Rabu, 31 Oktober 2012

99 Mitos dan realiti kerja dengan komputer

Minggu ni aku nak cerita pasal kerja je. Yelah memandangkan kerja tu satu benda yang penting dan perlu kita buat untuk kita mencari rezeki dan meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini, melainkan kau tu dilahirkan sebagai anak menteri atau anak raja, tak payah kerja pun takpe, duit tu tak habis 7 keturunan. Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku macam aku dah cerita sikit kat sini sebagai seorang kuli cabuk di sebuah firma IT. Mungkin orang yang tak bekerja dalam bidang IT ni tak faham, si sila baca dengan bosan.



Selasa, 30 Oktober 2012

101 Kerjaya yang sesuai dengan kelulusan kita

Lately ni sangat buzy dengan kerja. Tak sempat nak update blog, blogwalking, visit blog orang, reply komen, main internet, main game, baca komik dan lain2. Kebanyakan kita yang dah bekerja mempunyai pekerjaan yang berkait rapat dengan kelulusan kita. Kat bawah ni menunjukkan kerjaya yang sesuai dengan tahap kelulusan kita.


Isnin, 29 Oktober 2012

47 Anda seorang dominan atau sebaliknya?

Hampir setahun lepas pernah ada entry pasal rancangan RM1,000,000 Money Drop, tadi tertengok season baru rancangan ni. Kalau dulu AC Mizal cakap pada peserta lebih kurang "RM1 juta ini kami berikan kepada anda, sekarang ia jadi milik anda, anda kena gunakan untuk melabur dalam rancangan ni". Mungkin sebab dia kata wang RM1 juta itu menjadi milik anda maka timbul isu dan persoalan sama ada ia judi atau tidak. Sebab tu untuk musim baru ni sebelum rancangan bermula aku perasan ada klausa baru lebih kurang
"Wang RM1 juta itu milik Astro, peserta akan gunakan wang itu sebagai modal untuk bermain dalam game ini, bakinya akan menjadi milik peserta".



Ahad, 28 Oktober 2012

35 Segmen Terjah Blog Awekz #14

Minggu ni ramai orang balik kampung beraya, aku pulak kena kerja start dari Jumaat sampai Ahad non-stop, ada renovation Data Center kat office aku. Nak blogwalking pun tak berapa nak sempat. Kalau rasa tak nak kena kerja time weekend, public holiday, jangan kerja benda2 yang ada kaitan dengan IT operation seperti network admin, server admin, system admin, database admin, backup admin, data center admin dan segala jenis administrator. Kalau sapa2 yang belajar IT tu, jadi la programmer, system developer, system analyst, etc, pening memang pening sikit tapi kerja lebih free dan flexible berbanding orang yang buat operation. Kalau sistem ada masalah, boleh salahkan orang operation.

Oklah pergi terjah blog2 awekz ni sementara hari cuti ni, mohon jangan komplen banyak blog budak sekolah ke, student universiti ke, kebanyakannya aku random je jumpa masa blogwalking atau kat Facebook.



Sabtu, 27 Oktober 2012

28 Download filem seram sampai kena tindih

Sekarang nak download movie, lagu atau apa2 pakai file sharing website seperti Mediafire, Netload dan lain2 agak susah sebab selalu ada dead link disebabkan fail tu kena remove. So kalau nak download apa2 boleh pakai je torrent client macam BitTorrent, uTorrent, Vuze, BitComet atau lain2 torrent client software, cuma make sure ia supprot magnet link. Macam aku, aku masih pakai Vuze.



Jumaat, 26 Oktober 2012

15 Korban, daftar haji dan solat Jumaat di hari raya

Kami di Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Selamat Hari Raya Aidiladha, juga selamat menjalani ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke-5 serta selamat menjalani ibadah qurban bagi yang mengerjakannya.



Khamis, 25 Oktober 2012

46 Kebebasan media = kebebasan fitnah?

Apa itu kebebasan media? Bagi aku kebebasan media adalah sebuah media massa samada bercetak atau elektronik bebas menyuarakan pendapat, menyokong atau mengkritik semua pihak tidak kira samada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sebuah media yang bebas perlulah neutral, tidak menyebelahi dan di bawah pengaruh mana2 parti politik.



Rabu, 24 Oktober 2012

73 Kita gembira bila orang lain dimalukan

Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...



Selasa, 23 Oktober 2012

77 Jangan hukum mereka, mereka ada masa depan

Selagi anda orang muda, belajar tinggi2 kat Universiti, atau seorang atlet bertaraf kebangsaan, anda boleh langgar peraturan, buat blog lucah ke, rakam video seks dan sebarkan di internet ke, rogol gadis sekolah ke, jangan risau, kerajaan tidak akan kenakan tindakan kepada anda, kerana kerajaan kita begitu baik hati tidak mahu masa depan anda akan terjejas. Oh melainkan ada pergi berdemo menentang kerajaan, yang tu anda akan dikenakan tindakan.



