Selasa, 14 Oktober 2014

37 Malaysia negara pengguna, bukan negara pencipta

Tidak dinafikan negara kita adalah sebuah negara membangun dan pembangunan infrastruktur negara kita boleh dikira agak ke depan berbanding negara dunia ketiga yang lain walau gaji Perdana Menterinya sama dengan gaji Presiden Zambia, dan gaji Ahli Parlimennya lebih rendah dari gaji Ahli Parlimen Uganda, namun hakikatnya, negara kita adalah sebuah negara pengguna, dan bukannya negara pencipta.


Ini kerana negara kita boleh aku katakan tidak banyak atau hampir tiada, mencipta sebarang benda dan teknologi yang akhirnya digunakan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan juga luar negara. Kita lebih gemar mengambil dan menggunakan sahaja benda dan teknologi yang sudah ada yang dihasilkan oleh negara lain berbanding mencipta sendiri.

Lihat sahaja barang2 yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Telefon kita gunakan Samsung, Nokia, Lenovo, iPhone, termasuk juga dengan OS Android, iOS, Symbian, semuanya produk dan teknologi luar negara. Barang elektrik kita guna jenama Panasonic, Samsung, LG, Toshiba, semuanya produk luar negara.

Komputer kita guna jenama Dell, Acer, Lenovo, HP, semuanya produk luar negara. Komponen2 dalaman dari OS seperti Windows, Linux, MacOS, termasuk hardware dalaman seperti motherboard, hard disk, ram, graphic card dan lain2 juga semuanya teknologi luar negara.

Itu belum lagi lambakan produk dan teknologi dari China yang kita guna dan import ke negara kita kemudian menjenamakannya semula dengan jenama Malaysia.

Ya, Malaysia ada menghasilkan kereta sendiri seperti Proton dan Perodua, namun hakikatnya komponen2 dalam tu kebanyakannya adalah dari teknologi luar negara, termasuk juga mesin2 yang digunakan dalam kilang untuk hasilkan kereta.

Nak hantar orang pergi angkasa, cuma bayar sahaja dan tumpang teknologi orang lain untuk pergi ke angkasa. Nak cari pesawat yang hilang, kita gunakan teknologi orang lain. Nak bina bangunan dan infrastruktur, kita guna kren luar negara, termasuk dengan buruh2 dia sekali.

Sebenarnya apa ciptaan dan teknologi yang Malaysia hasilkan yang benar2 boleh membanggakan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga bumi?

Tiada.

Realitinya, negara kita adalah negara pengguna dan bukan negara pencipta. So persoalannya di sini, apa point kerajaan melabur dan peruntukkan berbillion2 ringgit dalam bidang R&D untuk buat pelbagai penyelidikan di Malaysia terutama kepada universiti2 awam yang akhirnya tidak mendatangkan hasil dan hanya bersifat syok sendiri.


Kurang dua peratus daripada 27,449 hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) di 15 universiti awam di negara ini berjaya dikomersialkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu.

Ini bererti hanya 494 hasil penyelidikan berjaya diterjemahkan dalam bentuk produk atau perkhidmatan untuk dimanfaatkan pengguna selepas berbilion ringgit dilaburkan dalam bentuk geran penyelidikan sama ada oleh kerajaan atau pelbagai agensi dalam dan luar.

Malah, kebanyakan penyelidikan yang berjaya dikomersialkan itu dihasilkan empat universiti penyelidikan dengan 1.5 peratus daripadanya adalah daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Keempat-empat universiti itu berjaya mengkomersialkan 421 daripada lebih 20,000 hasil penyelidikannya dalam tempoh itu, berbanding hanya 73 daripada 7,449 hasil penyelidikan 11 universiti lain.

Sumber Berita Harian.




Isu ini bukannya baru berlaku, tapi dah lebih dari 10 tahun. Dari dulu lagi geran juta2 dah diperuntukkan untuk membuat R&D, tapi sampai sekarang masih tak nampak hasil yang benar2 menyerlah. Bayangkan kurang dari 2% dari hasil R&D ini yang boleh dianggap berjaya untuk dikomersialkan, manakala lagi 98% lagi adalah syok sendiri?

Mungkin ini ada kaitan dengan sifat, sikap dan mentaliti orang Malaysia itu sendiri yang lebih berminat untuk menjadi pengguna daripada menjadi pencipta, lebih suka menjadi pengikut daripada pencetus, lebih suka membeli produk luar daripada produk tempatan serta lebih suka dan cintakan hiburan berbanding mencintai ilmu.

