
Kalau kalian nak tahu, aku dilahirkan dengan bakat melukis yang semulajadi... Ya, aku ulang... bakat semulajadi. Macam2 jenis stroke lukisan aku boleh buat, jangan kata lukisan manga jepun, stroke lukisan komik superhero US, kartun melayu majalah Ujang, kartun Disney, Nickelodeon, karikatur, potret, landscape, lukisan kejuruteraan, pelan bangunan, model 3D, lukisan budak tadika, cakap apa sahaja jenis lukisan, asal namanya lukisan aku boleh buat. Dulu aku selalu menggunakan skill melukis aku ketika menunggu bas sekolah untuk mengurat awek. Oleh sebab aku terlalu berbakat, maka aku nak kongsi sikit dengan pembaca2 tutorial atau panduan melukis potret muka ala2 Leonardo Da Vinci gitu dengan hanya 4 langkah yang mudah.
...