Selasa, 21 April 2015

97 Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu

Orang Melayu ramai yang ada satu jenis penyakit fobia, fobia kepada macam2 benda yang mereka rasa ada agenda yang dianggap boleh merosakkan akidah mereka seperti freemason, illuminati, yahudi dan simbol salib, namun mereka tiada pula rasa fobia terhadap agenda2 lain yang lebih merosakkan akhlak dan imej agama malah menyokong dan menyambut baik agenda2 tersebut seperti konsert, rancangan2 hiburan, drama dan filem2 yang dipenuhi pelakon seksi dan tidak menjaga batas agama dan lain2.

Malah bagi mereka kewujudan rumah ibadah agama lain seperti gereja dan kuil yang hanya digunakan untuk penganut agamanya sahaja lebih sensitif sampai kena buat demo dan protes bagai daripada wujudnya pusat karaoke, kelab malam, pusat urut, restoran dangdut dan sebagainya di tempat mereka.


Ahad lalu sekumpulan penduduk Taman Medan di Petaling Jaya melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka selama dua hari.
Bantahan yang diketuai oleh ketua kampung, Datuk Abdullah Abu Bakar itu mempersoal lambang salib yang diletakkan diluar gereja berkenaan. (Sumber Astro Awani)

Berikut adalah video protes yang dirakam oleh The Star Online:


"Kami tak mahu bila buka pintu, buka tingkap, nampak salib."
"Kami tak mau anak2 ni nanti rosak akidah dia, sebab dah banyak terbukti. Anak2 seperti ini perlukan pendidikan yang bagus. Kami tak mau otak dia tercemar!", katanya.


Kes yang lain, tapi masih berkaitan ketakutan dan fobia orang Melayu terhadap lambang salib walaupun itu hanya rekaan tingkap. Aku harap tiada orang Melayu yang akan buat laporan akhbar sebab baru terperasan yang huruf "t" ada lambang salib.

Sumber

Kalau masjid biasanya ada lambang bulan kat atas kubah. Kalau kuil ada macam2 patung kat luarnya. Kalau dah gereja pulak dah tentulah ada simbol salib kat luar dia. Sama je kalau dia letak papan tanda kat situ "Ini gereja Kristian". Takkan nak letak simbol salib kat kedai serbaneka, lagi la tak sesuai. Kalau takde apa2 simbol atau papan tanda yang menyatakan itu adalah gereja, lagilah mencurigakan dan menyalahi peraturan.

Orang Islam marah kat gereja ada lambang salib.
Orang Cina marah masjid dan surau azan terlalu kuat.
Orang Melayu marah Hindu berarak atas jalanraya.
Majikan bukan Islam halang pekerja muslimnya bersolat dan memakai tudung.

Kita sendiri tak suka non-muslim mengutuk dan memperlekehkan agama kita.
Kita rasa benci bila ada non-muslim yang Islamophobia, yakni fobia terhadap Islam.
Kita rasa marah bila non-muslim memandang rendah dan mengetawakan umat Islam.
Maka bukankah kita sendiri yang perlu memberi imej dan tauladan serta menunjukkan keindahan Islam yang sebenar kepada mereka, bukan?

Bagi aku, kita yang dah duduk kat Malaysia yang sudah merdeka lebih setengah abad, dengan segala kecanggihan dan kemodenan, isu dan provokasi macam ni sepatutnya tak perlulah nak dibangkitkan. Lainlah kalau mereka ada tulis perkataan yang menghina agama Islam kat dinding gereja tu, atau letak banner "Marilah memeluk agama Kristian", mungkin ada sebab untuk kita marah. Namun selagi mereka tidak melakukan provokasi dan menghina orang Islam, kenapa kita perlu takut?

Jika takut sebab rasa mereka ada perancangan halus untuk menarik orang Islam masuk agama Kristian, kenapa tak jalankan perancangan halus untuk menguatkan keimanan orang Islam agar memenuhi masjid dan surau2, serta mendekati orang bukan Islam dan berdakwah kepada mereka?

