malaysia 10 kali buat salah 1 kali je kena saman 10% probability. Tp pernah pegi singapore x? pernah tengok pertapa beradapnya pemandu lori Malaysia dan Bas Malaysia di Singapore berbanding di Malaysia snediri???
      Perlaksanaan Undang2 yang telus dan Efficent membantu didik pengguna (terutama yang dari Msia ni) untuk jangan buat hal kat negara diowang. Dan kita boleh amek contoh yang baik. :)=

      Padam
    3. "Kesalahan datang kerja lambat itu lebih berat hukumannya daripada nilai 1 saman. Nak keluar awal, mcm2 hal kat rumah nak kena selesaikan dulu."

      X paham???Ko nak cakp orang bawak huru hara kat jalan ni sebab diowang lambat ke?

      Padam
  12. Benci betul kalau manusia drive kereta pakai keluar je simpang,kau buta ke kalau penunggang motosikal or pemandu yang nak terus kau kena bagi jalan dulu lebih2 lagi da dekat bukan pakai keluar je...Ada sorang minah Ni jenis kereta x tahu tapi no x silap mbd 3485 warna merah da nampak motor,kereta da dekat terus keluar je nasib orang boleh elak,kalau x aq dan ank aq tercarap pasal kau..Mcm x de otak

    BalasPadam
  13. Benci betul kalau ada yg drive pakai keluar je simpang buta ke orang da dekat nak terus..MBD 3485 bawa kereta guna mata nasib aq ank beranak x tercarap

    BalasPadam
  14. Benci betul kalau ada yang bawa kereta pakai keluar je simpang.Buta ke orang yang nak terus da dekat jgn la terus keluar.Ada satu kes ni, MBD 3485 nasib x terkena budak sek aq ngan ank pun nasib x tercarap kurang ajar

    BalasPadam
  15. Benci betul kalau jenis bawa kereta cam lembu pakai keluar je..MBD 3485 nasib x kena budak sek,Aq pun nasib x tercarap pasal ko...kurang ajar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.