Khamis, 15 November 2012

36 Liabiliti politik: Siapa lebih teruk

Tajuk yang sama dengan artikel dari Berita Harian kat sini yang ditulis oleh encik Belalang Jalan Riong, aku malas nak pikir tajuk lain.
Belalang dengar juga perbualan mengenai 'liabiliti politik' akibat tindak-tanduk pemimpin parti. Kata mudah, liabiliti politik ialah beban politik yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah organisasi angkara seseorang anggota atau pemimpin mereka membuat onar. Ia menepati peribahasa 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.'

Dalam artikel tu penulis tu tulis orang yang dikatakan menjadi liabiliti politik bagi BN adalah Nazri Aziz manakala PR adalah Nik Aziz, Karpal Singh dan Anwar. Nazri dah pun jawab dan mengatakan yang dia sebenarnya adalah aset, bukan liabiliti seperti di sini.


Pada pendapat aku pula, yang benar2 menjadi liabiliti politik bagi BN pada musim pemerintahan Najib Razak ini adalah isteri beliau sendiri, Rosmah Mansor. Beliau buatlah apa saja, hatta pergi majlis kahwin Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo pun orang boleh jadikan bahan. Aku tak tau apa lagi yang boleh dia lakukan untuk memulihkan kembali nama dan imej dia di mata kebanyakan rakyat Malaysia yang rata2 dah tak boleh terima dan meluat dengan beliau. Situasinya sama sahaja seperti waktu zaman pemerintahan Pak Lah di mana pada ketika itu Khairy Jamaluddin menjadi liabiliti kepada BN yang juga akhirnya membawa kepada kemerosotan undi terhadap BN pada PRU12 tempoh hari dan seterusnya kejatuhan era Pak Lah menjadi PM. Dan kalau tengok sekarang, Rosmah menjadi target no. 1 oleh pihak PR untuk diserang.


Dan untuk PR, orang yang menjadi liabiliti paling utama adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu sendiri, bukan Nik Aziz atau Karpal Singh, sebab pengaruh Nik Aziz terlalu kuat untuk dijadikan liabiliti, malah boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia lebih senang dan sayang dengan Tok Guru Nik Aziz. Karpal juga dilihat menjadi liabiliti kerana pandangannya yang seringkali menongkah arus dengan PAS, namun kalau dilihat pada Anwar, aku tak rasa ramai penyokong PR sendiri terutama dikalangan orang Melayu yang 'sayang' pada Anwar dan kalau boleh mereka tidak mahu dikatakan mereka menyokong PR atas faktor Anwar, tapi lebih kepada faktor Nik Aziz, negara Islam, PAS atau ABU (Asal Bukan Umno). Sama seperti Rosmah, Anwar pula menjadi orang no. 1 yang seringkali diserang oleh pihak BN.


Dilihat kepada dua liabiliti politik utama ini dari kedua belah pihak, aku rasa dah tiba masanya kedua2 pihak membuat hijrah yang besar dengan mencari seorang ketua baru yang boleh menerajui dan memberi nafas baru kepada kumpulan politik masing2 agar tiada lagi liabiliti politik, at least buat masa sekarang. Takkan dah takde orang lain dari golongan yang lebih muda dan cerdik pandai yang lebih layak mengetuai kumpulan masing2 kot? Aku tak rasa negara kita dah ketandusan pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin negara.

Salam Maal Hijrah.




tags: liabiliti politik siapa lebih teruk aset barisan nasional bn umno mca mic pakatan rakyat pr pkr pas dap nazri aziz nik aziz nik mat karpal singh anwar ibrahim deepavali najib razak rosmah mansor gambar lee chong wei wong mew choo wedding kahwin majlis resepsi tukar pemimpin kerajaan pembangkang maksud makna definisi 

36 ulasan:

  1. yeah,setuju..eh,lupa...1st,kuang kuang kuang

    BalasPadam
  2. politik? malas lah nak komen..semacam makan jg..lepas kenyang berak..

    BalasPadam
  3. tp anwar merupakan punca kebangkitan pembangkang.... liabiliti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama sangat kot, teruk sangat dah kena bahan, mungkin dah tiba masa untuk pass baton kat generasi baru.

      Padam
  4. noob suka post article tengah2 malam buta kan.. aku undi pemimpin Islam. tapi sayangnya aku belom mendaftar lagi.. mcm mane nak mendaftar eh?

    tak lupa, salam maal hijrah juga kepada semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa2nya kedua2 pihak pun ketua dia beragama islam wahai puan pisces za

      Padam
    2. tu la.. sebab tu la aku x daftar lagi.. sebab aku tak tau nak pangkah yang mane satu.. hrmmm camne?

