Jumaat, 26 September 2014

17 Janji manis pilihanraya kecil bila mahu ditepati?

Tahniah diucapkan kepada Mat Razi Mat Ail yang mewakili BN kerana telah memenangi PRK DUN Pengkalan Kubor dan mengekalkan kerusi BN di Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon daripada PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. BN mendapat 9,961 undi manakala PAS pula mendapat 7,326 undi dan calon bebas 38 undi sahaja. Seramai 17,555 orang atau 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Pengkalan Kubor ini.


Dulu aku pernah tulis yang semua kawasan perlu ada Pilihanraya Kecil, baru macam2 masalah akan selesai, tapi setelah melalui pelbagai PRK sejak PRU13 yang lalu membuat aku berfikir semula dan membuat kesimpulan, kalau tak tau nak undi siapa pada Pilihanraya Kecil, undi mengikut calon, bukan mengikut parti, kecuali pada Pilihanraya Umum, bolehlah nak undi mengikut parti walau setahi mana pun calon tu. 


Ini sebab dalam Pilihanraya Kecil ini kadang2 banyak sangat janji2 manis yang ditaburi sampai ke satu tahap nampak macam mengarut gila sebab ia hanya menguntungkan kawasan tu sahaja semata2 nak tarik pengundi setempat. Seperti contoh pada PRK Parlimen Teluk Intan sebelum ini, di mana calon BN dari Gerakan iaitu Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya kecil tersebut mengalahkan calon melayu DAP iaitu Dyana Sofea. Bagi yang dah lupa, antara manifesto BN untuk PRK Teluk Intan adalah:
  • Memperjuangkan pembinaan sebuah universiti di bandar itu.
  • Berusaha menjadikan ikon Menara Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Berjanji menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden
  • Meningkatkan pelaburan.
  • Mewujudkan lebih banyak zon WiFi.
  • Menambah baik kemudahan jalur lebar Internet di Teluk Intan.

So setelah hampir 4 bulan, adakah Internet di Teluk Intan sudah lebih laju? Atau sudah ada lebih banyak zon WiFi? Atau Teluk Intan sudah menjadi hab pertanian moden? Bab universiti tu melibatkan masa yang lama untuk pembinaan, so mungkin tahun 2018 baru siap sebelum PRU14 nanti.



Begitu juga dengan PRK DUN Kajang, di mana calon PKR iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihanraya kecil tersebut mengalahkan calon BN daripada MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun. Antara janji2 PKR untuk PRK Kajang:
  • Meningkatkan prestasi kutipan sampah dengan mengusahakan tapak pelupusan dan sisa pepejal yang baru yang mesra alam.
  • Perkenal kaunter aduan bergerak pada setiap bulan di kawasan2 perumahan.
  • Tangani masalah kesesakan lalulintas dengan mengkaji penyelesaian kesesakan, memperkenal talian hotline aduan kerosakan, bina platform interaktif "Kajang Traffic Update" dan lain2.
  • Membanteras jenayah dan tingkatkan keselamatan dengan sistem amaran "Crime Alert" dan sebagainya.
  • Mewujudkan Pusat Khidmat Kerja bagi menganjurkan program2 khusus untuk latihan pekerjaan dan nasihat kerajay kepada golongan muda.
  • Membawa sebuah pasukan bola sepak yang beraksi di Liga Malaysia ke Kajang dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama untuk latihan dan perlawanan.

So setelah 6 bulan berlalu, aku cuma nak tanya satu je lah, pasukan bola sepak Kajang dah wujud ke belum? Dah start berlatih ke? Dah start main kat liga mana?


Sebab tu ada Tun M dulu cakap orang melayu mudah lupa. Mudah sangat melupakan janji2 manis yang ditaburi politikus sewaktu pilihanraya. Kita sebagai rakyat kena tuntut setiap janji2 manis mereka dalam pilihanraya walaupun mereka cakap semua janji pilihanraya akan ditunaikan, kerana hakikatnya lebih banyak lagi janji2 yang dicapati yang belum ditepati lagi.




tags: janji manis manifesto pilihanraya pilihan raya kecil prk keputusan prk pengkalan kubur bn menang teluk intan kajang move

17 ulasan:

  1. Jgn percayakan politician....itu ja yg bole aku ckp....

    BalasPadam
  2. im first and only 1 the first komentar

    BalasPadam
  3. mungkin ada yg berhrp wakil rkyt mereka mati cepat

    BalasPadam
  4. nama pun melayu... hari2 pun layu.. yeyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita dh ada lejen baru pengganti plain... give her a clap... fap fap fap

      Padam
  5. Episod 2: Langkah Pandan.

    BalasPadam
  6. Janji manis mu... let play da game Malaysia.. rakyat marhaen biasa dh permainkan..

