Jumaat, 19 Oktober 2012

129 Dilema perawan tua dan lelaki bujang

Di pejabat aku bekerja, banyak eksekutif dan bos2 wanita yang begitu rajin bekerja, hardworking, career woman, berpangkat tinggi dan bergaji besar, di antaranya berumur lebih 30 tahun dan ada yang sudah masuk 50 tahun namun masih belum berkahwin. Aku selalu tertanya2, adakah mereka ini memang tidak mempunyai perasaan pada orang lelaki, tidak mahu berkahwin dan hidup bekeluarga seperti wanita2 lain?


Mengikut berita di sini, terdapat sekitar 2.5 juta rakyat berusia lebih 25 tahun yang mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin dengan 60.4% adalah lelaki dan 39.6% wanita. Kalau tengok kat berita sini pula, ramai yang menjadi bujang terlajak kerana mahu stabilkan ekonomi diri sebelum berkahwin


Kalau tengok kat statistik di bawah ini yang di ambil dari sini, faktor utama tidak berkahwin antara lelaki dan wanita adalah berbeza, di mana ramai orang lelaki memilih untuk tidak atau belum berkahwin disebabkan oleh masalah yang kewangan, manakalah bagi wanita pula, faktor utama mereka adalah tiada calon yang sesuai. 


Berikut pula adalah komen admin informasi.my itu pula mengenai isu ini:
    Punca utama rakyat Malaysia tidak berkahwin:-

    + lelaki = masalah kewangan (tidak boleh dinafikan…)
    + wanita = tiada calon sesuai (bagaimana yg dikatakan sesuai???)

    peratusan lelaki yg blum berkahwin mengatasi peratusan wanita iaitu hampir 55.6% dari jumlah 2.5 juta rakyat dan wanita 44.4 peratus wanita…

    jadi kaum wanita tidak perlulah terlalu risau masih ramai lelaki yang diluar sana masih bujang tak perlulah nak kacau rumah tangga orang… :D

Bagi aku, tak dinafikan memang ramai lelaki yang menjadi bujang tua disebabkan masalah kewangan, yelah kalau nak tanggung diri sendiri pun masih terkapai2, camana nak tanggung anak orang? Lagipun zaman sekarang semua benda perlu duit, kebahagiaan tidak hanya datang semata2 dengan cinta tapi duit dan harta. Sebab tu ada lelaki walau dah tua ganyut tak hensem dan dah ada bini pun masih lagi ada perempuan berkenan nak rampas atau jadi bini no. 2, semuanya sebab duit dan harta. Kalau lelaki tu orang miskin, ada ke yang berkenan?


Bagi wanita pula, faktor utama adalah tiada calon sesuai. So calon macam manakah yang kaum wanita mahu? Adakah nak tunggu orang sekacak Aaron Aziz, badan setough Ben Ashaari, akhlak seperti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, romantik seperti Johan Asa'ri muncul depan mata barulah mahu berkahwin? Tapi kalau orang macam tu betul2 wujud dan muncul depan mata, konfirm kalau belum kahwin, mesti dah ada awek.


Namun itulah dilema yang selalu dihadapi perawan tua, atau anak dara tua a.k.a andartu. Ramai sebenarnya wanita yang boleh dikatakan terlanjut usia yang tidak memilih sangat lelaki yang nak dijadikan suami, tapi masalahnya pilihan mereka adalah terhad. Katakan waktu zaman mereka muda dalam lingkungan usia 20 - 30 tahun, kenapa mereka tidak mahu berkahwin? Antara alasan mereka adalah:
  • Nak bina kerjaya dahulu.
  • Nak sambung belajar dulu ke tahap yang lebih tinggi.
  • Ditinggalkan teman lelaki dan teman lelaki dah kahwin lain dulu, so rasa frust menonggeng dan sukar melupakan cinta lama.
  • Mempunyai wajah yang tidak cantik atau sikap yang kasar, mulut laser takde insurans dan lain2 faktor yang menyebabkan takde lelaki nak approach atau lelaki takut nak berkawan rapat.
So bila umur dah lebih dari 30, mungkin ada yang masa tu baru terbukak hati nak kahwin dan berumahtangga, lebih2 lagi bila tengok kawan2 lama atau kawan2 pejabat dok update gambar kahwin, gambar anak masing2 kat Facebook. Tapi bila usia dah agak dewasa, time ni lah dilema selalu timbul, bila pihak wanita dah ready nak kahwin tapi tiada pula lelaki yang boleh dijadikan calon suami, padahal kalau ikut statistik kat atas, terdapat 60.4% lelaki lanjut usia juga yang belum berkahwin, so pilihan calon sepatutnya banyak melebihi paras permintaan, tapi kenapakah masih tidak berjumpa yang sesuai?