Tapi nak salahkan siapa2 pun tak boleh juga, dah memang itu pun sikap dan mentaliti orang kita nak buat macam mana, nak ubah memang susah. Cuma bagi aku, kalau dah tau hakikatnya negara Malaysia ini bukan negara pencipta tapi negara pengguna, tak payah lah susah2 membazir masa dan buang masa lagi untuk buat macam2 R&D syok sendiri. Salurkan jelah duit tu ke tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat seperti pembangunan dan peningkatan infrastruktur, pembangunan sukan, industri kreatif, perniagaan, kebajikan orang2 miskin, serta lain2 yang lebih praktikal, lebih bermanfaat, berfaedah dan mendatangkan hasil.

Kalau nak buat R&D juga, fokuskan hanya kepada bidang dan penyelidikan yang sangat penting, niche, teknologi baru yang belum pernah orang buat lagi dan yang paling penting boleh mendatangkan hasil dan pulangan semula.

Bacaan lanjut:



tags: negara pencipta pengguna hala tuju kejayaan kurang dipaparkan r&d research and development kajian dan pembangunan syok sendiri peruntukan geran penyelidikan universiti gagal tarik minat industri tiada kerjasama punca jadi gajah putih hasil kurang tepati cita rasa semasa

37 ulasan:

  1. Tak dinafikan yang kita skrg susah lalok dgn teknologi buatan luar. Kalau ada saja teknologi dr negera sendiri akan dikritiknya dengan hebat walaupun baru saja nak menapak. Asalkan made in malaysia sudah dikatakannya tidak berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah akibatnya kalau R&D sebagai kriteria naik pangkat.. 98 peratus cuma R&D syok sendiri.. janji lepas syarat kenaikan pangkat.. sudahlah..

      Padam
    2. Wei noob boleh tak buat artikel tentang produk2 r&d malaysia yg dh dikormesial...teringin nk tengok

      Padam
  2. Balasan
    1. setakat nk cipta kerepek xperlu buat kajian berjuta2 kat universiti...

      Padam
  3. saya merupakan salah seorang graduan upm di dalam jurusan sains pertanian. seperti yang tuan maklum, UPM antara universiti yang diiktiraf dan dipercayai di dalam R & D. Sebagai seorang penuntut yang pernah belajar di dalam persekitaran UPM, pada hakikatnya banyak ciptaan dan inovasi yang telah dihasilkan, tetapi kenapa tidak dikomersialkan? Disebabkan penerimaan daripada rakyat Malaysia sendiri yang tidak berani untuk mencuba produk hasil kajian. Antara contoh, sistem torehanan getah. Ada alat yang sudah direka sejak daripada dahulu lagi, tapi penoreh itu sendiri masih berpegang memilih kaedah sistem torehan getah yang lama. Banyak juga R & D yang khusus untuk kepala sawit yang masih lagi di dalam proses yang mungkin dapat mengubah masa depan kita di dalam negara. Jadi, janganlah cepat menuduh berkata itu ini jika kita sendiri tak pernah terlibat dalam sesuatu bidang itu. Bergantung kepada propaganda media yang hanya tahu melihat kepada permukaan tanpa menyelami dasar tidak patut diamalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang saya tuduh? Saya hanya mengulas berita itu berdasarkan data dan fakta yang dikemukakan, dan tak mungkin data2 tu rekaan untuk propaganda media. Sekurang2nya mesti media mendapatkan data2 tu berdasarkan laporan audit dan statistik yang dikeluarkan oleh badan yang sah.

      Sebab tu kalau tuan baca balik artikel saya kat atas tu, saya sarankan lebih baik peruntukan yang berbillion2 tu digunakan untuk benda yang lebih penting berbanding untuk buat research, kerana seperti apa yang tuan cakap, tuan buat alat torehan getah yang canggih pun tapi penoreh getah tak nak guna

      Kalau kita dah tahu sikap dan mentaliti orang Malaysia memang macam ni, so buat apa mengkaji dan membuat sesuatu yang akhirnya orang tak nak guna? Kerajaan ubah la dasar apa pun tapi kalau pengguna sendiri tak nak guna, nak buat apa lagi?

      Lagi satu, saya bukan cakap semua penyelidikan tak berguna dan tak perlu dilakukan, tapi seperti yang saya tulis di perenggan terakhir tu, kalau nak buat R&D juga, fokuskan hanya kepada bidang dan penyelidikan yang sangat penting, niche, teknologi baru yang belum pernah orang buat lagi dan yang paling penting boleh mendatangkan hasil dan pulangan semula.

      Maaf jika artikel ini ada mengguris hati tuan tapi itulah realiti pada hari ini.

      Padam
    2. encik ji, hang nak sawit kepala sapa?

