
Sambutan Hari
Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada
semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa
dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan
Multimedia yang sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu adalah
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan
kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat
kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka
berada.
...