Terdapat banyak situasi yang menyebabkan wanita yang dah lanjut usia terus membujang sampai ke tua walaupun hakikatnya mereka mahu dan dah ready dah kahwin, antaranya:
  • Bagi yang dah lama membujang, kebanyakannya mesti lebih fokus untuk bina kerjaya, at least pada umur 30 tahun dan ke atas tu pangkat mesti dah besar dan gaji mesti dah tinggi;
  • Atau bagi yang fokus dalam pelajaran sampai ke tahap master, PhD, kelulusan mesti dah sangat tinggi sampai ada yang dah dapat title Dr. atau Prof.
  • Pada ketika itu, bila mereka nak cari calon suami, kebanyakan mereka mesti nak calon suami mereka lebih hebat dan tinggi dari mereka, kalau mereka tu dah berpangkat Senior Executive dan bergaji RM4,000, mereka mesti nak suami mereka yang pangkatnya lebih tinggi dari mereka atau sama, mungkin seorang Team Leader atau Department Head, ataupun gajinya lebih dari gaji mereka.
  • Bagi yang dah belajar tinggi2 sampai peringkat master, mereka mesti nak calon suami mereka berkelayakan master juga atau mungkin lebih tinggi. Kalau mereka ada PhD dan ada title Dr., mesti mereka nak calon suami mereka yang ada juga PhD dan title Dr. juga.
  • Bila seorang wanita dah berpangkat tinggi, bergaji besar dan berpendidikan tinggi, mahukah mereka bersuamikan orang yang berpangkat lebih rendah, bergaji lebih kecil, berpendidikan lebih rendah dan orang yang lebih muda daripada mereka? Adakah ego mereka membenarkan diri mereka untuk taat dan patuh kepada seorang lelaki yang tahapnya lebih rendah daripada mereka? 
  • Sebab tu mereka menunggu lelaki yang tahapnya lebih tinggi dan umurnya lebih tua daripada mereka muncul dalam kehidupan mereka yang boleh dijadikan suami. Namun persoalannya, wujud ke calon2 suami yang seperti mereka mahukan itu?
  • Ya, memang wujud lelaki yang pangkatnya lebih tinggi, gajinya lebih besar, pendidikannya lebih tinggi, umurnya lebih tua, tapi mereka ini kebanyakannya samada sudah menjadi suami orang dan terdapat juga lelaki bujang.
  • Namun persoalannya di sini, adakah lelaki yang masih bujang ini mahu berkahwin dengan wanita yang dah lanjut umur? Mereka ada pangkat, mereka ada harta, mereka ada title, so bagi mereka buat apa mereka nak kahwin dengan wanita yang dah berumur dikala mereka boleh dengan mudah memikat hati2 anak dara yang jauh lebih muda dan masih bergetah?
  • So no choice, mungkin boleh kahwin dengan suami orang jadi bini no.2 kepada lelaki yang mahu berpoligami, ya lah antara tujuan poligami juga adalah untuk membela perawan2 tua. Tapi cuba cakap dengan aku, ada ke orang lelaki zaman sekarang yang kahwin lagi di mana bini no. 2, 3 atau 4 nya seorang anak dara tua? Ada ke bini no. 2 mereka seorang wanita yang lebih tua dari bini no. 1? Susah nak jumpa bukan? Suami orang yang dah tua2 kebanyakannya pun orang2 kaya dan selera mereka anak dara muda juga.

Sebab tu perempuan bujang yang berusia dikatakan sukar untuk mencari calon jodoh yang sesuai. Bukan sebab mereka tak mahu kahwin, tapi yalah, dalam situasi dan persekitaran zaman sekarang yang penuh dengan onak duri dan pancaroba, tiada calon yang sesuai... So untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang yang single, mereka sibukkan diri dengan bekerja, buat apa2 aktiviti yang boleh menghilangkan rasa sunyi dan lain2. Sebab tu juga aku tengok ramai wanita yang tidak berkahwin begitu berjaya dalam kerjaya, jadi team lead, manager, CEO syarikat, ketua jabatan kerajaan, gaji ribu2, malah ada yang title besar2 seperti Professor Dr., Ir. dan sebagainya.

So macam mana sebenarnya nak kurangkan golongan perawan tua? Hanya ada beberapa cara, antaranya:
  • Jangan kata nak fokus kerjaya dulu ke, nak sambung belajar dulu ke apa, kahwin je awal. Zaman sekarang ni memang dari usia 20 - 25 tahun dah kena fikir samada nak kahwin awal atau fokus benda lain, terutama lepas je graduate dari kolej/universiti. Kalau fikir nak berkahwin awal, so ada benda lain yang perlu dikorban atau diextendkan. Tapi kalau nak juga fokus pada kerjaya atau pendidikan dulu, maka anda mungkin perlu bersedia untuk korbankan kehidupan berumahtangga.
  • Kalau anda seorang perawan tua dan mahu juga berkahwin, anda mungkin kena korbankan ego anda dengan berkahwin dengan lelaki yang tahapnya yang lebih rendah daripada anda, seorang lelaki yang mungkin pangkatnya lebih rendah dari anda, gajinya lebih kecil dari anda, pendidikannya lebih rendah dari anda dan umurnya mungkin lebih muda dari anda, dan anda harus bersedia untuk taat dan patuh kepada suami anda itu walau tahap anda itu jauh lebih tinggi daripadanya.

Ada satu request dari seorang pembaca mohon aku upkan balik entry Perempuan... jangan friendzone kami disebabkan masalah yang dihadapinya.


Mohon yang belum baca pergi ke entry tu dan kalau nak komen boleh bagi komen kat sini. Ini juga boleh dikatakan antara punca kenapa ramai pula lelaki membujang sampai ke tua disebabkan telah lama sangat dalam zon kawan atau friendzone, cuma fenomena ni lebih banyak berlaku di barat berbanding negara kita.