Isnin, 22 Oktober 2012

79 Cara bodoh menggunakan Facebook

Adegan yang tak ingin berlaku pada kita...



Ahad, 21 Oktober 2012

67 Segmen Terjah Blog Awekz #13

Di sebuah blog informasi yang sangat terkenal dan famous dengan lebih dari 105 juta pageviews, aku perhatikan ramai orang perempuan asal komen entry kat situ menggunakan registered profile pasti akan dibahan oleh anon2 liar yang tidak bertamadun dan kurang kasih sayang. Aku tak kisah kalau mereka nak bahan aku, tapi aku rasakan agak melampau bila kaum wanita yang mereka tak kenal pun menjadi mangsa bulian dibahan secara melampau dengan pelbagai kata nista, kesat dan lucah serta fitnah yang macam2, malah anon2 itu bukan sahaja komen di blog itu sahaja malah siap stalk balik blog wanita2 tersebut dan tinggalkan komen2 yang melampau sampai ada yang terpaksa menutup dan memblok blog mereka kerana tidak mahu diganggu lagi oleh anon yang sangat kurang ajar dan tiada adab itu.

Walau macam mana pun, aku masih respek dengan ramai golongan wanita yang begitu berani dan kental memberi pandangan dan berdebat menggunakan profile dan wajah sendiri berbanding anon2 bodoh yang hanya tahu mencarut dan buat kacau tapi begitu penakut dan tiada maruah umpama baling batu sorok tangan. Harap je ada telor tapi tak gentleman langsung.

Ok done membebel, now pergi terjah blog awek2 ni.



Sabtu, 20 Oktober 2012

67 Sensitiviti kaum dan agama tidak lagi dipedulikan

Kenapa masih wujud non-muslim yang masih tak sensitif dan sibuk hal urusan agama Islam, sedangkan mereka tahu Agama Islam adalah agama rasmi dan agama persekutuan bagi negara Malaysia? Pemimpin kita, para mufti kita pernah sibuk dan mencampuri ke hal orang berugama Kristian, Buddha, Hindu dan lain2?



Jumaat, 19 Oktober 2012

129 Dilema perawan tua dan lelaki bujang

Di pejabat aku bekerja, banyak eksekutif dan bos2 wanita yang begitu rajin bekerja, hardworking, career woman, berpangkat tinggi dan bergaji besar, di antaranya berumur lebih 30 tahun dan ada yang sudah masuk 50 tahun namun masih belum berkahwin. Aku selalu tertanya2, adakah mereka ini memang tidak mempunyai perasaan pada orang lelaki, tidak mahu berkahwin dan hidup bekeluarga seperti wanita2 lain?



Khamis, 18 Oktober 2012

70 Seks bukan untuk tatapan umum

Hubungan seks adalah hal peribadi anda, bukan untuk tatapan umum. Beberapa hari lepas kecoh pasal pelajar Malaysia berbangsa cina yang belajar di National University of Singapore (NUS) yang juga pemegang biasiswa Asean iaitu Alvin Tan Jye Lee berdepan dengan tindakan disiplin kerana buat blog porno di Tumblr dengan nama Sumptuous Erotica antara dia dan pasangan seks dia (kekasih atau friends with benefits) iaitu Vivian Lee yang dipercayai merupakan pelajar MMU Melaka dan juga seorang atheist seperti yang tedapat di dalam Facebooknya. Sumber dari TheMalaysianTimes (thanx to Len Inouie) , MyNewsHub dan Google seluruh Internet.



Rabu, 17 Oktober 2012

72 Fenomena gadis melayu tudung bermain gitar

Apabila gadis melayu bertudung menyanyi sambil main gitar di Youtube...



Selasa, 16 Oktober 2012

101 Antara masalah mental dan ajaran sesat

Apa kaitan antara Star Wars, Thundercats, Fasha Sandha, Barrack Obama, Najib Razak, Kamasutra, Saffron Burrows, Habib Munzir Al Musawa, Fauziah Ahmad Daud, Onani, Cara2 Menjahit Butang dengan Imam Mahdi? Memang takde kaitan, melainkan anda seorang pengasas sebuah ajaran sesat dan mempunyai masalah mental.



Isnin, 15 Oktober 2012

209 Rampas suami/isteri orang tanpa rasa bersalah

Aku hari ni baru nak post entry lain, tapi sebab pagi ni terdengar kat radio satu benda tak best, terpaksa aku postpone dulu. Sekarang ni ada satu jenis budaya dalam masyarakat kita iaitu budaya merampas suami atau isteri orang tanpa rasa bersalah atas nama cinta.