Jika rasa tidak selesa dan terasa nak murtad hanya sebab tertengok salib tu, bincanglah elok2 dengan owner gereja dan majlis perbandaran, bukan dengan buat protes dan provokasi untuk menakut2kan mereka sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara agama. Malah seperti yang dilaporkan di sini, gereja tersebut tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat serta tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu. So laporkan sahaja kepada pihak berkuasa tempatan yang gereja itu didirikan tanpa kebenaran secara haram. Ini yang dilihat dalam video, rata2 marah bukan sebab gereja itu didirikan tanpa kebenaran, tapi kerana takutkan lambang salib itu mencemarkan akidah anak2 mereka.

Cuba bayangkan pula, kau duduk di sebuah negara Kristian, kau sewa rumah kedai dan buat surau kat situ untuk penduduk2 minoriti yang beragama Islam di kawasan tu, pihak berkuasa tempatan pun dah benarkan untuk kau buat surau, tiba2 esok penduduk setempat yang beragama Kristian buat protes suruh kau turunkan kalimah Allah yang kau letak depan surau tu, apa kau rasa?

Kalau kau dengar berita ini berlaku di negara lain, kau akan sokong orang Islam yang buat surau tu atau penduduk setempat situ yang majoritinya 90% beragama Kristian? Lepas tu kau lemparkan kutukan kepada penduduk tersebut kerana diskriminasi agama dan Islamophobia. Apa kau tu bukan Christianophobia?

Ramai orang Melayu Islam yang membantah tindakan pendemo ini, namun ramai juga orang Melayu Islam yang menyokong tindakan pendemo ini malah melabel orang yang membantah mereka sebagai pendokong liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia.

Namun hakikatnya mereka bukanlah pendokong liberalisme dan pluralisme, akan tetapi pendokong keamanan dan keharmonian antara agama dan bangsa, juga untuk memberitahu dunia bahawa orang Islam yang bijak, rasional, bertoleransi dan menghormati agama lain itu masih wujud.



tags: isu demo demonstrasi protes penduduk taman medan petaling jaya gereja turun buang logo simbol lambang salib rosak akidah cemar otak melayu berita tingkap ipd pendang bangunan baru penuh masjid surau dakwah fobia

97 ulasan:

  1. melayu munafik suka fitnah tak pasal pun ramai juga...contoh...err...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Ulasan anon fake plain di atas bakal dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Nob yg bingai, suka2 ko je ckp mcm tu, utk apa bina gereja tu yg 90 peratus org islam?? Klo tk silap dibina tnpa kebenaran, klo ko tk duduk kt situ ko jgn ckp bnyak ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Ayat macam budak tak habis sekolah.
      2. "Klo tk silap dibina tnpa kebenaran". Ayat "Kalau tak silap" tu bukan penguat fakta, itu cuma andaian. Sila kemukakan fakta yang tepat. Kalau benar ia dibina tanpa kebenaran, aku akan update dalam artikel aku.

      Padam
    2. BANGI, 21 April – Sebuah gereja dibuka kawasan perniagaan Dataran Metro di PJS 2, Petaling Jaya, diwujudkan secara haram, kata Pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
      Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, dilaporkan berkata unit rumah kedai tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai sebuah gereja.
      Pemiliknya juga dilaporkan tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.
      “Semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan.
      “Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan,” katanya seperti dilaporkan The Star Online, hari ini.
      Katanya, lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan.
      Kewujudan gereja di kawasan yang majoritinya umat Islam itu menimbulkan bantahan penduduk Flat Desa Mentari dan Flat Taman Medan Cahaya.

      Padam
    3. Ok keratan tu diambil dari Ismaweb - http://www.ismaweb.net/2015/04/gereja-haram/. Terima kasih atas info, akan diupdate dalam artikel.

      Padam
    4. jgn sampai satu tahap noob ni jadi mcm mamat2 politik, dia aja je yang betul keh keh....kuat mengata orang akan sampai ke batang hidung sendiri.. doa2 kan la diri jauh dari sifat tu ye :)

      Padam
    5. Sejak bila aku cakap aku seorang sahaja yang betul? Dia bagi aku info dan fakta yang betul, aku terima, bukan?