Sebenarnya banyak je golongan bujang atau perawan tua yang masih mencari jodoh dan tak kisah untuk berkahwin dengan golongan yang senasib dengan mereka which mean bujang tua dengan perawan tua dan sebaliknya, cuma mereka tidak kenal atau berjumpa lagi dengan orang yang ada keperluan dan kemahuan yang sama dengan mereka. Tapi aku solusi untuk mereka, dengan teknologi yang ada sekarang sebenarnya benda ni dah tak jadi masalah lagi melalui laman web mencari jodoh secara online seperti di www.myjodoh.net atau seumpama, boleh baca lagi mengenainya di entry Cinta itu sangat mahal harganya.


Sila rujuk formula dan flow chart ini sebagai panduan:
  • (Lelaki suka dan nak kahwin + Perempuan hanya mahu berkawan) -> Friendzone
  • (Perempuan suka dan nak kahwin + Lelaki hanya mahu berkawan) -> Friendzone
  • Sepasang kekasih (Lelaki + Perempuan) -> Kahwin
  • Lelaki tiada pasangan tapi nak kahwin / Perempuan tiada pasangan tapi nak kahwin = 2 insan yang mempunyai matlamat dan keperluan yang sama -> Bertemu dan berkenalan di laman web cari jodoh -> Ambil sedikit masa untuk kenal hati budi masing2 -> Kalau OK, kahwin je terus... setel tak payah pening2 kepala.




tags: dilema masalah kerisauan golongan lelaki bujang perempuan wanita perawan anak dara tua andartu belum kahwin faktor statistik malaysia sebab penyelesaian solusi friendzone zon kawan cari jodoh secara online laman web myjodoh lady boss ketua leader manager pengurus jabatan seksyen unit cerewet bossy suka mengarah tidak hormat orang bawahan staff hidup sunyi muda tiada anak keturunan keluarga suami isteri rumahtangga masalah kewangan kuat bekerja career man woman filem bujang terlajak review nabil johan saiful apek nur fazura download

129 ulasan:

  1. kebetulan baru lukis komik pasal modal nak ber awek teheee http://bitchycomic.blogspot.com/2012/10/modal-nak-ber-awek.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. samada awak atau saya yg ada kuasa psikik hehehe

      Padam
    2. mungkin vibe gelombang nk wat topic ni sgt kuat .

      Padam
    3. ini adalah kes-kes yg noob senaraikan dalam perenggan terakhirnya hehe :P. so ko pilih ko kes yg mana noob hahah!

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. im thinking the same thing but imma womannnn .pelikkah ?i hope im normal

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kat real world asyik bad luck, how bout try inside the cyber world, cuba kat website macam myjodoh tu, mana tahu ada luck kat situ, mana tahukan, sbb perempuan yg register kat situ pun dah mmg ada matlamat yg sama, nak cari jodoh dan kahwin, so kebarangkalian nak main2 cinta monyet atau kena frenzone kurang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. nob. aku sokong entry ko. mmg tiada calon yg sesuai. sedar2, aku dah masuk 30 thn ni. aku dah try myjodoh. byk yg dah kahwin sj nk test marketje kt situ. kdg2 xrisau. tp bila kwn2 stat tanya, br teringat usia dah lanjut..

      Padam
    4. Mecha..T.T! Sadis sungguh cerita ko.

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. Ok la tuh.. at least no commitment walau berfoya2.Orang camtu tak payah la ko layan baik sgt. Buang tenaga,duit dan masa jer.

      Oh ye,kalau rajin, tengok entry aku title 'hidup seliat kartun (18SG). Content satisfaction guaranteed.






      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada pilihan antara gadis melayu dgn gadis negara asing, utamakan gadis melayu dulu. kalau boleh jgn la kawin dgn warga asing terutama indon, byk kes buruk dah, kat sini pun aku ada beberapa entry pasal kawin org indon nih

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. Walaupun ramai yang tak kahwin sampai ke tua, kadar kelahiran bayi masih banyak. Cuma yang sedihnya banyak juga yang lahir di tong sampah. Itu lain pulak cerita dia. Heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. yg aku jupe akak2 yg taknak kawen tu ramai sbb penah heartbroken to the point diorg da tawar hati, so diorg distract diri sendiri dengan mende lain eg career, study, etc. and maybe bila diorg rasa masa da aak kritikal tu, point2 yg ko cakap tu happen.

    tapi ramai gak yg aku jumpa, (and berlaku kat diri sendiri), after lama bersedih or susah2, bila dah ada tu, rasa mudah sangat.

    pasal cari yg sesuai, itu penting. cari la yg sesuai ngan jiwa. jangan paksa diri,nanti penat. Tapi ada gak yg memula x seswai lama2 after usaha, oke je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jodoh...bg aku simple jer bnda ni, kalo ada tu ada, kalo x dak tu x dak...easy peasy, tak serabut langsung ^^

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. oh, so that explains why ramai homo gays kat dunia ni, dia perlu cari port utk 'lepaskan' juga kalo tak jumpa pompuan yg nak...ok got it ^^

      Padam
    4. saya stuju mecha, sebab tu juga kenapa Adam diciptakan dulu barulh Hawa, Adam diberikan nafsu2 dan perlu nafsu itu dizahirkan.

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. aiyoo mocha...i sarcasm saja maa...u ingat i siyes ker?? hadehh..

      Padam
  7. How about terlanjur dgn kekasih lama menjadi penghalang wanita untuk berkahwin? Mohon komen? Adakah ini faktor utama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jadi. ada ke lelaki yg nak terima perempuan yg pernah t'lanjur.

      kalau sy lelaki pon, saya taknak.