Ahad, 14 Oktober 2012

131 Golongan mahasiswa paling mudah dipengaruhi

Golongan manakah yang biasanya paling senang diperdaya, dipengaruh atau kena con? Sudah tentulah golongan pelajar universiti dan orang keje gomen yang baru lepas pencen. Golongan mahasiswa/mahasiswi ni biasalah, mereka adalah orang yang masih di dalam proses peralihan dari usia remaja, budak yang baru tamat sekolah ke usia dewasa yang akan menempuh alam pekerjaan manakala orang gomen yang baru lepas pencen ni biasanya akan dapat duit yang begitu banyak dan ramai antara mereka tak tau nak buat apa dengan duit2 yang banyak tu.



Sabtu, 13 Oktober 2012

95 Segmen Terjah Blog Awekz #12

Perempuan... kenapa perempuan merupakan makhluk yang istimewa dan special? Sudah pastilah kerana perempuan menjadi pelengkap kepada kaum lelaki. Tapi kenapa perempuan ni lebih ohsem? Sebab kebanyakan mereka lebih jujur dan tulus. Lihat sahaja entry2 dalam minggu ni, betapa komentar wanita lebih berani menyatakan pendapat, pandangan serta tidak takut dan malu untuk berhujah dan berdebat menggunakan profile mereka sendiri malah menggunakan gambar sendiri berbanding lelaki yang kebanyakannya hanya tahu komen pakai Anon/Tanpa Nama ataupun profile sendiri tapi menggunakan nama yang mengarut2 serta gambar profile yang bukan2 seperti beruk, Mr. Trololo, cawan, kartun, logo anon, pelakon jepun, burung, patrick dan lain2. Dan kalau kita kita tengok banyak blog2 awek yang menunjukkan wajah mereka sendiri berbanding blog2 lelaki yang malu sangat nak tunjuk muka termasuk aku. Ini menunjukkan wanita lebih berani dari lelaki walaupun mereka takde 'balls'.

Sebab tu blog2 awek memang ohsem sampai kena terjah, so layanz sahaja jangan banyak songeh...


130 Perlukah belajar tarian ghairah dan berahi?

Baru2 ni tersebar hangat berita pasal pelakon Izara Aishah membuat aksi tarian Cell Block Tango Girl secara berkumpulan dengan berpakaian corset yang sangat seksi ketika membuat persembahan sebagai salah satu projek yang perlu dia lakukan untuk subjek kursusnya Diploma Seni Persembahan ketika dia masih belajar di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor. Bacaan lanjut di Budiey.



Jumaat, 12 Oktober 2012

86 Trend berhijrah di kalangan selebriti

Ini bukan segmen terjah blog mana2 awek. Ini merupakan Gedung Koleksi Gambar Terbesar Selebriti2 Wanita Tempatan Bertudung samada yang sudah berhijrah atau pakai tudung hanya untuk lakonan atau function. Turutan gambar mengikut abjad nama selebriti sahaja, bukan ranking apa2. Tapi ya, aku memang ada sedikit fetish pada hijabster.



Khamis, 11 Oktober 2012

91 Isteri tugasnya memasak, mencuci, mengemas

Biasanya lepas berkahwin, orang lelaki tanggungjawabnya adalah memberi nafkah zahir dan batin, menyediakan keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal, manakala tanggungjawab wanita adalah memasak, basuh cuci baju, jemur pakaian, melipat kain, kemas rumah, sapu sampah, cuci tandas dan sebagainya.



Rabu, 10 Oktober 2012

32 Segmen Manga Pilihan - Suicide Island


1. Jepun adalah negara yang mempunyai kadar suicide  antara tertinggi jika dilihat pada laporan WHO yang dikeluarkan secara rasmi. Boleh wiki di sini, sini dan sini. Dan boleh google untuk further info.

93 Nilai kekeluargaan: Dulu vs Kini

Percaya atau tidak, nilai kekeluargaan pada zaman sekarang dah semakin terhakis berbanding zaman atok nenek moyang kita. Rasa kasih suami pada isteri, penghargaan isteri pada suami, hormat anak kepada ibubapa dah tak sehebat dulu.



