Selasa, 23 Jun 2015

9 Kisah seorang pekerja Islam yang dikambing hitam

Nik Raina Nik Abdul Aziz, seorang pengurus stor telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah 3 tahun dahulu telah didakwa terhadap pertuduhan menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' terjemahan buku yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' karya penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, lebih kurang 8.41 hingga 9.45 malam, 23 Mei 2012 mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Hari ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menarik balik rayuan terhadap pembebasan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz, daripada pertuduhan tersebut selepas 3 tahun beliau didakwa.
"Hari ini genap tiga tahun sebulan prosiding kes ini dan biarlah kes hari ini adalah terakhir dalam hidup saya," kata Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve.

Merujuk kepada penulisan di MyKMU ini, kes ini sebenarnya sangat memberi nama dan imej buruk yang sangat memalukan serta menjatuhkan kredibiliti sebuah badan yang menjaga agama Islam di negara kita.
Sesiapa sahaja yang membaca dan memahami kronologi tahu bahawa Nik Raina hanyalah seorang pengurus di rangkaian kedai buku Borders. Tugas beliau adalah menerima, menguruskan penjualan buku dan penyimpanan. Adakah beliau boleh membuat sebarang keputusan untuk menolak atau menerima sesebuah buku? Jawapannya tentulah tidak.

Apakah Nik Raina perlu membaca semua buku yang dijual di cawangan tersebut dan membuat semakan sebelum dipamerkan? Sesiapa sahaja yang tahu dan faham sistem pengurusan rangkaian kedai buku faham ia bukan tugas Nik Raina. Ia adalah tugas pengurusan syarikat terbabit.

Malahan tindakan Jawi ini juga sangat tidak masuk akal kerana Nik Raina ditangkap sebelum Kerajaan mengharamkan buku tersebut. Bagaimanakah Nik Raina boleh membuat keputusan buku tersebut boleh dijual atau tidak. Dengan kata lain semasa tangkapan dibuat, Nik Raina tidak melanggar sebarang undang-undang negara kecuali melanggar rasional kebodohan penguatkuasa Jawi.

Jadi mengapa Nik Raina didakwa? Jawi harus ke hadapan menjelaskan rasional pendakwaan ini jika ada. Saya tidak fikir ada sebarang rasional dan logik dalam kes ini.

Jika benar ada kesalahan, tindakan undang-undang harus diambil ke atas pemilik Borders bukannya ke atas pengurusan bawahan syarikat terbabit. Apakah kerana syarikat terbabit milik Berjaya Bookstores maka yang menjadi mangsa hanya pekerja bawahan yang mudah dibuli oleh Jawi sahaja?


Malah Pergerakan Pemuda UMNO dahulu turut menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membezakan tahap jawatan serta kuasa yang ada pada pengurus kedai buku, Nik Raina Abdul Aziz dengan Lembaga Pengarah Borders.
Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak berkata, tugas Nik Raina disifatkan hanya menjaga buku yang dijual dan terbatas kepada menjaga bahagian operasi syarikat sahaja.

"Jawi perlu tahu membezakan bidang kuasa Nik Raina sebagai Pengurus Kedai tersebut, tugasnya bukan untuk menjaga buku-buku yang dijual, tetapi sebagai pengurus, bidang kuasanya adalah untuk menjaga operasi.

"Adakah ini berlaku kerana JAWI tahu mendakwa pengurus adalah lebih mudah daripada mendakwa pihak Lembaga Pengarah?," katanya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga pernah diminta menumpukan kepada perkara lain selain meneruskan tindakan terhadap pengurus kedai milik Berjaya Books, Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.
Pengamal undang-undang Syahredzan Johan berkata, banyak lagi perkara lebih penting yang boleh dibuat Jawi daripada meneruskan tindakan ke atas seorang wanita Muslim yang tidak bersalah.

"Cukuplah. Banyak lagi perkara yang lebih penting yang Jawi boleh buat. Apa yang Jawi cuba buktikan sebenarnya?

"Semuanya atas dasar apa? Serbuan Jawi ke kedai buku Borders pada tahun 2012 dibuat sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Irshad Manji. Nik Raina pula hanya didakwa kerana beliau ialah seorang Muslim dan Jawi tidak punya bidang kuasa untuk mendakwa Borders sendiri.

"Nik Raina dijadikan mangsa hanya kerana beliau seorang Muslim yang berkerja dengan Borders," katanya.


Nik Raina di dalam kenyataannya sebelum ini jelas menunjukkan tertekan apabila kes tersebut telah membuat majikannya terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membela dirinya.
Nik Raina turut menegaskan, sekiranya jika perkara ini berterusan dan selepas ini beliau tidak lagi berkerja di Borders, beliau mungkin menghadapi masalah kerana tidak akan mampu untuk membayar kos guaman.