      Padam
    3. serius bodo encik Ji.. noob xde tuduh tp mengutuk negara malaysia yg syok sendiri tgk rakyat hari cth dekat sokong produk luar dengan banding dn mengutuk produk sendiri stu lagi kita ramai sgt mentaliti kelas ketiga2 mengkondem lebih dari sepatutnya tanpa memperbaiki apa yg sepatutnya.... smpi bila2 negara ni akan bengkrap klu x buat sesuatunya... duit kita bnyk habis keluar... org luar punya haram payah nak beli yg dalam malaysia...

      Padam
    4. serius bodo encik ji... nama je graduan upm tp blog penuh dgn artikel & gambar lucah yg lgsg x mendtgkan faedah & merosakkan minda.. xkan mcm ni je thp pemikiran graduan upm? memalukan nama universiti betul puihhh

      Padam
    5. Dah penoreh getah tak nak guna teknologi tu maksudnya memang sekadar teknologi syok sendiri lah kan. Tak perlu salahkan mereka jika hasil ciptaan anda merepek wahai en ji.

      Padam
    6. mula2 pikir apa masalah penoreh getah, lps tu cipta alat torehan baru yg menggunakan kuasa solar... pastu jual kt penoreh getah 1 alat rm1,000... patut la penoreh getah xbeli.. ni kes researcher syok sendiri la ni x study dulu apa masalah sebenar penoreh getah..

      Padam
    7. Apa lah encik ji, buat produk tak ikut permintaan, banyak mana lah penoreh dan peladang kelapa sawit yg ada dan nk pakai produk kau...hahahaha..buat produk yg semua orang boleh guna..

      Padam
    8. mungkin makcik penoreh getah tu lebih suka guna cara pisau sabit sebagai senjata untuk menyelamatkan dara anak gadis daripada di rampas oleh perogol di kawasan semak. atau sebagai senjata bagi membunuh haiwan reptilia,mamalia yg merbahaya.

      Padam
  4. kalau PM dgn Ahli Parlimen tak suka gaji rendah kat Malaysia, sila pindah ke Zambia dan Uganda!

    BalasPadam
  5. bro,
    sila fahami teori Abraham Maslow...rakyat Malaysia belum lepas level kedua pun...maaf bro kadang-kadang kita kena ukur baju di badan sendiri...maaf lagi bro kalau tulisan wa menyusahkan sesiapa...tapi bagi wa, maaf lagi bro...lu dah kenal Tuhan baru lu boleh lepas yang paling tinggi di mana fungsi lu sebagai manusia sudah mencapai tahap maksum...aahhh? meracau? tak per moga-moga Allah bagi kefahaman pada semua...maaf sekiranya saya meracau...tolong jangan ban saya...saya insaf!

    BalasPadam
    Balasan
    1. edrie hashim.. eh silap. eddeved.. dh xde org nk layan ko dah kah kah kah

      Padam
    2. tuan edde, teori Abraham Maslow tu apa?

      Padam
  6. Apa yg sy nmpk... ada R&D kita yg memang boleh dikomersialkan. sbg contoh R&D penggunaan waste material dari janakuasa arang batu. ramai prof dan doctorate yg dah buat R&D. tapi bila nak dikomersialkan benda tu ada halangan dari segi birokrasi. macam2 kerenah kena hadap baik dari segi kelulusan dipihak kerajaan dan jugak sokongan pihak swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan ada kumpulan makan atas angin ni yg membunuh org2 yg betul2 nk tolong malaysia... last2 bnyk terbengkalai...rmi nk bersenang lenang dari rami yg nak bekerja keras....

      Padam
  7. Saya tak berapa faham apa r&d ni...
    Cuma nak persoal dan mengesahkan cerita yang teknolgi sensor air diletak pada wiper kereta hasil buah fikiran anak tempatan. Zul teknologi ka apa.betulkan jika sy salah.
    Idea ini ringkas dan biasa sj....
    Cuba dijual pada proton tak diterima.
    Akhirnya volvo yang guna.
    Disini mungkin kita dpt tau dari mana punca sebenarnya.dan dr situ kita selesaikan.
    -maaf.sy tak pandai menulis.dh cuba sebaik mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baru nak ckp benda sama. perekacipta zulkifli haron tu xde pn dpt geran juta2 dr kerajaan suruh buat kajian bagai tp dpt jgk menghasilkan produk & inovasi yg membantu masyarakat... jgn kata geran, title dr, prof pun xde, apatah lg dato pn dia xde tp masih dpt berbakti kpd org ramai terutama industri2 iks dgn ciptaan2nya yg sgt berguna & efektif... yg professor2 kt universiti tu dok dpt geran juta2 dr kerajaan last2 cuma dpt tesis je tp habuk pn tarak... buek menghabihkan boreh yo

      Padam
  8. Student: Tau dah, janji aku lulus PhD. Pulun sangat pun, xder siapa nak hargai pun. Abih2 masuk tong sampah jugak.
    Pensyarah: Kalo student siap cepat thesis, aku dpt elaun RM3000.
    Masyarakat: Pergi mampos la semua ni.
    Menteri dan kroni: hahaha.. projek IGS kat TPM tu, berlambak2 yg hanya nak rembat duit geran saja. RnD mmg gempak, beli produk luar, decode programming dan resultnya menjadi hampas setelah duit dirembat. Pensyarah2 universiti bersekongkol buat projek grant IGS setiap satu bernilai RM1 -25 juta.

