Selasa, 2 Jun 2015

27 Ada apa dengan mamat Korea @ K-Pop?

Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista. "What do you like about Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

"Oh, I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

"Really? I don't know that. I don't listen to the young people's music, because I cannot understand them." Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Gambar hiasan sekitar tahun 2013.
Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai 'bitter'.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga' di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat 'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."

"You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya)."

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

"You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don't go home early." --> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.
Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.


Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa..

Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio.

Satu kisah yang bagus dan memberi pengajaran kepada gadis2 K-Poop Melayu. Tulisan ini pernah viral suatu ketika dulu tapi aku baru je baca baru2 ini, so aku muatkan dalam blog ini untuk rujukan aku dan pembaca. Aku pernah tulis beberapa artikel mengenai K-Poop seperti "Peminat K-Pop yang kurang akal dan kurang ajar" dan "Salahkah K-Pop jadi genre muzik paling diminati?" sebelum ini. Tapi bagi aku simple je...

K-Pop itu tahi.




tags: ada apa dengan mamat korea artis k-pop kisah pengajaran cik beah cikbeah cbo studio dakwah blog video kartun k-popper k-poop peluk perempuan awek melayu bertudung

27 ulasan:

  1. KTahi=KPoop hahahaha

    BalasPadam
  2. hai encik noob,

    boleh tak buat entry yang berilmiah , seriously you make me sick with your lame post about amran , korea . benda dah basi , you need something fresh . maybe about sains. about enviroment semasa . about religion sbb da nk dekat ramadan .

    just my 2cent opinion .

    yang benar
    Abang Gelojoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Abam Gelojoh,

      Saya tahu banyak entry lame pasal Amran, pasal Kpop, pasal apa lagi ya, yang abam sick, tapi entry2 lame tu ada juga orang lain yang suka baca. Apa yang kita suka tak semestinya orang lain suka, begitu juga sebaliknya. Saya tak dapat nak puaskan hati semua pihak, dan saya tulis apa yang saya rasa nak tulis.

      Kalau abam tak suka enty lame ni, abam boleh skip je dan cari entry lama2 yang lebih berilmiah pasal sains, isu semasa, keagamaan, motivasi dan sebagainya. Malah kalau abam ada artikel yang berilmiah yang abam nak kongsikan pun sangat dialu2kan. Yalah, tiap2 hari nak fikir dan tulis benda ilmiah susah juga nak cari idea.

      Sekian.

      Padam
    2. walaupun ko menyamar tapi aku masih boleh hidu bau tahi yg kuat tu...hai abang gelojoh...

      Padam
    3. memang bau taik ko bleh bau dari jauh. spesis lalat ke? keh2

      yang benar
      Abang Gelojoh

      Padam
    4. ni salah seekor tahi kpop tetiba menyamar letak nama abang gelojoh kekunun dia laki.

      Padam
    5. budak2 kpop tolong la jgn menyamar jadi abg saya. abg saya x minat kpop k. klau abg saya nampak post ni, mesti dia pun kutuk kpop kaw2.

      yg benar,
      adik abang gelojoh

      Padam
    6. ^ semua babi bodoh

      Padam
    7. kepala bana lah, aku baca komen atas ni cam jilake. ni semua punca En. noob buat entry sampah pasal kpoop la, amran la, ntah apa2. not suit with malay yang sudah ketandusan kemelayuan.
      sekian

      aku just bagi pendapat je.

      fyi sapa menyamar jadi adik aku tuh ? jilake aku xde adik . aku lelaki bhai. aku bukan kpoop

      yang benar
      abang gelojoh

      Padam
  3. aku suka artis korea sbb diorang dah berani buat topless scene..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku jrg tengok cerita korea tp ada satu film yg aku ingati sebab sangat sedih & penuh pengajaran. tajuk film: sex is zero

      Padam
    2. Topless?....kecik je pun nak buat modal, apa barang? Even lelaki korea pun antara mempunyai senjata terkecil, sbb 2 banyak kes penceraian sbb ppuan x puas. Haha!

      Padam
    3. awak ni nakal juga eh ayam afrika...ehehehe...suka la laki cam ni, lebih2 lagi yang barang besar cam afrika... auuummmm!! roarrrrr!! omnomnomnom... ah~ah~ah~oh~uh~ih~haaaaa...

      Padam
  4. hahaha nasib lah gua tak pernah minat k-pup sejak azali. runningman pun gua tak pernah layan :3

    BalasPadam
  5. Banyak benda yang depan2 baik tapi belakang buruk hampeh...
    Tak kira lah media from America, Japan or korea...