"Saya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan untuk menegur Jawi supaya mempunyai kebijaksanaan dalam tindak-tanduknya.

"Saya bukan penulis buku itu. Saya bukan pemilik kedai buku itu. Jawi juga tahu bahawa saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan jenis dan tajuk buku yang dijual di Borders Bookstore.

"Kesalahan saya hanyalah kerana saya merupakan pengurus stor berbangsa Melayu, beragama Islam yang pada pandangan Jawi boleh dijadikan 'kambing hitam' untuk menunjukkan kekuasaan Jawi.

"Saya meminta supaya kebebasan diri saya dikembalikan. Saya meminta supaya hak-hak saya di bawah Perlembagaan Persekutuan dipelihara," katanya lagi.

Kesian, serius kesian.

Kau bayangkan contohnya kau hanya seorang pekerja Islam di sebuah syarikat  makanan yang bukan milik kau pun tapi milik orang lain bukan Islam, sewaktu semakan oleh pihak berkuasa didapati syarikat kau ada menggunakan bahan terlarang dan tidak dibenarkan, tiba2 kau seorang sahaja yang kena dakwa hanya kerana kau seorang pekerja Islam kat situ sedangkan kau takde kuasa apa2 pun untuk buat sebarang keputusan manakala syarikat yang kau bekerja makan gaji tak dikenakan tindakan apa2.

Serius, ketahian apakah itu?

Tak pasal2 kehidupan kau tunggang langgang, kena keluar duit cari peguam, turun naik mahkamah, dianggap seperti seorang penjenayah, hanya disebabkan kesalahan syarikat tempat kau bekerja atau masalah pihak yang mendakwa kau, sedangkan kau sepatutnya boleh menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain, seperti yang diluahkan oleh Nik Raina:
 “I truly hope to the chief Shariah prosecutor to not pursue their appeal in the Federal Court in August.

“I feel there are more cases with bigger issues and valid concerns to be addressed, so this case does not benefit anyone and it wastes a lot of money.. that’s all I can say.. so I seek the goodwill of the chief (Shariah) prosecutor to not pursue this anymore,” she said in a news conference outside the Federal Territories Shariah Court complex here.

“Every time I have to come, I ask, why must I come for this for all these? I just want a normal life, a normal routine.. go to work come home to my family.. but this distracts it all.. disturbs my life,” she added.

Sebelum ini pun jabatan2 agama kat Malaysia pernah buat serbuan mengarut2 sehingga menimbulkan macam2 kontroversi seperti serbu majlis perkahwinan untuk buru pondan, serbu gereja, serbu majlis pengebumian Cina dan majlis perkahwinan Hindu.

Aku harap penindasan dan perkara2 kontoversi macam ni takkan berulang. Juga Nik Raina bukan sahaja berhak mendapat pengguguran pendakwaan, malah Jawi perlu meminta maaf secara terbuka kepada beliau.

#justice4nikraina




tags: kes kronologi rentetan isu mahkamah dakwaan justice for nik raina keadilan untuk perjuangan 3 tahun jawi borders jual buku irshad manji tangkap tahan dakwa kontroversi rampas menyalahi undang kambing hitam mangsa keadaan

9 ulasan:

  1. Macam mana Jawi/jakim/oic? Ade kuasa mendakwa sampai macam tuh sekali???

    And manager cawangan jek pun...
    Mana akar umbi syarikat bookstore tuh kalau ye pun nak dakwa...

    Macam taik betul lah... Zzz...
    Guilty until proven a heretic

    BalasPadam
  2. inilah jadinya apabila jabatan agama lebih suka menghukum & mencari kesalahan org drpd mendidik...

    BalasPadam
  3. juga kes serbuan jakim pada dr asri yg di katakan tiada tauliah...yg sekarang ni dr asri lantang membela nasib rakyat di bawah pentadbiran yg tidak telus..mna suara jakim dan jawi yg berani mempersoalkan salah laku menteri2 kita

    BalasPadam
  4. setahu aku gaji pengurus cwgn borders ni lebih kurang pengurus cwgn kat kfc je.... bukan mcm pengurus bank gaji cecah 5 angka...

    BalasPadam
  5. salah satu sebab jangan beri kuasa kpd golongan agama. terbukti golongan ini bukan saja bodoh sombong, malah membuli saudara seagama. biarkan mereka dgn tugas menasihati je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. ad deenu an-nasihah. agama itu nasihat. ini yang selalu ugamawan quote. tapi sekarang ugama lebih suka menghukum.

      Padam
  6. jawee ni kalau tak bangang, bodoh. itu jer. ini masalah negara dunia ketiga seperti melayusia bila agama di institusikan. rakyat ramai jadi bodoh.

    BalasPadam
  7. Kesian.. Betui betui kena naya..

    BalasPadam
  8. kesian dia. dakwaan yg xde faedah langsung

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.