      Dah tu kalau hujahnya hanya sekadar cakap bapak aku sewa lot kedai, orang pacak salib depan rumah, iman kanak2 tercemar hanya sebab tengok salib, aku nak layan pun malas.

      Padam
    6. Noob dah tak macam dulu.Makin angkuh.Budi bahasa budaya senah noob.Kalau orang cuit sikit dah melenting memang susah la nak terima kritikan orang lain.

      Padam
  3. Masalah melayu semenanjung. Otak jumud. Terlalu lama stay dalam Kampong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok kampung dr duduk atas pokok

      Padam
    2. Kampung banyak katak dan tempurung. Di atas pokok banyak burung.

      Kalau duduk dalam kampung tetapi masih di dalam tempurung tak payah nak bercakap besar dan menghina orang yang duduk di atas pokok-- yang dapat lihat semuanya dari atas pokok yang tinggi. Pokok tinggi atau rendah, sekurang-kurang tiada pokok yang serendah ketinggian tempurung.

      Jangan takut untuk keluar dari tempurung, wahai anon 10:09 PTG.
      Harap anda juga tidak takut akan ketinggian. Rugi, nanti tak dapat lihat semuanya dari pelbagai sudut.
      Nak lihat semuanya dari semua sudut perlukan tempat yang tinggi. Dalam tempurung nampak dinding tempurung je. Itupun gelap.

      Padam
    3. orang apa yg duduk atas pokok?
      orang utan atau apa?

      Padam
    4. jangan takut turun dari pokok bro..

      Padam
    5. Ada teratak di hujung kampung
      Bawah cermin kopak ada kotak
      Tersembunyi dalamnya ada tempurung
      Sembunyi bawahnya katak melalak

      Padam
    6. katak melalak panggil hujan..orang utan melalak panggil minta disusukan..kasihan

      Padam
  4. Hantu2, drakula dan vampire pasti takut. Bagus letak salib banyak2 ni. Azan byk2 pun bagus. Buat halau hantu dan jin.

    BalasPadam
  5. Dekat sarawak kurang pulak isu fobia ni...
    Semua rilek jek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg la, srwk mane ade Pas.

      Padam
    2. Yg ketuai demo tu Datuk Abdullah Abu Bakar. Abg kpd IGP. Org Ameno. Anon 10.25 kalau baru keluar gua diam2 sudah ok.

      Padam
    3. sama la tu umno ngan pas... dua2 dominan bangsa anjing..

      Padam
    4. Sian kau Anon 11.42. Aku syak kau pernah diperlaku secara paksa rela oleh Melayu yg tak bertanggungjawab suatu masa dulu yg menyebabkan kau begitu marah dgn Melayu. All I can say is, simpan dendam kau utk org yg kau benci tu sahaja. Tak semua Melayu begitu. Pada Hari Pembalasan nnt kau tuntut la blk ape yg telah diambil dr kau di hadapan Yg Maha Esa ya.

      Padam
  6. noob..kalu org buat gereja dpn rumah kau,salib trpacak besar kau ok ke..
    ke tempat lain ok, tempat aku jgn harap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah i tepi gereja..syukur alhamdulillah solat 5 waktu i tak tinggal

      Padam
    2. 1. Kat depan rumah aku takkan ada orang buat gereja.
      2. Kat taman perumahan aku ada lot kedai yang dijadikan gereja dan ada salib kat luar. Tiap2 hari aku nak pergi kerja mesti aku akan lalu jalan tu dan terpandang lambang salib tu, jalan depan sikit terpandang patung gajah banyak tangan kat atas kuil, tapi aku takde rasa apa2 pun, otak aku pun takde pun tercemar. Aku langsung tak peduli sebab ia bukan rumah ibadat aku.

