Rabu, 20 Mei 2015

13 Jangan buat anak jika hanya untuk untuk dizalimi

Kepada lelaki perempuan bangang di luar sana yang masih belum berkahwin, geng2 bohsia, mat2 minah2 rempit, ni abang nak pesan. Bila bercinta tu, aku faham nafsu korang memang membuak2, kalau dapat la jangan la beromen berzina bagai, lagipun benda tu haram dan berdosa besar, mujur negara kita takde hukum hudud je, kalau ada dah lama korang kena sebat. Kalau boleh lah walau itu yang sepatutnya korang buat.

Tapi kalau kepala dah masuk air nak beromen sangat dah, pakai je lah kondom beli kat 7E, pancut kat luar atau makan je la pil perancang tu. Dekat sekolah korang dah belajar kan air mani tu bila masuk dalam rahim perempuan dia boleh mengandung? Sebab aku tahu korang semua ni memang bodoh, buat anak tu pandai tapi tak reti nak jaga. Kalau tak buang bayi kat tong sampah, korang pergi campak bayi dari rumah flat, tangki pam jamban, dan yang paling bangsat sekali kerat anak korang tu lepas tu buang kat dalam lubang tandas.


Tapi kalau korang nak jaga dan besarkan anak tu, jaga la elok2, bukan dengan mendera mereka dengan membaling dan melambung2kan anak tu. Korang ingat bayi tu apa, anak patung korang? Ini termasuk juga dengan pasangan yang dah berkahwin tapi turut bangang mendera anak sendiri.

Korang tahu tak betapa kompleksnya proses kejadian manusia yang menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Tuhan?

Korang tahu tak betapa ramai pasangan suami isteri yang mahukan anak tapi tidak berupaya dan berkemampuan untuk memilikinya?

Dan korang senang2nya buang, bunuh dan kerat bila bayi dah keluar?
Dan korang mudah2 je dera, lempar, campak, sepak, tendang bila diorang menangis?


Sumber Harian Metro

Kejam apabila rakaman video seorang bayi dicampak dan dipusing berulang kali oleh seorang wanita dipercayai ibu mangsa mula tersebar di laman sosial sejak pagi kelmarin.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu dipercayai dirakam oleh kenalan wanita itu di mana bayi malang itu dicampak sesuka hati di atas katil.

Lebih menyedihkan apabila badannya dipusing beberapa kali dengan kuat menyebabkan mangsa menangis sekuat hati.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut menggoncang badan bayi itu dengan kuat menyebabkan tangisan anak kecil kian nyaring.

Turut kedengaran adalah suara yang berkata, “nampak tak, nampak tak?” seperti ingin menunjukkan bukti kekejaman dilakukan kepada individu yang merakam perbuatan kejam itu.

Sumber Harian Metro. Juga berita "Video kes yang sama".

Senang cerita, jangan buat anak jika hanya untuk dizalimi, dibuang, dibunuh, didera dan sebagainya.  Selain itu, tiada apa yang boleh aku cakap lagi melainkan korang memang sial2 belaka.


Lain2 artikel berkaitan:



tags: buang bunuh bayi kerat 15 mati meninggal cebisan mayat perangkap sampah loji kumbahan lubang tandas najis jamban zalim kejam perbuatan gila wanita perempuan lambung bayi seperti anak patung lempar campak baling viral video anak luar nikah nadia tiramisu pidot kechixx 

13 ulasan:

  1. dah tak waras masyarakat zaman sekarang nih

    BalasPadam
  2. macam mana sial dorg boleh kerat baby tu.. aduh.. macam tak logik pn ada gak.. maybe dorg flush je dalam toilet and baby tu hancur? or kt loji tu kena kipas pusing2 tu je tu yg berderai kot badan baby tu. media ni kekadang headlight nk gempak je. kekadang bukan betul. ada ke manusia boleh buat sampai camtu? kerat baby? memang shit la kalau ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually memang kena kerat. Bayi tu kena kerat supaya keratan2 tu boleh masuk muat ke dalam lubang tandas untuk diflush. Aku ada dapat gambar keratan2 bayi yang telah dipotong tu kat Whatsapp cuma tak dikongsikan di sini.

      Padam
    2. anon14 oiii..dalam tangki loji tak ada kipas....cuma diffuser angin...utk bagi tangki tak bau busuk...kalau mayat baby sampai kat pumping station pun dia akan sangkut kat screen2 besi...baby takkan hancur kena screen besi tu..cuma akan tersangkut...

      Padam
  3. Ada unsur-unsur makhluk halus.

    BalasPadam
  4. Buka n anak haram tapi bapa haramjadah.

    BalasPadam
  5. tak sanggup tengok video. nak bukak susur masa pun takut. takut2 ada yang share gambar.. sedih..

    BalasPadam
  6. Kat UK..mak bapak berebut untuk dapatkan hak penjagaan anak walaupun anak tu luar nikah.

    Di Malaysia, masih ramai pasangan yg tidak punya anak menunggu2 untuk ambil anak angkat, malah sanggup membeli baby hatta puluhan ribu ringgit demi dapatkan anak. Jenis pasangan begini, pantang orang offer anak untuk dibela, takat 20k tu senang2 derang bayar. Malah mungkin ada yg buat iklan untuk dapatkan anak angkat lagi. Timing x kena rasanya.

    Ini dapat anak, trus suka aniaya derang. Haduyai..apa jenis manusia yg tinggal di Malaysia jadi begini. Memalukan saja hidup terus jadi manusia. Baik jadi babi lagi afdhol.

    BalasPadam
  7. Mungkin mak dia dah mental sangat. Hurm.. :(

    BalasPadam
  8. Jangan salahkan perempuan. Semua kes buang bayi adalah salah lelaki. Mereka lepas tangan tidak bertanggungjawab. Tabur janji manis. Habis madu sepah dibuang. Ingatlah bayi terjadi melalui gabungan sperma dan ovum. Bukan ovum sahaja. Apa yang kita kesalkan sampai bila kerajaan hendak ambil serius jenayah bunuh bayi ini. Jika nak bayar hutang 1MDB boleh laksana GST kenapa kes zina dan bunuh bayi yang makin berleluasa tiada jawatankuasa menangani?

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  9. Sbnrnya..benda ni dah banyak berlaku even sejak dulu..buang2 bayi ni mmg selalu berlaku, cuma skrg zaman internet menyebabkan dunia semakin kecik, satu berita boleh sekejap 1 dunia tau...mungkin zaman dulu kalau berlaku pun just heboh kat kampung 2 je...tp zaman skrg segala kes yg berlaku baru dpt dilaporkan...yg tidak dilaporkan belum cite lagi.

    Paling penting kes2 ni hanya boleh dikurangkan secara drastik dgn mengamalkan cara hidup Islam..kalau xde pegangan agama, hidup berpandukan nafsu n ikut kepala masing2. Papepun mmg kesian kat bayi malang 2, tp sy tau roh bayi malang 2 tetap ke SYurga, si ibu atau bapa yg berkaitan yg perlu bertaubat sebelum terlambat.

    BalasPadam
  10. Astagfirullahalazim.. tak sanggup saya melihat hal keji tersebut

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.