      Padam
    2. yang ni aku dah jawab kat entry http://buasirotak.blogspot.com/2012/10/rampas-suamiisteri-orang-tanpa-rasa.html. ya mungkin salah satu faktor adalah kerana wanita tu pernah terlanjur dan kemudian ditinggalkan, so takut nak berkahwin kerana takut suami tahu kisah silamnya.

      mmg ramai lelaki yg kalau boleh nak pompuan yg masih suci muci, tak pernah terlanjur, masih ada dara. ramai lelaki yang menjadikan dara seorang perempuan sebagai kriteria untuk berkahwin. cuma bagi aku aku perempuan ada dara atau tak itu tak boleh dijadikan suatu kewajipan atau syarat untuk dijadikan isteri. mungkin dia takde dara kerana faktor selain seks, atau mungkin hilang dara disebabkan perbuatan onani, atau mungkin dia pernah terlanjur dan telah pun bertaubat atas perbuatannya dahulu tetapi kini dah berubah menjadi perempuan yang lebih baik dari kebanyakan perempuan yang ada dara, kita tak tahu.

      beza ada dara atau tak hanyalah waktu malam pertama masa ko main keluar darah, that's it. lepas tu ko main cam biasa, so penting sangatkah pengalaman tengok darah dara tu? tak perlu dijadikan satu isu yang sangat besar, past is past, yang penting pandang ke hadapan dan suami isteri sama2 berusaha untuk menjalani kehidupan berumahtangga untuk menuju kebahagiaan bersama2 till jannah.

      tapi at least kena pastikan juga dia tiada penyakit2 seperti HIV (bukan mahu diskriminasi pesakit HIV, tapi untuk menjaga keturunan dan masa depan anak2 juga).

      Padam
    3. dia terlanjur tu dosa lama dia. kalau dia dah bertaubat, dosa tu diampunkan Allah, kiranya dia dah tak ada dosa. Kalau Allah boleh ampunkan hambaNya & terima taubatNya, apa layakke kita nak judge orang yang pernah berdosa?

      Padam
  8. Balasan
    1. tepat skali cik pipi merah, selain padat dan ringkas ^^

      kalo buat baik kat dunia ni smbil tahan diri dari godaan syaitan dan redho dgn segala ujian yg Allah bg, nnt masuk syurga...kat syurga nnt dijamin semua mukmin akan jumpa pasangan masing2 dan kekal bahagia..itu janji Allah Taala, pasti ditepati..kalo tak jumpa kat dunia, kat syurga nnt jumpa juga ^^

      Padam
    2. Aiyoo awek dua org ni pukul 3 pagi x tido..korng buat ape hah?

      Padam
    3. cuti ka ari ni?

      Padam
    4. ada sikit paperwork kena setel so aku buat kerja smpai pagi buta, dah tepu aku berbuasir otak plak kat sini tengok mindset lelaki terkini...got prob? trololol ^^

      Padam
    5. ya, jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki di tangan tuhan.

      2 jenis takdir yang kita tak perlu berusaha, benda tu kalau dah mmg takdir mmg ia akan berlaku, 1 saat pun tak lebih dan tak kurang. ianya adalah kelahiran dan kematian. tak kira la duduk dalam rumah ke, atas jalan ke, punya berhati2 kita duduk dalam bilik sorang2 ke, bila tiba masa ia pasti akan berlaku.

      namun bagi jodoh dan rezeki, memang ianya telah ditentukan ketentuannya, namun kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. andai kata kita malas berusaha, bagaimana kita boleh memperolehi rezeki, tapi kalau kita ni anak raja, sudah pasti tanpa usaha pun kita sudah boleh rezaki yang melimpah ruah, tapi menjadi anak raja juga adalah takdir yang telah ditentukan.

      Padam
    6. pendek kata noob, masing2 Allah dah tetapkan ada cabaran dan dugaan masing2 yg unik dlm hidup...tak semua cabaran org sama, anak raja cabaran cara anak raja, org biasa cabarannya cara org biasa..rahsia Allah la senang ceta ^^

      Padam
    7. assalammualaikum.

      semuanya berbalik pada allah.

      "Ujian adalah cubitan kasih sayang dari Allah"


      kalau mak kita cubit kita, kalau sakit kita nangis, tapi tak de lah kita nak cubit mak kita balik. lepas tu mak kita tetap bagi makan minum pakai kita, kan..?

      dan kita tahu..mak kita sayang kita.

      Bila Allah bagi ujian, kita merintih,menangis,bersedih,
      tapi bukannya kita nak marah Allah, tak redha dengan apa yang Dia bagi.
      cuma kita nak borak-borak dengan Allah.nak mengadu...
      then,Allah tetap bagi nikmat yang berterusan kat kita,mana ada Allah sekat oksigen untuk kita, even salah kita dengan Allah dah menggunung tinggi,kan..?

      barulah terasa, Subhanallah, nikmatnya ujian :')
      disebalik kepahitan,ada manisnya.

      jom!Jadi orang bersyukur,dengan sikit atau banyak,dengan sakit atau sihat,dengan nikmat atau ujian,
      sebab disebalik semua tu, ada terselit hikmah yang kita sendiri kadang-kadang tak nampak.

      berimanlah,Allah tak jadikan sesuatu, untuk sia-sia. (23:115-116)

      Alhamdulillah,Lailahaillallah,Allahuakbar .

      encik anon.

      baru bangun.rasa takde masalah kan. okbai.

      plain83

      moga allah redha. ^_^ salam perkenalan.