      Padam
    3. mmg nak pemimpin islam, tp bukan islam hanya pada nama. Oh? kalo ko tanya cmner lak nak tau mane satu yg islamnya lagi baik? rosmah tak pakai tudung, azizah pakai tudung. kira itu salah satu contoh dr segi fizikal la. kalo orang nak kate "alah, pakai tudung pn bukannye dh of coz baik." haa dah tu, sblm undi tu, buat la solat istikarah pstu undi je la mane yg ko suke. skurang2 nya ko dah letakkan sepenuhnya keputusan di tangan Allah.

      Padam
    4. ok aku sokong bn. tapi tak tau kenapa hati aku tak tergerak langsung untuk pergi mengundi. hrmm

      Padam
    5. pelik kalo aku dgr 'sokong (sesuatu parti)' tapi taknak mengundi. kalo cmtu mmg goyah la sokongan ko tu wahai cik pisces. baik ko ckp ko tu duduk atas pagar je.

      takkisah la nk undi sape, yg penting kena jalankan tanggungjawab sbg rakyat.

      Padam
    6. ha aku dah agak dah, mesti akan ada yg cakap mesti jalankan tgjwp sbg rakyat. ok lah. so mcm mane mau mengundi? aku malas nak google. mcm x de mood je.. nanti kalau aku dah beratur panjang nanti, aku pangkah je la sesapa

      Padam
    7. Pergi pejabat pos. Settle. Aku daftar situ gak.

      Padam
    8. owh.. nanti aku try gi pjbt pos area tmpt keje aku. hope boleh la.. kat situ pos laju pun dorg x buat. apa2 entah. susah le keje ofice hour ni, nak buat hal2 penting kena ambik cuti or half day

      Padam
    9. Dah check kat web SPR? ada?
      Kalau takda pi je pos opis settle

      Tapi daftar ni ikut alamat kat IC, so pastikan alamat tu betul kalau kg kena balik kg la nampaknya hahaha.. So kalau nak ngundi alamat mana kita nak tukar alamat kat IC.

      Pi JPN cakap nak tukar alamat free je kalau tukar cuma kalau nak IC baru tu kena rm10 kot. kalau cuma tukar alamat nanti dia cetak lampiran bawak lampiran tu pi daftar spr. Kalau tukar IC baru dengan alamat dia akan bagi IC sementara. Kecuali pi JPN yang leh siap hari tu juga.


      Padam
    10. baru je tukar ic kat jpn putrajaya. buat jumaat, isnin baru siap. aku punye alamat kat rumah aku skrg. laki aku punye alamat still kat kampung mak dia. tu la, mengundi ikut alamat ic kan.. malasnya nak gi beratur panjang sorang2 time mengundi nanti

      Padam
    11. Laki ko dah daftar ke belom? Dia nak balik kg ke PRU nanti?

      Macam ko akan mengundi sorang kot..

      kalau laki ko dah daftar baik ko tukar pakai alamat kg dia je.. atau ko suruh laki ko kemaskini pendaftaran pakai alamat baru.. still dia kena tukar alamat kat IC gak..

      tukar alamat je tak susah cuma kat JPN kot beratur tgk JPN la kalau kat tempat aku sentiasa kosong hehe..

      Padam
    12. aku x nak letak alamat kmpg. nanti laki aku x nak tgl rumah sndr.. x mau la dok rmh mak mertua lelama. dia dah daftar dah. dia x nak tukar alamat, sbb pic dia kat ic tu time rambut panjang. huh aptb! ala.. kampung laki aku dgn rumah kitorg skrg 15minit je la hai kalau tak jem. muahaha!

      Padam
    13. Kalau nak pegang IC ngan gamabr ensem & alamat lama..
      Tukar alamat je tak perlu tukar IC. :) hehe

      Tapi kalau 15 minit je apahal cuma kawasan undi beza kot..
      tapi mengundi ni 8pg sampai 4ptg so byk la masa kalau takat 15 minit tu.. :D

      Padam
    14. nov jgn ganggu bini org blh x. benda cam ni blh timbul krisis rumah tangga. Pisceza p jaga laki ko jgn sibuk nak betenet jer!

      Padam
    15. xda niat nak gangu pon. Dia pon tak kenal aku.

      Ok la minta maaf semua.

      last from Nov.

      bye.