      Padam
    3. Np u iman rapuh ker dduk dkt church..takut murtad ker

      Padam
    4. Iman tua bangka mcm korang boleh la lg tahan, yg tgh2 sekolah lg tu, itu yg nak kena pk.

      Padam
    5. Seriously, kau percaya ke yang lambang salib tu ada kuasa sakti yang boleh mengkristiankan kanak2 yang melihatnya?

      Apa guna hantar anak belajar agama, beri didikan agama oleh ibu bapa selama bertahun2, kalau last2 percaya yang akidah dia boleh rosak hanya sebab melihat salib?

      Ya, memang bila ada melayu rosak, semuanya memang salah cina, salah yahudi, salah salib. Melayu memang bangsa yang sempurna yang tidak mungkin akan salah.

      Padam
    6. Anon 10.29 bercakap pasal iman konon. Yg ketuai demo ni Datuk Abdullah Abu Bakar terang2 ko ble nmpk dlm video dia x selesa pakai baju Melayu sebab dia pakai rantai emas. Pastu ada tersebar kat FB gambar dia kat kasino. Yg para peserta demo tu pulak siap makcik pakai baju lengan pendek tetek tersembol. Tu para pejuang Islam yg kau agungkan? Puiii!!

      Padam
    7. apa masalah kalau dia kat kasino..kau tahu ke sbb pa dia kat situ..
      kalau kau bergambar dgn babi ats sbb trtentu adakah aku dh boleh buat kesimpulan kau makan babi..
      kau nak brcakap pasal iman konon..

      Padam
    8. orang kristian plak percaya air yaasin mampu membuatkan orang kristian berubah jadi muslim dan masuk Islam....
      orang Islam plak percaya air holy water buat lidah tak mampu mengucap dan join kristian...
      er...sesetengah orang.....
      woha~

      Padam
    9. Anon 3.35 kalau org pergi ke kasino siap bergambar tepi slot machine tu what would be the first thing that comes to your mind? Tentu akan terlintas di minda kau consciously or not kau akan terfikir 'Apa yg dia buat dalam kasino tepi slot machine tu ek? Berjudi kot...'

      Kalau kau tak nak difitnah, kau sendiri perlu elak dari pergi ke tempat2 yg mampu memberi tanggapan fitnah tu kepada org lain. Kau tak nak difitnah dgn pelacur? Jgn MENDEKATI pusat pelacuran. Kau tak nak difitnah minum arak? Jgn MENDEKATI tempat2 yg serve liquor. Ni ustaz ustazah kau tak ajar ke dulu? Benda basic kot. Sengal.

      Padam
  7. kalau org nk bela babi berhampiran rumah kau,kau ok ke..kita ni kan berbilang kaum..kena toleransi sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh punya komen. Aku syak kau ni makcik dalam video yg pakai baju lengan pendek tetek tersembol tu. Kau nak bela ayam pun kau kena berada jauh dari kawasan kediaman. Inikan babi.

      Tapi yg buat aku tertarik dgn kebodohan kau ni ialah kau tak pandai memberi perbandingan yg sesuai. Babi, seperti ayam adalah ternakan yg kalau kau tak pantau dgn betul boleh mengganggu kesihatan penduduk sekeliling.

      Yg kita bercakap sekarang ni ialah IMAN di hati. Kalau iman kau kuat, dan kalau kau didik anak2 kau utk memiliki iman yg kuat juga, apa yg perlu kau risau? Paham tak makcik? Esok tutup sikit tetek kau yg tersembol tu ya. Dan tolong bagitau Datuk Abdullah jgn pakai rantai emas. Haram utk lelaki muslim. Dan bagitau dia juga jgn masuk kasino kalau iman tak kuat.

      Padam
    2. iman kuat konon..ntah2 kau pun dah buat modal fap fap tgk tetek trsembol tu smlm..aku pun boleh syak kau camtu..
      kau pasti ke tu rantai emas? jd jadi bajet alim dgn pitnah org

      Padam
    3. Anon 8.36 ko dah tengok video yg pertama tu ke belum? Kalau belum aku suggest kau tengok betul2. 3-4 kali Datuk Abdullah tu cuba menutup leher baju Melayu beliau agar org tak perasan rantai tu. Dan hari ni kau pergi kerja ada tutup tetek kau yg tersembol tu tak?