      Padam
  9. jodoh tu rahsia Allah, kalau Allah menghendakinya maka jadilah ia..
    Kalau besungguh nak suami atau isteri, dan banyak doa serta usaha Insya Allah dipermudahkan
    saya setuju banyak dengan point kau Noob, aku ramai kawan yang belum kahwin baik laki atau perempuan dan masing2 ada reason sendiri.
    Aku ada jugak sorang member yang kenal dengan laki dia thru myjodoh ni.Alhamdulillah anak dah 2

    BalasPadam
  10. lagi satu nob. aku pun xnakla main sambar/grab je lelaki yg dtg sbb taknak menyesal dikemudian hari.. esok2 sorg2 juga tanggung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoh tu lg satu hal..gila serabut kalo cmtu...

      noob, ko tak nak masukkan statistik penceraian kat Malaysia yg terkini skali ke dlm entry ni? XD

      Padam
    2. statistik penceraian dan cerita pasal kes cerai dah tulis dulu kat entry Gila banyak pasangan bercerai dan juga Alasan yang dangkal untuk bercerai.

      Padam
  11. sy setuju dgn entry ni KOT.tp sy dh kawen na?umur 25 dh kawen.sama umuq.pas studi,keja trus kawen,orang tua rekemen kan.ok,cukup pasai sy.kt ofis sy mmg ada yg dah 3 series umoqnya tp still tak kawen..nak kata tak lawa,mmg lawa.taktau la yg lain sbb apa still tak kawen tp sy ada sorg kwn yg masih tak kawen,dh berkawan ngn ramai lelaki,tapi tak leh tahan jugak.penah bertunang sekali tp putus jugak.tp kak tu still tak putus asa.tetap percaya pada cinta.ttp mencari bakal suami..tp tu la...dia bukanlah jenis nk lelaki hebat ka apa ka...tp dia kata,rasanya mmg jodoh tak lekat kat dia.hmm..cmna tu??-byk pulak ckp pg2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm saya. Saya tak putus asa.. walaupun sudah gagal dengan maha hebatnya. Haha..

      Padam
    2. Cuba cari org IT..senang nak control..nerd

      Padam
    3. lwn inouie : takpa..nanti ada la tu.ehehhe..yg penting usaha.leh ka ckp cmtu?hehehe..

      Padam
    4. pekeja gomen curi tulang dipagi hari telah dikesan...

      Padam
    5. sori ai cuti tanpa gaji sekarang ok??

      Padam
    6. ooo cuti tanpa gaji...ok anda dimaafkan...

      tp kalau anda ckp anda sdg cuti bergaji full 3 bulan kerana melahirkan anak yg ke-4 dlm kelahiran yg berturut-turut, disamping melambakkan segala tugasan kau kat rakan2 sekerja kau yg lain tanpa rasa bersalah sikit pon, mmg kau akan ku bahan cukup2...jenis mcm tu baik benti keje dan beranak jer ramai2 kat rumah...

      Padam
    7. nohhai!...xknla kot..hahahha...pnh guna cuti 3 bulan tu sekali ja na? ada can lagi 2 kali lg.

      Padam
    8. btw comelnya anak, nak hugs! eii geram nengok.

      Padam
    9. hmmm..lepas guna chance yg lg 2 kali tu, ingat2 jgk lah kat member2 sekerja yg dah bertungkus-lumus buatkan kerja awk tanpa dpt gaji lebih pon tu..belanja la dorang makan ke ape ke tanda penghargaan sbb telah dipaksa-rela amik workload awk, disamping showing off pictures ank2 awk tu dan juga barang2 baru yg awk beli mahal2 guna dwet gaji free yg awk dpt masa cuti berbulan2 tu yer...

      Padam
    10. ni mesti zack yg komen jadi anon...anti betul dgn orang gomen cam haroommm

      Padam
    11. saye keja gomen gak..actually ada betul juge apa yg anon 'sakit ati' tu kata..ni berdasarkan pemerhatian saye sendiri lah, jangan marah ye :)

      - anon berkecuali

      Padam
    12. terlalu byk tanpa nama susah lak sy nk address tanpa nama yg komen pasai cuti ni.perkata pertama,org tanggung tugas akan dapat daji lebih utk tugas yg ditanggung.perkara ke2,sy bgtau mmg sy tak belanja atau buat apa2 pun dkt org yg tanggung tugas sy kecuali ucap terima kasih ja. masuk ofis,sy dilambakkan dgn kerja2 sy yg 3 bulan lepas tak dibuat.bila ditanya knp tertangguh,dia tak sempat nk buat.sy tau perkara ni masa cuti lg sbb sy berhubung dgn bos,memaklumkan kat sy yg ada kerja2 yg tak sempat dia nk bt sbb byk kej alain dia nk buat.akhirnya,masa cuti tu,sy jugakla yg siapkan kerja2 yg bos sy perlukan secepat mungkin.perkata ke3 dan ke4,sy rasa,xdak masalah sy nk tunjuk gambar2 anak sy ke apa ka kt intnt ni memandangkan laptop dan intnt ni dibayar oleh sy la sendiri..tidakla dibiayai oleh sesiapa punn.secara jujurnya,sy nk ckp kt awk,jgn suka menilai orang dgn pemerhatian rambang awak...beli brg2 mahal guna duit free yg awk dapat masa cuti berbulan2 tu yer???apa jenis ayat la tu...adakah aawk cuba nak cakap..gaji yg sy dapat masa sy cuti tu,sy kena guna suma utk belanja org yg tanggung tugas sy???takleh beli benda len???ka..sy kena bg balik duit tu kat majikan sy???takpala...sy rasa tak guna jugak terangkan lebih panjang dgn org mcm awk yg tak kenai sapa pun sy pastu sesedap jari jemari awk ja menaip ayat yg tahapahapa tu..

