Jumaat, 12 September 2014

25 Melayu bodoh, cina pendatang dan india pemabuk

Kalau kita baca di laman sosial dan Facebook, banyak status berbaur perkauman telah dilempar untuk menyemarakkan lagi api perkauman di Malaysia. Ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab suka membuat kenyataan stereotaip mengikut kaum.


Untuk meneroka isu ini, pihak MalayMail Online telah membuat satu video temubual rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, peringkat umur dan latar belakang untuk uji bakat untuk filem pendek. Di dalam video pendek ini, mereka tidak diberikan skrip dan mereka hanya perlu meminta menyebut kembali ayat yang diberikan oleh pihak produksi.
Di dalam video ini anda dapat melihat temubual dengan orang Melayu, Cina dan India yang terdiri daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Sehinggakan pihak produksi bertanya kepada mereka adalah mereka sanggup menerima wang berjumlah RM10,000 untuk menyebut perkataan “MELAYU BODOH”, “PENDATANG CINA” dan “INDIA PEMABUK?”. Penemuduga akan meminta peserta untuk mengulangi kenyataan positif seperti “Saya suka makanan Malaysia” dan “Saya suka negara saya” sebelum meminta mereka untuk mengulangi ayat stereotaip negatif terhadap kumpulan etnik lain.


Video ini dihasilkan oleh syarikat pengiklanan Naga DBB untuk klien mereka untuk Hari Malaysia yang lalu tetapi yang akhirnya klien itu memilih idea lain. Kebanyakan peserta adalah golongan muda berusia 20-an dan 30-an yang tinggal di Lembah Klang dan datang dari pelbagai latar belakang, termasuk pemilik perniagaan, penghantar surat, dan suri rumah.

Sumber Wanista dan The Malay Mail Online.

Satu video yang baik dan positif untuk menunjukkan sebahagian masyarakat majmuk Malaysia yang tidak bersikap perkauman dan rasis malah sanggup mempertahankan antara satu sama lain.Namun, bagaimanakah dengan sebahagian yang lain?

Realitinya, terlalu ramai orang kita yang rasis. Lihat sahaja di media2 sosial, di ruangan2 komen, di blog2 politik dan akhbar2, tak perlu dibayar apa2 pun, jangan kata melayu bodoh, cina pendatang atau india pemabuk, ayat yang lebih teruk daripada itu pun mereka boleh keluarkan.

Sebab itu walau video ini bagus, tapi bagi aku ia agak syok sendiri. Ia hanya tunjukkan sisi yang baik2 sahaja, sama macam yang pernah aku tulis sebelum2 ini. Kadang2 nak bagi orang sedar, kita kena bagitau benda yang betul, suatu hakikat yang realistik, seperti video2 Namewee pasal Hari Kemerdekaan dan tanggapan kaum2 di Malaysia.

Dalam video ni, mungkin responden yang bagi komen baik2 sahaja yang dipaparkan, tapi aku yakin mesti ada juga responden yang rasis dan sanggup kata melayu bodoh, cina pendatang dan india pemabuk bila ditawarkan RM10,000, cuma ia mesti dah ditapis untuk tidak dipaparkan dalam video tersebut. Lagipun ia ditemuramah dan dirakam oleh orang yang tidak dikenali, pasti ada yang cover perangai sebenar. Kalau nak real, letak hidden camera dan tengok berapa ramai yang rasis atau tidak.

Kronologi yang sama, contohnya kau ada seorang anak lelaki. Anak kau nakal gila kat sekolah, kaki buli, kaki raba, kaki seluk, tapi kat rumah sikit punya baik. Cikgu anak kau tahu perangai anak kau, tapi sebab cikgu tu kawan kau dan nak jaga air muka kau, dia cerita kat kau benda yang baik2 je pasal perangai anak kau kat sekolah. Kau rasa ia akan dapat bagi kesedaran tak kat anak kau?