      Padam
    4. aku tanya sekali kat kau mat lan kau yakin ke tu rantai emas..

      Padam
    5. kalau dia bukan pakai rantai emas sanggup ke kau pi minta maaf kat dia sbb buat fitnah

      Padam
    6. org lelaki pakai rantai haram, xkira rantai emas atau bukan

      Padam
    7. pakai baju melayu ketayap pastu pakai rantai .. what the fuck are yo doing menn.. oo yooh men is haromm to wear rantai u know. plz go die die menn .. u r not qualified to to dis thing. let the mufti do their job like as fatwa gst 6% is haruss..

      ustaz nigga 6%

      Padam
    8. mat lan tukar jd anon sbb x brani jwb tu rantai emas ke tidak..kahkahkah..
      aku tanya skali lg mat lan,kau yakin ke tu rantai emas..
      kalau tidak kau dah buat fitnah dah menghuru harakan keadaan..
      doaa besar wei..nak masuk neraka ka mat lan..jgn bajet alim tp hati n pikiran busuk ..
      ni ka org islam

      Padam
    9. Maknanya Askar pakai rantai juga haram la yer...

      Padam
    10. Anon 12.11 aku takde nyamar jadi anon cam kau. Aku br abis shif aku. Aku tau apa yg aku cakap pasal rantai tu sebab aku pernah treat mamat ni masa dia dtg ke clinic aku a few weeks ago.

      Padam
  8. Tgk lambang salib, fobia. Tkt otak ank2 tercemar. Tp berpiket pakai bj lengan pendek, x fobia pulak dgn hukum Allah? (Buka aurat) alahaiiii..

    BalasPadam
  9. kalau lot kedai bapak kau org nak sewa buat gereja kau ok ke..
    gereja je pun kan..bukan rosak akidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapak aku tak tau la, bapak aku takde lot kedai. Tak tau lah kalau bapak kau sendiri yang nak sewakan lot kedai dia buat gereja sebab terdesak sangat takde peniaga lain nak sewa.

      Padam
    2. Sick burns by Ponpon the rapper

      Padam
  10. Lahaiii...tak payah la nak bergaduh...isu ni simple jer...salib tu takder apa2 power pun yg boleh rosakkan akidah...

    BalasPadam
  11. aku nak tengok puak2 pas melompat dak kalau satu gereja besar nak buat kat tgh pekan kota baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni lagi satu bodoh mcm anak Maslan. Mintak something yg konfirm takkan berlaku. Sebelum kau nak tengok puak2 Pas ni melompat ape kate kau mintak benda yg lebih masuk akal. Since kite bercakap ttg agama ape kate kau mintak Najib hentikan pemberian lesen judi & kasino yg jauh lebih teruk merosakkan akhlak & karakter rakyat. Ada paham?

      Padam
    2. nama mat lan..tentu kau ni ahmad maslan kan..sama bangang cam ahmad masslan

      Padam
    3. Anon 8.40 ko xde fakta utk lawan kenyataan aku so kau attack aku atas kapasiti peribadi. Nmpk sgt kau ni jenis org yg cetek pemikirannya.

      Padam
    4. attack atas kapasiti peribadi macam kau bagus sangat. ke kau memang ada skandal macam yang lain sampai kau terasa sangat ni? taubat lah.

      Padam
    5. Anon 9.55 nmpk sgt kau tak mampu nk lawan kenyataan aku kan? Kesian dari kecik kena brainwashed ngan Barang Naik smp tak mampu berfikir secara kritis..

      Padam
    6. mintak skali tau nuwar berahi sumpah dia tak meliwat sepool dan tibai cinadoll
      sambil tunjuk jam omega
      eh...tapi geng nuwar berahi tak sokong hudud la...
      tak Islam betui geng nuwar berahi kan

      Padam
    7. Sori la aku tak geng mana2 pihak. Cuma aku terkagum dgn kebodohan bani Melayu Taman Medan ni & yg seangkatan dengannya termasuk la kau Anon 6.18 oi.