      Padam
  12. ok.. kat tempat keje aku, ada 1 lelaki dan 2 perempuan yg dah 3series yg x kawen2 lg.. aku sorg je yg baru 20++ yg dah kawen.. dan mereka telah berpakat utk tukarkan tempat aku dgn sorg lg pmpn 3series.. haha.. jadilah group2 3series sedunia!

    p/s: bila x kawen org dok tanya "bila nak kawen??"
    bila dah kawen, sebok plk dok tanya "Bila nak ada anaknya?? Bila nak ber3"
    aduhai.. letih T_T belom ada rezeki.. mcm mane kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...it never ends bebeh ^^

      Padam
    2. tau x pe.. bila dah ada anak sorg, pastu akan adalah soklan bila along nak dapat adek ni? bila nak dapat menantu ni? bila nak dapat cucu ni? bla bla bla yg memenatkan.

      semoga anda jumpe jodoh anda ye (^_^)

      Padam
    3. InsyaAllah...itu rahsia Allah, ahaks~ ;p

      Padam
    4. jujurnya, aku x baca habis pun entri nih.aku baca separuh je.. panjang sgt kot entrinya.. hahaha..jgn terisa hati ye putera tapak sulaiman :p

      actually, what is noob stand for?

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. tak baik la dik mocha ni..dia tanya apa makna 'noob' tu..iaitu "what does the word noob stand for?"...ye dak pisces? noob any comments? ^^

      Padam
    7. plain83 betul! noob tu pe maksud? yg aku tau "dungu" or "tak berapa bijak" or seumpama dgnnya.. huhu

      Padam
    8. Noob merupakan kata pasar yang berasal dari perkataan newbie yang bermaksud orang baru atau pendatang baru dalam suatu bidang, macam saya, saya merupakan seorang pendatang baru dalam dunia blogging, sebab tu menggunakan nama Noob. Jika dirujuk di Wikipedia:

      Newbie, newb, n00b or noob is a slang term for a novice or newcomer, or somebody inexperienced in any profession or activity. Contemporary use can particularly refer to a beginner or new user of computers, often concerning Internet activity, such as online gaming or Linux use. It can have derogatory connotations, but is also often used for descriptive purposes only, without a value judgment.

      Istilah Noob biasanya digunakan dalam online gaming, di mana bila dalam suatu match tu yang semua pemain dalam tu adalah experience player, tetiba muncul seorang pemain yang memang baru dalam game tu, so dalam match tu biasanya orang baru tu akan tanya macam2 dan selalu menjadi mangsa oleh pihak lawan yang lebih berpengalaman, menyebabkan pemain2 berpengalaman lain yang satu kumpulan dengannya merasa jengkel dengan orang2 yang baru ni lantas memberi mesej "Why u so Noob? Get lost!".

      Padam
  13. Klakar la Mr PON dekat bahagian komen blog ni~ahaks
    http://shafinazm.blogspot.com/2012/07/shafinazs-day-out.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ye kelakar... so apa masalahnya? kat semua blog pun aku komen mcm tu. nothing to hide, mmg tujuan aku nak promote blog, so what?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. sedey PON kena halau. kui kui kui xD

      Padam
    4. PON boley cita aaa kat sini... sampai blogserius, habis kena kutuk dengan Anon... pastu buat2 baik depan Hanis Baharom kan? ee..eee...eee bongoknye

      Padam
    5. ada aku peduli ke kena kutuk? dan apa masalahnya aku defend orang2 lain yg kena kutuk dan aniaya oleh anon2 yg tak bermoral tu? cakap org lain bongok tapi sebenarnya reflect pada diri sendiri... pathetic

      Padam
    6. anon2 adalah manusia babi
      penakut

      Padam
    7. oink oink~

      sai juga anon..tp anon half breed, atau half-ass anon...

      bunyi dia pulak oik oikkk...

      Padam
  14. kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak
    39.6% andartu nampak, 60.4% bujang terlajak tak nampak pula...

    kahwin bukan matlamat utama kita hidup. ye naluri manusia nak mengawan mcm haiwan yg mempunyai naluri utk membiak. tp beza kita dgn haiwan, kita ada akal utk mengawal naluri mengawan. bila seseorang menetapkan matlamat hidup dia kahwin dan beranak pinak, jadi haru birulah bila x jumpa pasangan/ pasangan buat hal/ masalah rumahtangga etc.

    memang dunia sekarang pentingkan material. kalau xde duit, macam mana nak hidup di kalangan manusia? adakah dgn mengorbankan segala utk perkahwinan dan rumahtangga berbaloi? mungkin... bila tgk anak membesar depan mata. tp lepas mereka dewasa, kahwin dan ada anak sendiri, apa yg tinggal? bila dah tua, sakit dan x berduit, siapa yg boleh jamin anak2 dan pasangan akan menjaga kita dgn baik sampai mati? ini sesuatu yg perlu difikirkan bg mereka yg bujang mahupun dah kahwin.

