
Dalam zaman era teknologi serba moden ini, boleh kata ramai yang mempunyai akses ke capaian Internet, dan ramai orang mempunyai akaun media sosial sama ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, malah ada orang yang mempunyai banyak akaun media sosial yang digunakan untuk pelbagai tujuan, dari tujuan peribadi, untuk perniagaan, untuk memberi pandangan tentang isu-isu semasa, malah ada yang mencipta akaun palsu semata-mata untuk troll atau menghentam orang lain.
Namun tak kira siapa dan apa jua tujuan pun mereka menggunakan media sosial, perkara yang biasa kita lihat orang menulis di media sosial adalah luahan, sama ada luahan hati, luahan perasaan atau luahan masalah. Ramai orang memilih media sosial tak kira di akaun sendiri, menulis...