
Ada suatu fenomena yang sekarang ini kita boleh nampak di mana2 iaitu fenomena ketagihan telefon pintar atau smartphone addiction. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di negara2 lain pun. Dalam rumah tengok telefon, depan TV pun tengok telefon, tengah berjalan tengok telefon, tengah memandu tengok telefon, tengah makan tengok telefon, dalam mesyuarat tengok telefon, kat ofis tengok telefon, masa khutbah Jumaat tengok telefon, nak selfie pakai telefon, sebelum tidur tengok telefon, bangun dari tidur pun tengok telefon dulu, senang kata telefon tu dah tak boleh berenggang dari kita.
Asal tengok telefon je kalau tak main mesej kat Whatsapp, Telegram atau Wechat, mesti tengah layan Facebook, Youtube, Instagram ataupun main...