    saya yakin, ramai perempuan x begitu memilih dlm mencari pasangan esp yg dah berusia. malah ada yg sanggup bersuamikan org yg pangkat rendah ataupun berpendidikan sekolah sj. tapi, bila lelaki membuat isteri mcm cash cow, nak kata apa? encik Noob boleh baca luahan hati para isteri majalah, suratkhabar, internet jika x percaya dgn kewujudan golongan lelaki dayus tersebut.

    maksud 'pasangan yg sesuai' tu x semestinya setaraf gaji/ pendidikan/ kerja dgn perempuan tsbt. byk perkara lain spt karakter, sikap dll. sbg contoh, encik Noob mahukan isteri yg duduk rumah dan jaga anak saja; pemikiran tradisional ramai (kalau x majoriti) lelaki. tp (saya kira) x ramai perempuan sekarang yg berfikir sedemikian. mereka mahu berkerjaya, menyumbang kpd keluarga dan masyarakat wpun dah kahwin. bila hajat ini tidak mampu dipenuhi oleh bakal suami, maka x hairan wanita lebih senang membujang. tidak berbaloi menyusahkan diri dgn konflik rumahtangga semata2 nak memenuhi kehendak naluri, mak bapak dan masyarakat.

    saya x nampak kenapa andartu mesti kahwin wpun berpoligami jika itu bukan pilihan individu. Adakah perempuan ini begitu lemah sampai x boleh nak hidup sendiri? jika kahwin sebab nak perlindungan (nak jaga keselamatan, sakit pening), adakah suami tersebut mampu melindungi isteri 24jam? unless suami seorang doktor, suami x dpt nak rawat sakit pening isteri. sedangkan suami ada berdekatan pun isteri boleh diculik/ dirompak, mcm mana nak melindungi? perempuan lemah fizikal berbanding lelaki, tp itu x bermakna mereka lemah akal.

    nasihat saya pada andartu, jgn kahwin sebab pengaruh orang lain. anda bukanlah selemah/ sebodoh yg dikhabarkan. hidup ini sudah cukup susah tanpa menambah masalah yg sepatutnya boleh dielak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. nak komen lelebih kang butthurt pulak si mocha ni...tak smua manusia Allah jadikan sama, sesetengah manusia Allah tak beri 'fitrah' tu pon (juga merupakan satu ujian yg unik, kamu kena terima akan possibility itu walopon ianya mungkin tak tercapai akal kamu)..kamu tak boleh nak generalize semuanya berdasarkan pemerhatian kamu semata-mata, kes-kes terpencil yg unik ada saja berlaku..semua itu hak Allah Taala, ilmu manusia cuma terhad sekadar setitis air dari lautan yg luas ^^

      Padam
    3. mohon jgn delete komen saya ni tuan blog yg budiman ^^

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. @plain82: kenapa mohon jgn delete komen? sblm ni pernah kena delete ke?

      Padam
    6. mcm ada yg hilang jer? atau ianya ilusi optik smata2? noob saya 29 lah, taon dpn baru 30..aperlah XD

      Padam
    7. hmmm masuk spam box, aku dah release... pelik tul.

      Padam
    8. oh? samelah kite mocha, life i pon banyak terlibat dgn seminars, conferences and open debates..bab kes2 terpencil yg i sebut tu pon i quote dari seorang agamawan a few years ago, forgot where i read it, maybe berlainan mazhab/tafsiran kot dgn your agamawan? ^^

      Padam
    9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    10. owh adalahhh...tak smestinya keje kat ipt jer boleh present hasil kajian kat seminars ^^

      dik mocha tgh study masters lg kan? akak dah abis years ago..berusahalah tamatkan msters itu dgn gigih ya, focus. InsyaAllah jumpa la jodoh u nnt ^^

      Padam
    11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    12. rileks la dik, kena reject is not the end of the world..ada la yg lebih baik menanti anda di sana...when the time comes you will meet her, think +ve ^^

      Padam
    13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    14. setuju dengan mecha_praline. fitrah manusia mahu hidup berkasih sayang.. bila berkasih sayang antara lelaki dan perempuan.. perlulah hubungan itu halal di sisi agama. mana boleh couple je sampai tua aje kan.. lagipun.. org yang berkahwin pahala ibadatnya lebih dari orang yang bujang...

      Padam
    15. kahwin itu memang fitrah, namun ianya tak sama seperti makan dan minum. jika tak makan atau minum, kita akan mati. tp kalau tak kawin kita takkan mati.

      apapun sila hayati Quran ayat 24:33 terjemahan Yusuf Ali:
      Let those who find not the wherewithal for marriage keep themselves chaste, until Allah gives them means out of His grace...

      kesimpulannya, jika tiada kemampuan hendak berkahwin (x kiralah sebab apapun) hendaklah seseorang itu menjaga maruahnya sehingga Allah memberi jalan penyelesaian dgn rahmatNya.

      Padam
    16. <---Termasuk dalam golongan andartu yang takut nak kawin or even being in relationship. Hahaha. Friends call me sadist but i just cannot :P

      Yes as Annakholat Atastokhdevishizar has said, i wont get married because of other's influences. i aint that weak, I can take care of myself. Currently thinking of adopting a child :DDD

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Ini pertama kali menjejak kaki di blog Buasir Otak ni. Jadi saya malas nak komen apa-apa berkaitan post semperna first visit ini..