Aku harap satu hari kita nanti semua warganegara Malaysia yang terdiri dari bangsa, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah Sarawak, orang Asal dan lain2 dapat bersatu padu, buangkan rasa perkauman dan saling mempertahankan antara satu sama lain dengan ikhlas dan jujur dari hati masing2.




tags: melayu bodoh pemalas cina pendatang babi india mabuk minum todi busuk video hari malaysia the malay mail online mmo hipokrit 

25 ulasan:

  1. sekali lagi kupasan hebat daripada noob.... oh yeah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ceh, kupasan biasa je....over sgt ko nih
      well klu kasi kat keyboard warrior memang sangup diorang nk buat termasuk aku.. gila kau mana nk dpt 10k damnnnn...... celakak video penipu!! puihh

      Padam
  2. uunnoo0o0o.. Btul tuu,ramai responden yg sggup ckp melayu bodoh, cina pendatang n india pemabuk bila ditawarkan dgn duit.. Aku pun xpaham btul laa org2 yg b'sifat rasis nie.. Kte merdeka pun atas dasar perpaduan kaum..

    BalasPadam
  3. me 1st... weehooo...

    BalasPadam
  4. proooo000000ooottTTT muka sirosli. Arghh lega nya !

    BalasPadam
  5. mana x rasis noob.. melayu dgn ketuaannya, cina dgn cauvanisnye, india dgn samsengnya... camne nk bersatu... dlm mimpi jelaaa

    BalasPadam
  6. Mana2 negara pun, rasis tetap sama saja. Tak kira Dunia Pertama Kedua Ketiga. Yg membezakan ialah hati dan didikan masing2. Bodoh pemabuk dan pandai adalah skill individu. Bukan skill bangsa.

    Pada saya, tak kesah isteri saya India atau Cina. Tetapi dari pengalaman hidup, x ada amoi Cina dan India berkenan dekat saya. Akhirnya Melayu juga saya kawin. Ada juga kenal dan berkenan amoi Siam mix Cina dan aborigines (kulit pale mcm Heidi Klum pun ada yer..), agak nak serius, dia org cakap dah ada bf. Xnak saya kacau line. Sekurang2nya ada percubaan saya utk kenali dan bergaul lebih dekat dgn bangsa lain.mmg kuota ada 4, tapi saya x mampu dr segi kewangan nak dptkan isteri lagi. Cukup dgn yg ada.

    Rasis ni dimana2. Pembohonglah xder. Sumer pakat nak jadi sacred cow yg disembah2. Untuk anak2 saya, dari awal dah diterapkan, bangsa bukan masalah. Jika nak kawin sesiapa pun, pilih agamanya dulu. Sbb sini Malaysia maa.. apapun itu penegasan nabi yg kita utamakan.

    Ada 5-10 kawan saya kawin mixed..saya x bernasib baik.. mmg happening.. rasist ni cuma satu dimensi org kurang berpelajaran saja walaupun ada berkepok2 degree dan PhD.

    BalasPadam
  7. Bagus jgk video ni....tp kebanyakan menularnya isu perkauman ni disebabkan portal2 news mxm diorang jgk,aku dah lama dan jarang baca news dari portal2 mcm malaymail malaysian insider malaysiakini...kalo ko tgk tajuk dan berita dan juga komen2 yang ada....aku rasa lmbat lg malaysia nk bersatu

    BalasPadam
    Balasan
    1. utusan lg racist bro... apa lagi cina mau, ingat?

      Padam
    2. Sesama racist,ko tuding sana,sana tuding sini....tak membantu langsung

      Padam
    3. Sesama racist,ko tuding sana,sana tuding sini....tak membantu langsung

      Padam
  8. Anak kecil main api...bla bla bla..jom follow n singgah blog abah..
    http://abahbz.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Hrp xde la begaduh.beperang antara 1 sama lain. Kita rakuat Malaysia. Walaupun bebeda pendapat tp bila menyanyi lagu negaraku..kita besatu sbg 1 suara.. Syukur masih lg aman hingga kini walaupun ada bait2 d sisi telinga kedengaran rasis sana sini... syukur..

    BalasPadam
  10. Aku ada kwn cina yg sanggup tinggalkan kawan2 cina dia utk lepak dan tolong aku. Aku jugak ada kwn india yg bijak dan sentiasa bntu aku bila dlm kesusahan.
    Dan..aku jugak ada kawan cina yg suka tikam belakang. Aku jugak ada kawan india yg kuat minum arak dan suka buli org.
    Serta tak lupa jugak aku de kwn melayu yg baik dan jugak ada kwn melayu yg perangai mcm haram. Ye..mmg aku mengaku aku lebih marah bile melayu sendiri pedajal aku.
    Pointnye kat sini..bangsa tu tak penting. Yg penting jenis org yg kau berkawan. Kita tak akan jumpa sorang pun yg akan layan kita sebaik baiknya sebab kita sendiri pun tak layan semua org sebaiknye. Apa yg penting..kita bertolak ansur dgn org lain dan tak memaksa org ikut kehendak kita sorang je.