    BalasPadam
  7. Satu kajian yang dijalankan oleh pelajar tahun akhir di Universiti Malaya(UM) mendapati hampir 80% rakyat malaysia yang berumur 21 tahun keatas menghidapi penyakit kencing manis.Menurut mereka lagi,fenomena ini berlaku disebabkan faktor rakyat negara ini yang mudah dikencing oleh ahli politik dengan janji-janji manis.Masalah ini juga dikesan semakin menjadi-jadi pada musim pilihanraya utama di seluruh negara - Bernama

    BalasPadam
  8. Perkara ni macam kitaran...
    1. Ahli politik berjanji
    2. Rakyat termakan janji2 manis.
    3. Rakyat undi.
    4. Ahli politik menang.
    5. Ahli politik mungkir janji.
    6. Rakyat marah, kekonon 'di mana janji manismu'
    7. Pilihanraya
    8. Repeat (1.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buar programming nih.. noob terer bende ni..soh dia karang coding..

      Padam
  9. bro / sis,
    aku pasal janji-janji nih terpulang pada yang empunya badan...satu bahana pasal janji nih dah banyak Tuhan cerita dalam Quran...Tuhan banyak kasi contoh orang Yahudi...dari zaman Nabi Musa sampai Nabi Isa...macam-macam, kiranya janji nih satu dugaan paling berat Tuhan turunkan buat manusia...oleh itu kalau kau ikhlas...Tuhan akan tolong kau tunaikan janji kau...tapi kalau kau tak ikhlas...bila Tuhan dah tolong kau...lepas tu Tuhan dah selamatkan kau...macam contoh bilamana Tuhan turunkan chicken chop dengan fish & chip (surah Al Maidah) sebab kau mintak dengan Tuhan, Tuhan turunkan straight dari syurga...lepas tu kau bikin susah orang...kau zalim orang...Tuhan cakap orang-orang macam ni Dia dah sediakan api neraka panas menjulang...itu sebab bila janji Tuhan dah ajar adab...sebut Insya Allah...kalau kau sebut tuh maknanya satu benda Tuhan dah bagi kau pass...sebab lepas tuh kau mesti tunaikan janji kau kalau kau lupa Tuhan mesti akan ingatkan kau...pendek kata apa kau sebut, kau lafazkan kena niat Lillahi Taala dulu baru kau selamat...depa-depa nih nama pun politikus...macam tikus laa...tikus baiki labu.

    BalasPadam
  10. Kedua2 janji BN PR tu ada keterikatan superiority-nya. Mcm kes Telok Intan, Datuk Mah rasanya xjadi masalah sbb akan dilantik menjadi Menteri jika menang. Nak buat universiti pun jadi mudah. Ini dah ada dlm plan BN. Kalo xjadi universiti tu, nasib la. Takat wifi tu, nak ngan xnak jer buat. Bende mudah.

    Dlm kes Kajang, logiknya ada sbb plan jika Azizah jadi MB. Semuanya jadi eroyik sajalah sbb xjadi MB.

    Pendek kata parti beryanding pun ukur kemampuan nak tabur janji. Kebanyakan janji diberikan parti, bukannya calon yg bertanding. Kalo BN, boleh tahan lagi nak cekau mana duit boleh dpt. Kalo PR, malam la sikik. Dgn karenah jabatan2 kerajaan (senang baca: tambah2 bos yg Balaci BN, walaupun bukan semua kakitangan yg sokong BN) lagi.

    Apapun, berbalik kepada Malaysia Negara Dunia Ketiga. Bukan Allah, bukan Islam dan bukan perkara lain yg menentukannya. Allah dah sediakan segala2nya untuk kita pikir dan pilih. Mmg x salah Dia lagi. Yg salah tetap kita.

    Dah menjadi tabiat Melayu bila pegang apa2 jawatan. Berapa kerat sangat boleh jadi professional bila berhadapan dgn cabaran demi cabaran? Dalam Dunia Ketiga, pendedahan sebegini amat rendah. Baik pemimpin, baik rakyat yg dipariakan. Yg bangsawan terus hidup senang lenang, duit cukai masyukkkk keliling pinggang 24 jam tanpa henti. Tak siapa peduli pun.

    Sori..gua kene buat blog sendiri.

    BalasPadam
  11. untk pengetahuan noob, skuad bolasepk kajang kini berada di tangga teratas dlm liga bolasepk Zimbabwe. t.kasih.

    BalasPadam
  12. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduan bodo

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  13. Bodohnya masih nak percaya ngan kata2 orang politik..

    Orang politik ni tak kira UMNO, PAS dan ntah pebenda lagi, masa nak mengundi, kita nak pegang batu pelir dia pun dia bagi lagi..

    Lepas mengundi, nak tengok batang idung pn pyh.. Tinggal bau hancing kencing lagi ada la...

    BalasPadam
  14. Statistik mengatakan org yg paling kita percaya ialah doktor, yg paling last sekali ialah politician. So utk everytime PRK, pastikan Cash on Delivery, x tunaikan xde vote....kalau x kita sendiri yg rugi. Janji2 yg nak buat kemudaj 80% xkan buat, kalau buat pun lama lagi atau xde bajet.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.