      Aku nak tanya kau sikit Anon 6.18 oi. Kau paham tak apa maksud ironi? Kalau kau tak paham aku bg contoh:

      1. Kau nak tunjuk pada org yg Islam kau sgt bagus, so kau pi wat demo salib ni. Tapi pakaian kau sendiri tak syariah compliant. Yg si lelaki pakai rantai emas. Yg si pompuan tetek tersembol. Itu ironi. Mcm ketam ajar anaknya berjalan lurus. Dan firasat aku mengatakan kau salah sorang yg berperangai gini Anon 6.18 oi. Ada paham?

      Padam
  12. Pandai betul diorang ni nak masuk kawasan baru..

    Masuk syp2. Pastu buat macam dah dibenarkan (letak salib). Bila dah lama2 nanti boleh la kata dah lama beroperasi sbb ade org dia kat situ, tapi belum dapat-dapat permitnya. Boleh reka cipta cerita macam2 bila dah lama. Pastu tekan situ sini. Pastu tekan politikus2. Bila tekan politik, sah la dapat punya, xkira la mana2 puak pun, BN atau PR, confirm bg. Politikus mmg nak xnak akan turut, sbb nak tunjuk bagus n nakkan undi.

    Mgkn ni semua sngkaan aku je (baik sangka la konon). tp mengapa mesti nak buat secara haram?

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. ckp mak bapak x semestinya semua betul. asal cikgu yg ckp x semestinya semua betul. kalau percaya salib tu ada kuasa sampai boleh menyebabkan org islam murtad, itu dh kira khurafat sbb percaya objek ada kuasa.

      Padam
    3. Misaki racist die sendiri dah ngaku...
      Lain kali kalau orang cina and india suru kecikkan azan and jangan korban lembu...
      Sila minimum kan PA system masjid and surau and use Unta instead...
      Tapi taknak pulak?
      Kalau kita diberi kebebasan melakukan amal ibadah...
      How about them...
      Throw away your double standards and you will see that beauty in life doesn't even come from politics, religion or education.
      It comes from something that makes us all human... Basic empathy...

      Padam
    4. jenis guna akal di lutut...teruskan liberal thinking. ni jenis tak mengaji betul-betul ni. tak faham konsep hudud.

      Padam
    5. sorry since.. saya bukan budak pandai.. kalau salah sila tegur..
      and anyway, saya tak pernah racist..

      owh lagi satu untuk Tanpa Nama.. parent tak semestinya betul.. ya.. dan cikgu tak semestinya betul ya.. dan manusia bukan semuanya betul.. termasuklah diri kita sendiri (kita sendiri saja tahu salah kita)

      ermm tolong jangan salahkan parent saya salah dalam hal ni.. sebab saya mungkin tersalah dan tak tahu nak beri hujah.. yang tu saja.. sorry, I'm gonna delete komen dekat atas.. thanks..

      Padam
    6. @anon2 sekalian
      Walaupun Misaki mempunyai pandangan yang berbeza dengan aku, tapi hujah beliau jauh lebih baik daripada anon2 kat sini yang kebanyakannya bukan ada hujah yang baik sebaliknya main isu peribadi, pasal rantai emas, kasino, kedai bapak, tangga masjid, bela babi, ahmad maslan dan sebagainya.

      Padam
    7. Peh dah delete. Takut kena bash ker? Hewhewhew .. Rilex brader2 rilex. Steady2 mcm noob kna maki pun xtergugat iman nya keekekke

      Padam
    8. agaklah takut kena bash TT^TT
      sebab hati tak kental.. sensitif sikit.. dah menangis pun tadi..
      padahal tak ada apa pun.. sorry..

      lagipun dalam komen tu Misaki ada libatkan parent.. rasa bersalah tu menebal.. sebab tu delete.. TT^TT

      owh and terima kasih Noob sebab sedapkan hati sikit.. :D ahaha..