    BalasPadam
  11. Ni ikut pengalaman aku la. Biasanya cina dan india slalu ckp elok2 dgn melayu. Tapi slalu melayu yg gunakan ayat atau cakap agak kasar dgn cina atau india.
    Contoh..melayu pergi kedài cina.
    " ya abg..mau beli handset jenama apa?.." Ni berapa?apa? Rm400? Mahalnye..biar betul you ni..jgn macam ni ma..you tipu ni..".trus cina tu tersenyum dan still cakap elok " ok abg..boleh diskaun..saya kasi abg rm340".

    Melayi pergi kedai india " tambi..you ada jual ubat pening kepala tak?".."tak ada la bos..panadol biasa ada..boleh kasi pening hilang jugak"..." Apa la you ni..lain kali jual la ubat kasi hilang pening..tak pandai berniaga la tambi".

    Bukan aku nk cakap semua cmtu. Tp kebiasaanya cmtu. Aku percaya org kat sini pun pernah tgk situasi lebih kurang cmtu. Kenapa kita tiba2 ckp mcm tak ada rasa hormat cmtu?. Malah ada yg lebih truk..org cina dtg hntr gas. Bila pakcik melayu tu nak byr..pakcik tu ckp " you apasal naik harga pulak ni?"..cina tu ckp " mana ada bos..dari dulu harga mcm ni ma". Pakcik tu trus ckp " you tipu saya ni apek..saya kasi tumbuk muka baru tau". Cina trus trus senyum dan geleng kple dan pergi. Pakcik tu ckp kat kami " kurang ajar cina ni..kte kne tunjuk sape power..baru dia diam tak brani kata apa2". What? This is bullshit. Nasib baik tu cina tu diam. Kalau aku.. Dah lama aku jawab " rilek la pakcik..mampu ke nak tumbuk saya? Kang patah tulang tgn tu kang..rehat la..jalan pun dah semput2"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takat pemerhatian aku. Cina 30% rasis, india 10% dan melayu 90% rasis. Mungkin aku terlalu banyak bergaul dgn melayu. Sebut saja pasal bisnes, mulalah chabtibg merepek2 ayat rasis Cina itu ini. Tak kira dr PAS atau UMNO,

      Jaga diri dan anak bini baik2. Rasis ni mmg teruk. Tekan suis jer, trus potpetpotpet automatik dr mulut meleis.

      Padam
  12. Slm. Rasis tu subjektif.. Takda guideline yg nyata. Masalahnya yg melampau dan prejudice. Ko ikut islam yg betul semua ni takda... Sebab guideline clear. Org Islam perlu tunjukkan yg dia tu muslim yg baik.. Ada masa marah, ada masa rasis bergantung pada keadaan tetapi utk mencapai kejayaan di akhirat. Insyaallah.

    BalasPadam
  13. Rasis? Semua org rasis jgn hipokrit. Org United Kingdom yg dikatakan maju tu pu kategori diri mereka English, Irish, Scott dan Wales. Walaupun mereka warna kulit dan agama yg sama.
    Org Cina di tanah besar China lagi kuat rasisnya. Lihatlah macam mana kaum minoriti disana ditindas.
    Org Melayu je yg selama ni banyak bagi muka pada bangsa lain, hingga kena pijak kepala pun tak pe.

    BalasPadam
  14. encik mahatir relax jer hina melayu pemalas. mentang mentang dia mamak. melayu pun sujud kat dia. :)

    BalasPadam
  15. Pasal video di atas, x mustahil ada byk org yg diinterview, so hanya selected org yg diwawancara yg memberi kenyataan yg selari dgn perjuangan penganjur video ni...

    Tp semua org sedia maklum setiap kaum ada sikap racism sendiri, tp x semua. Tp kalau nak hapuskan sikap perkauman..perkataan kaum itu sendiri kena dihapuskan n perkara yg berkaitan spt pendidikan, cuti umum utk kaum berkaitan n lain2 perlu dihapuskan...tp bukan perkara yg senang dilakukan. Tp selagi agama islam sbgi agama rasmi, kena tetap perjuangkan smpi bila2.

    BalasPadam
  16. susah untuk dibincangkan. masing2 menuduh masing2. jika semua pihak hormat antara 1 sama lain rasanya lebih bagus.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.