Selasa, 9 Oktober 2012

64 Keperluan, kemahuan dan kemampuan

Dalam hidup aku, kalau aku nak membeli apa2, aku hanya pakai tips 3-KE ini iaitu KEPERLUAN, KEMAHUAN dan KEMAMPUAN. Apa yang korang faham dari tiga perkataan tu? First aku akan tengok adakah benda itu adalah suatu keperluan bagi aku? Kalau ya, aku akan tengok mana satu adalah kemahuan aku? Lepas tu aku akan tanya adakah kemahuan aku itu dalam lingkungan kemampuan aku? Kalau tak, aku akan dapatkan keperluan aku tu bersandarkan pada kemampuan aku sahaja, tapi kalau aku mampu, aku akan dapatkan apa yang aku mahu tu, tapi aku akan fikir semula adakah kemahuan aku itu adalah sesuatu yang benar2 aku perlu? Alah aku tak payah terangkan banyak2 pun korang dah tahu. Sebagai contoh:

Kereta


Isnin, 8 Oktober 2012

59 Susah sangat ke nak tepati masa?

Suatu pagi di sebuah pejabat di ibu kota...



Ahad, 7 Oktober 2012

42 Segmen Terjah Blog Awekz #11

Sebab banyak lagi blog2 awek yang belum diterjah, maka aku continue Segmen Terjah Blog Awekz ni. Cam biasa semua blog awekz yang telah dipilih dalam segmen ni akan dimasukkan ke dalam blog list Buasir Otak kat bawah tu, so rajin2 la update blog ye. Yang pernah kena terjah sebelum2 ni pun rajin2 la update blog, sapa rajin naik la blog dia duduk kat atas list. Update lah apa2 pun pasal diri ke, pasal pengalaman hidup ke, pasal pakwe ke, kisah percintaan ke, artis ke, K-Pop ke, informasi ke, review filem ke, tapi kalau boleh updatelah juga pasal isu2 semasa, biasanya orang lebih minat nak baca apa pandangan dan view kita berkenaan isu2 semasa.

Btw untuk segmen kali ni, aku dah tunaikan permintaan Taufik dari Taufiking...


Sabtu, 6 Oktober 2012

31 Nilai sebuah persahabatan

Kau boleh buang makanan aku, ludah muka aku, aku masih boleh ketawa, tetapi aku takkan maafkan sesiapa yang buat hal dengan kawan aku!!


Jumaat, 5 Oktober 2012

69 PM atau pembangkang, mana lagi utama?

Apa berita paling happening dan hip berlaku pada hari 2 hari lepas? Sudah tentulah PM kita DS Najib Razak mengadakan sesi Google Hangout secara live bersama rakyat bagi membincangkan tentang Bajet 2013. Sangat cool dapat tengok Perdana Menteri kita berinteraksi secara live bukan? Kalau aku jadi seorang ketua editor sebuah syarikat suratkhabar mainstream yang pro-kerajaan BN, sudah pasti aku akan jadikan berita pasal sesi Google Hangout bersama PM sebagai tajuk berita utama atau headline di muka hadapan suratkhabar aku.



Khamis, 4 Oktober 2012

111 Suatu respon terhadap Bajet 2013

Suatu ketika di sesi pembentangan Bajet 2013 yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13...

"Kita bagi kepada penjawat awam bonus 1 bulan setengah gaji!"

Rabu, 3 Oktober 2012

98 Haruskah curang bila sudah tidak serasi?

Bolehkah Nike dan Gucci bersatu? Kenapa waktu bercinta sebelum kahwin serasi, tidak mengapa, boleh terima pasangan masing2, tetapi setelah kahwin menjadi tidak serasi, tidak sefahaman, semua jadi tak boleh dan serba tak kena?



Selasa, 2 Oktober 2012

64 Bila legend dah tak legend lagi

Industri hiburan adalah satu industri yang amat kejam. Jangan kata selebriti yang biasa2 sahaja, living legend macam Billie Joe Armstrong, frontman band Green Day pun boleh crack down dengan environment industri hiburan sampai me'madafaka'kan Justin Biebir sebab tempoh show dia kena potong, so bila tinggal 1 minit dia tak sempat nak nyanyi lagu baru diorang dan terus mencarut2 atas stage sambil memecahkan gitar. [AMARAN! TOO MANY F WORDS]


Isnin, 1 Oktober 2012

28 Antara anti-Amerika dan McD

Adegan yang tak ingin kita lihat...


10 Segman Blogger of the Month - Oktober




1. Aku nak tulis entry stail chedet.cc. Pakai point-point.

2. Sebab nampak cool dan kemas.(nanti ada fan parti politik  lain sakit bontot sebab suka stail Tun M).

3. Blogger kita untuk bulan Selepas Bajet 2013 adalah......CERO (http://cerolian.blogspot.com/).

4. Sebab...Blog simpel, kemas, ada kartun buruk tapi cantik (oksi moron) ada ikon..

5. Kreatif

6. Entry yang aku suka - http://cerolian.blogspot.com/2012/09/6Kuasa.html.

7.  Nama Cero - http://bleach.wikia.com/wiki/Cero. Cool.