    Pandai2 lah kawal diri jangan taksub sampai benda tuh jadi takde flaw terus...

    BalasPadam
  6. Very good info....sgt interesting. Best kalau ada sharing2 exp mcm ni utk next coming entry.

    Utk isu Kpop ni....sy cuma pgg 1 prinsip...biar original tapi x perfect (Limited edition), dari perfect tapi fake.

    Dulu sy ada layan artis mcm Girls Generation and Super Junior, apa sy kagum ialah tariannya yg sangai superb, tapi nyanyi byk miming n x 100% nyanyi suara sendiri bila perform. Tp yg buat sy slowly out with Kpop ialah most of them buat plastic surgery..mati2 ingat awek korea yg comel2 tu 100% ori. Pasal drama korea, asyik2 laki anak org kaya, tinggi, hensem, layan ppuan mcm puteri raja...mana tak nya awek melayu hilang taste kat laki melayu yg biasa2 sedangkan realiti laki korea mcm drama hampir x wujud.

    So..keep it balance between reality and fantasy. fantasy is the one to drive your forward, but reality is to make u understand the people/enviroment which have their pro&con and limitations.

    BalasPadam
  7. hi..i am blogwalking..
    visit my page for more info about insurans, children, vacation, bisness opportunity, engineering, celebrity, recipes, song lyrics and so on..i am newbie blogger :)

    http://qiyasaad.blogspot.com/2015/05/kenapa-pentingnya-perlindungan.html?m=1

    BalasPadam
  8. hi..i am blogwalking..
    visit my page for more info about insurans, children, vacation, bisness opportunity, engineering, celebrity, recipes, song lyrics and so on..i am newbie blogger :)

    http://qiyasaad.blogspot.com/2015/05/kenapa-pentingnya-perlindungan.html?m=1

    BalasPadam
  9. Maka panaslah hati gadis-gadis yang tiap malam bermimpikan mahu menjadikan oppa kpop sebagai imam kehidupan til jannah.

    BalasPadam
  10. Aku pun tak paham la dengan org yg minat kpop ni. Dah tau yg menyanyi tu miming je sebenarnye. Autotune toksah cerita la, lagi berkepul. Muka pulak mmg sah2 100% yg kumpulan kpop tu buat pembedahan plastik. Dengan suara mcm tak baligh lagi..bdn kurus keding, pakai bedak dgn lipstik. Perempuan mat salleh tak la minat kpop ni. Melayu pulak yg lebih. Ni abg nak habaq kat adik2..kalau nak minat laki, pilih yg beragama islam, ada jambang sisip kemas, berpakaian sopan, solat tak tinggal, badan tegap, suara lelaki tu ada..haaa..tu baru la ciri2 lelaki..ni tak, yg dok terkinja2 menari dgn mekap macam maknyah, bulu badan ngn kat muka pun tak blajaq nak tumbuh lagi..hak tu jugak yg dok puja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bagi soalan cepumas kat diaorg...sapa idola mereka..mesti ckp Big Bang....eh, KPoP...eh...salah, Nabi Muhammad saw (dengan muka xleh bla)

      Padam
    2. Haha.jyoung sang, hyu sang..menatang apa ntah la. Insaf2 la.jgn ditaksub dengan org kapir yg sesat lagi menyesatkan org semua tu. Kita org islam..pilih la laki atau pmpn yg menjaga agama.bukan pilih minah atau mamat kpop yg plastik semua tu. Kalau nak kira hensem sebab plastik..hang taruk mamat negro pun boleh jadi hensem mcm putera arab. Dah la, tingalkan la agen2 syaitan yg dok bagi sesat kita tersasar semua tu

      Padam
  11. Girl's Generation.. Fevret aku.. Hehehe..

    Layan kpop pompuan jer.. Hhahahahahaa.....

    BalasPadam
  12. tak salah minat kpop. cuma jangan terlalu taksub.

    some of them ada yang lip sync sebab kalau diorang menyanyi sambil menari, penat lah nanti. contohnya exo, cuba korang menyanyi sambil menari lagu wolf diorang. boleh ke tak? entah entah tak sampai 30 second dah lelah. lagipun dalam masa sebulan, bukannya diorang masuk dua or tiga pertandingan/show, tetapi berbelas-belas.

    yang pasal diorang buat plastic surgery, lantak diorang lah, kesah apa. duit diorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap je lah ko antu kpop. X yah nak bersebab bagai

      Padam
    2. hantu dengan manusia pun tak reti bezakan. kesian.

      Padam
  13. xkan ko baru nak tahu diorg ni plastik hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.