    Aku adalah salah seorang jurutera yang diupah utk berpuluh2 projek IGS ini. Mula2 serius jer.. siap beli alatan kilang gitu, rupanya disewa sebulan untuk wayang.. time presentation, sewa lagi buat wayang...pensyarah2 bertaraf professor yang bersekongkol dgn menteri2 jugak yang kenyang. Anak beranak menteri yg boroi2. Dah bertahun bende ni berjalan.. skrg baru nak sedar? Susahlah noob, bukan senang nak ubah bende ni..

    BalasPadam
  9. Tak suka jangan duduk Malaysia, kata menteri alif tendang wau, sarkas!

    BalasPadam
  10. sptutnya yg buat research kna dpt balik duit 2x ganda modal yg dia gna utk wat research, br ble lulus ijazah, mster atau phd dia... br klulusan tu dpandang tinggi... ak pnh bca ad 1university kat yahudi, diorang punya bisnes student kna bwk balik 1 juta, br ble lulus final projek.. levi's tu slh satu product dia la tu...

    BalasPadam
  11. aku student it yg jd research assistant utk lecturer aku buat research... dia punya research senang je... cari apa2 open source software kt internet, ubah2 buat customization skit.. lepas tu tukar branding letak nama lain... siap research.. mudah kan?

    BalasPadam
  12. universiti malaya buat r&d plg byk dekat 10,000, tp yg dikomersialkan cuma 39? gila sampah! cm ni ke kualiti universiti terbaik dan tertua di malaysia??

    BalasPadam
  13. Ala..tak payah la pung pang pung pang r&d itu ini..graduan itu ini..kita negara malaysia..mana ada masa nak buat semua tu. Kita fokuskan kepada politik kita, macai2, isu kaum, gosip artis..itu baru la rakyat malaysia sejati

    BalasPadam
  14. takkan baru sedar..kita ni negara pengguna dan sekadar memasang sahaja..kesian tengok member yang grad bidang aerospace dan automotif terpaksa kerja bidang yang langsung tak berkaitan dengan bidang yang dipelajari dekat universiti..

    BalasPadam
  15. aq dan atas aq pandai bwah aq bdh

    BalasPadam
  16. Xpandai nak pasarkan..

    Aspek pemasaran (marketing) juga sangat penting untuk menembusi pasaran..

    Memang susah nak dapatkan kepercayaan orang terhadap suatu produk yang baru..

    Lagi2 kalau ia buatan sendiri..

    BalasPadam
  17. Malaysia gila ranking. Semua nk nombor 1. Buat r&d sebab nak menunjuk. Nak cepat famous. Belagak nak pi present kat luar negara. Last2 tunjuk saja. r&d tak ada pon dikormesial kpd masyarakat awam... aq nk juga tengok produk r&d negara boleh dijumpai dekat luar ni. Kalau ada boleh bagitau tk kalau2 ada

    BalasPadam
  18. Woi Noob.. apa ko merepek ni? Langsung x masuk akal. Ko tau tak produk Malaysia paling berkualiti ialah taik?

    Setiap hari berjuta2 tan taik dihasilkan dari pemikiran yg macam taik jugak. Tak kira propesser ka.. engineer ka.. doktor ka.. semuanya mengkaji untuk menghasilkan taik.. dari pekerja gomen..hinggalah ke pekerja swasta.. dari makcik felda..hinggalah menteri.. semuanya mencipta taik setiap hari..

    Ostat2 berceramah pun, semuanya hasil adalah taik. Menteri2 bentangkan apa pun, semua produk yg dicipta adalah taik juga akhirnya. Berlumba2 ulang alik gi keliling kaabah pun, balik Mesia yg jadi produk adalah juga taik.

    Nak buat camana lagi.. masyarakat taik hanya akan menghasilkan taik jua. Dari pembesar2, raja2, ostat2, ngok2, parti2 pembangkang, parti2 kerajaan, para2 ibubapa serta seluruh rakyat.. semuanya tahi..

    Entahlah noob.. aku tau dlm kepala engkau, masih mengharapkan satu harapan besar untuk sekelian umat malaysia. Tapi aku dah tak nampak jalan lagi melainkan layan saja tanpa maruah akan segala taik2 yg ada.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.