      Padam
    9. Aik dah delete...
      Don't worry lah misaki... Aku bukannya jenis stalk orang sampai private message ugut bagai...

      Opinions are opinions...
      Nothing more nothing less...

      Rasenye anon2 kat sini pun keyboard warrior jek time isu tengah hangat macam nih...

      Padam
    10. aah delete dah TT^TT

      yups I know opinion is opinion XD
      tapi since bawa masuk nama parent sekali tuh rasa bersalah and terus delete.. TT^TT

      entahlah.. iya lah kowt Luqman.. ahaha.. takpalah dah ok dah pun :D
      buat teruk duk menangis bagai.. rasa nak sepak muka sendiri pun ada.. ahaha.. XD

      Padam
    11. alamak terlepas pulak isu ni.lulz.kesian beliau.lawan hujah dengan laki memang hati kena kental misaki.at least ko x libatkan ahmad maslan...=..=

      Padam
    12. Don cry baby. Come to papa ..

      -papabaek-

      Padam
    13. Spirogyra.. terlepas apa boleh buat.. XD uwaaaaa... hati tak kental.. kalah awal2 dalam medan perang.. huhuhu.. XDcnasib tak libatkan Ahmad Maslan :D kalau tak.. ahaha..

      Tanpa Nama.. takpalah.. seram.. XD

      Padam
  14. Kau takut tengok salib sebab nanti rosak akidah tapi kau tengok masjid hari hari, dengar azan lima waktu, tambah lagi azan kat tv3 tak pulak kau jadi alim huhu

    BalasPadam
  15. tangga apa yg paling susah nak naik? tangga uitm alam !!

    salah, salah ... tanga yg paling susah nak naik sampai masuk lubang kubur TanGGa Masjid..

    diorang ni kecoh pasal salib, tangga masjid seminggu berapa kali naik kakakakakak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. org bincang isu salib bukan isu tangga masjid..kau pulak setahun brapa kali panjat tangga masjid

      Padam
    2. anon 929 sibuk nak tanya org. ko plak berapa kali panjat tangga masjid?

      Padam
    3. anon 929 butthurt? kotehurt? juburhurt? anon 932 sibuk nak tanya org. ko plak berapa kali panjat tangga masjid?

      Padam
    4. anon 935 PG kau pun sama..berapa kali panjat tangga masjid..

      Padam
    5. Xpyh bajet suci la anon 1022 PG kau pun sama je..berapa kali panjat tangga masjid seminggu..

      Padam
    6. hahhaa anon 1138 ko plak brapa kali tangga masjid duk sibuk tanya org ..

      Padam
    7. Dah la tu. Semak pulak aku tengok tangga tangga tangga.

      Padam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mancing dickhead banahead abah kau ..

      Padam
  17. Haha..dah lama x tgk entry yg panas kali ni....1st time sy tgk isu ini ada masa nak gelak, pening kepala pun ada gak.

    Sbnrnya perkara ini boleh dibincg dengan elok, x perlu smpi satu malaysia tau...last2 dua2 nama agama dpt nama buruk sbb dikatakan agama islam jenis x toleransi agama dan agama kristian cuba nak kristiankan lebih byk umat islam (persepsi masing2). Kita kat malaysia spt dah biasa buat demo mcm 2 drpd bwak berbincang...kurg profesianal langsung.

    Tp sbnrnya isu ini jd panas sbb berlaku di kawasan majoriti 90% penduduk islam (yg ditulis dlm portal). Kalau berlaku di kawasan yg urban dimana komposisi kaum agak seimbang maybe xde isu sgt. Maybe kalau perkara yg sama berlaku di kawasan majoriti penduduk islam di kota bharu, maybe ada suara2 org melayu kata "mula dah org kristian nak murtadkan org islam di sini" dan seumpamanya...tp semua itu just input pandangan masing2, xde masalah. Tp mcmana anda bertindak dr pandangan anda yg paling penting sbb ia akan melibatkan semua pihak.