      Padam
    16. ala.. lek r anon 9:48.. ko tau ke si Nov ni lelaki ke pmpn.. aku layan semua sama adil kot. laki aku pun kaki internet jugak. x salah kot nak tukar2 pandangan n pendapat kan..

      Padam
    17. haha.. anon 9:48, ko jeles dgn November ke.. hahaha.. lawak r ko. biarla depa mau berkawan.

      Padam
  5. 1433 + 1 = 1434 Hijrah. Selamat tahun baru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah,pandainye.hehe.Slamat Maal hijrah.

      Padam
  6. setuju dulu kj sekarang kak mah, tapi bagus juga, lagi cepat ameno tumbang ikikiki

    KLIK PR bersama Nurul: Hujah Nurul berasas

    BalasPadam
  7. Ah yes politics...the 'blame game' continues...it never ends ^^

    Salam Maal Hijrah 1434H buat noob and friends, semoga tahun ini rezeki kita diberkati lagi, serta dikurniakan kesihatan dan kudrat untuk terus beramal dengan baik...amin ^^

    BalasPadam
  8. err..i'm sory (amir rajak lawak)

    no toment laa pasal politik nie..haha

    BalasPadam
  9. Toment hotak kau. 'Comment' lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi elok kasar bahasa, dari rosak bahasa.

      Padam
  10. kalau ada parti politik macam HAMAS kat msia ni, konfom aku bagi sokongan 100 percent kat depa....sebab HAMAS bnyak tolong rakyat palestine wlaupun depa sendiri rakyat palestine yang susah, tapi sanggup berkorban untuk rakyat.....lagi satu, depa bnyak berdiam diri dan tidak melayan fitnah2 dari puak PLO yg pro israel...kenapa? sebab depa x mau rakyat palestine berpecah belah...bila rakyat palestine berpecah belah, lagi mudah zionis memperhambakan mereka semua....

    Aku x rasa kat msia ni ada parti politik yg mcam ni....semua sama je.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat malaysia ni disuapkan dengan isu yang remeh temah sebab nak selindung isu-isu besar yang penting2. Bila orang dah leka ngan isu remeh2 isu lain yang lebih serius akan senyap dari arus perdana.



      Padam
  11. mohon en.noob tubuhkan parti otak bersatu utk kesejahteraan rakyat termasuk anon2 di luar sana. sekian

    BalasPadam
  12. Takkan dah takde orang lain dari golongan yang lebih muda dan cerdik pandai yang lebih layak mengetuai kumpulan masing2 kot? Aku tak rasa negara kita dah ketandusan pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin negara.


    of course kita ada ramai pemimpin yg lebih berkaliber daripada yg ada sekarang.
    masalahnya:

    1- budaya kita lebih kepada know who daripada know how. tgk saja fenomena brain drain di malaysia.
    2- tikam belakang @ khianat. org kita pantang tgk org lain bagus. nak nak pulak, org tu jujur dan susah nak sogok. mesti nak buat skandal kasi jatuhkan org yg bagus tu. itu pasal pemimpin yg ada skrg ni... malas nak cakapla.
    3- byk sgt sarkas sehingga orang2 kita keliru nak pilih pemimpin yg macam mana. nak pemimpin org Islamlah, yg liberal lah, 1malaysia lah, pembela bangsa lah.. macam2.
    yg mudah, fungsi utama pemimpin ialah memastikan segala tanggungjawab mereka dibuat iaitu mentadbir rakyat marhaen (kroni bukanlah rakyat wpun secara teknikalnya ya) dengan adil dan mengikut peraturan yg sedia ada.

    BalasPadam
  13. Tahu tak? junjungan mulia Nabi Muhamad SAW mengambil masa 40 tahun membina kredibiliti & integriti yg mulia sehingga di gelar al Amin. Baginda Nabi tidak banyak melaungkan slogan, tetapi banyak melaksanakan perbuatan. Kita hari ini melaungkan slogan retorik seperti - Islam pegangan hidup, hanya Islam memakmurkan dunia, kembali kepada al Quran dan as Sunnah dan slogan sampah seperti Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Bukan salah slogan, tetapi slogan itu disalah-gunakan. Apabila Nabi menggertak masyarakat Quraisy bahawa ada sebilangan tentera berkuda, mereka percaya. Sehingga Nabi mahu berhijrah, masih ada orang Quraisy yg meminta Baginda Nabi menjaga amanah dan barang-barang. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata, bukan retorik slogan.

    sekadar pengkongsian.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.