    Saya datang dan menulis daripada web untuk dapatkan Facebook like secara percuma

    BalasPadam
  17. haiya entry kahwin lagi kaa......

    BalasPadam
    Balasan
    1. lolz, pikir2 balik, betul jg cakap beruk apakejadah namanye aku dah lupa yang PON ni perlu cepat2 cari isteri. :P

      Padam
    2. beruk the hell is dat you??? LoL...

      Padam
  18. Wow best jugak entri ko ye..truih aku follow bak hang!

    BalasPadam
  19. Aku check..ada lg Tanpa Nama...noob tak off pun. Entry kali ni mcm kureng sikit tanpa nama komen. Lepak blok Jedi Knight ka...

    BalasPadam
  20. alaaa..biasala tu bro..pompuan muda sekarang banyak yang memilih rupa daripada pangkat..harap muka macam monyet ada hati nak yang advance..ceh! bila umur dah meningkat baru terhegeh2 dengan muka monyetnya..dahlaa hitam,hodoh pulak tuh! masa tu dah terlambat..aku hanya mampu tersenyum melihat pompuan2 yang berwajah monyet ini menjadi andartu monyet tua yang bodoh..hehehe..

    -Mr.Fapson

    BalasPadam
    Balasan
    1. syoh syoh gi melancap kat bucu bilik sana diam-diam...

      Padam
    2. kamu tu dengki
      sebab muka dah la tak hensem

      DUIT TAKDE
      TAPI KOTE NAK CUCUK
      then bising3 ckp cmtu
      bodoh
      lelaki kerja kilang la ni

      Padam
  21. bos aku antara pompuan dlm golongan ni. masa ok baikla. time gila dia dtg mcm haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia penah bagu gangguan seksual kat ko ke?

      Padam
  22. mohon POB terbitkan artikel mengenai ANON yang bersifat over menyerang blog orang lain

    #prayforhanisbaharom


    hehehehehehehehe

    BalasPadam
  23. Apa kata jadikan salah satu sebab prempn tak kawin sbb takde 'calon tak sesuai' adalah kerana sebab lelaki ada masalah kewangan.

    so lelaki, nak kawin, keje la rajin2 supaya cepat naik pangkat dan gaji tinggi, baru la pmpuan nak.

    tp kang kena hentam balik plak 'pmpuan dah tu apsal letak hantaran tinggi atau nak bende2 mahal2 atau mengarut sngat, mmg la membebankan lelaki'.

    hmm..
    lelaki oh lelaki.
    perempuan oh perempuan.


    Website Cari Jodoh? Haa sini pn boleh juge.
    sape2 yg single kt sini? sile balas. ANON tidak akan dilayan. Lagi baik kalo ade blog.

    -ANON

    BalasPadam
  24. Banyaknye komen. Tak larat nak baca satu-satu. hehehe..

    BalasPadam
  25. Sejak tengok penyanyi Ella kahwin, aku berasa
    yakin! Nampak disitu Allah telah aturkan hidup setiap makhlukNya. Cuma kita berusaha, berdoa, tawakal, dan lakukan apa yang disuruh olehNya

    BalasPadam
  26. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do'a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

    ok peace!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangun semua....Selamat pagi Ustazahhhhhh..

      Padam
  27. macam mana dgn dilema, seorang gadis yg nak kawen awal, tp family x bg kawen dlu, suruh bina kerjaya dlu?

    BalasPadam
  28. Maaf... sy merasakan penulis mempunyai pengetahuan yg cetek. bias. jika mengapa sbb seseorang itu tidak berkahwin bknlah sbb sbb di atas. jika berani, bertanyalah pada Pencipta mereka. Fullstop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf ya puan, pengetahuan saya memang cetek. saya cuma membincangkan apakah faktor2 utama untuk tidak berkahwin lagi seperti yang dinyatakan di dalam statistik ini tanpa membelakangkan qada dan qadar, kerana saya percaya semua yang berlaku dalam dunia ini bukan sahaja jodoh, malah kematian, rezeki, pendidikan, wang ringgit, kebahagiaan, kesengsaraan, semua telah ditentukan oleh Pencipta, namun ia tidak menghalang kita untuk membincangkan suatu permasalahan untuk kita berusaha ke arah yang lebih baik. maaf sekali lagi jika artikel ini mengguris hati atau membuatkan puan tidak selesa.

      Padam
    2. puan haruna boleh berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat motivasi cara2 berfikiran positif menghadapi harga naik...

      Padam
    3. jodoh sudah ditetapkan di Lauh Mahfuz. bernikah bukan wajib kepada semua orang. Bahkan boleh jatuh haram hukumnya.

      tetapi orang Melayu, depa niey memang suka membahan orang, tidak kisah dosa pahala...

      syukurlah di Malaysia negaranya chantek...

      Padam
  29. jodoh pertemuan milik ALLAH...tugas hambanya doa dan berusaha serta tawakkal

    BalasPadam
  30. Alhamdulilah aku sekarang berbahagia bersama keluarga.dahulu tujuan utama aku berkahwin adalah untuk menjadi lebih baik.sebab utama aku memilih isteri sekarang kerana agamanya.
    Allah Maha Besar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.