    Kita hidup dlm berbilang kaum dan bangsa, itu cabaran utama hidup masyarakat majmuk. Utk kekalkan keharmonian n perpaduan sedia ada, sikap hormat menghormati n toleransi perlu diutamakan. Even anda x suka agama lain, at least hormat pengganut mereka n x perlu memperlekehkan agama merka secara umum/terbuka. Keindahan agama Islam dr kaca mata org bukan islam adalah byk bergantung kpd cara kita menunjukkan sifat peribadi mulia n hormat menghormati.....baru senang terbuka hati.



    BalasPadam
  18. Isu di perbesarkan... telor sebiji riuh sekampung... pastu jd taik ayam..

    BalasPadam
  19. Td ada sekor macai kata ini Taman Medan kat Medan, Indonesia... adoi.. wahahaha...

    BalasPadam
  20. X payah bising la sbb buat gereja. Xde gereja n tnda salib tu pun ramai je budak melayu islam perangai mcm setan. Kalau dah busuk mcm tahi, tak perlu la nak kata busuk smpah tu menganggu. Tgk la diri bangsa kita sendiri. Maksiat kalah kapir oiiiii. Setakat salib tu ape de hal. Setan belum bisik pun diri sendiri dah reti nak buat dosa apa.

    Caci maki
    curi bunuh rompak rogol
    Fitnah dan ajaran sesat
    Solat 5 waktu xde dlm checklist
    Tp bila ada bina church kat tepi rumah
    " ia merosakkan akidah kami"...
    That motherfucking society

    BalasPadam
  21. fulamak aii.ini pun jadi isu.asal tak runtuhkan je semua gereja dan tokong kat malaysia ni.barulah melayu malaysia ni betul2 islam.teguh imannya.akidah pun tak terjejas.malah,pergi surau pun hari-hari.yedak? =..=

    BalasPadam
  22. Mohon demo haramkan huruf t & tanda + dlm subjek math dikhuatiri akan melemahkan iman bebudak skola

    Takburr !"

    BalasPadam
  23. Salib merupakan lambang iman kita kepada Allah. Ianya juga lambang kasih Allah, buat semua bani Adam.

    Seharusnya setiap kali kita melihat salib, perlu terdetik dalam hati kita, bukan Isa al-Masih yang patut dipakukan di salib itu, tetapi diri kita yang banyak dosa ini.

    Perlu terdetik dalam hati kita setiap kali memandang salib, itulah tempat matinya putera kesayangan Allah yang mendoakan keampunan buat seluruh umat manusia. Putera Allah berdoa, seperti mana yang tercatat dalam Al-Kitab yang suci, "Wahai Ayah, ampunilah mereka, kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan."(surah Lukas 23:34).

    Kasih Allah kepada manusia yang amat besar. Salib telah jadi saksi kasih dan cintaNya yang setulusnya. Salib menjadi pengingat bagi kita untuk menerima kasih Allah itu, dan berusaha menjadi orang yang lebih baik sesuai kehendak Allah dalam Al-Kitab, dan juga menyampaikan kasih itu kepada mereka di sekeliling kita.

    Tidak seharusnya lambang kasih Allah ini dibuang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memandangkan anda ada unsur2 untuk menyebarkan agama Kristian, maka menjadi tanggungjawab aku untuk menjawab:

      Nabi Isa atau Jesus mengikut agama Kristian mati disalib pada palang, so technically siapa yang suruh umat Kristian mengagungkan salib kerana Jesus sudah mati ketika itu. Dan kalau ada ayat dalam bible yang menyuruh orang Kristian mengagungkan salib, siapa pula yang menyampaikan ayat tu kepada umat Kristian, sedangkan salib tu wujud selepas kematian Jesus? Kerana semua ayat dan wahyu Allah disampaikan kepada manusia melalui perantaranya yakni para Nabi dan Rasul.

      Padam
    2. Ko sekolah kasi habis dulu la budak sebelum nak berdebat dgn noob. Kah3 .

      Padam
  24. Appetite for Destruction....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.