Jumaat, 31 Ogos 2012

19 Jom bunuh pengganas sempena merdeka

Sempena Hari Merdeka yang ke-55 ini, mari kita menghayati sejarah kemerdekaan dan merasai pengalaman tentera yang menjadi wira2 negara zaman dahulu mengangkat senjata untuk menentang tentera komunis dan Jepun dengan membunuh dan menembak pengganas2 serta penjahat2 di hari cuti Merdeka ni...



13 Segmen Blogger of The Month - August: SpeSIAL Merdeka




OK...Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke 55 : Janji Ditepati.

Segmen yang aku buat ini adalah bertujuan menghargai pengkomen a.ka blogger (Anon SILA ketepi ) yang mempunyai blog yang menarik hati aku dan PONoob walaupun PONoob pervert asyik nak terjah blog awek. Nasib baik terjah blog awek. Kalau terjah awek, Silakan menampar Encik Noob.

OK. Blogger of the month kita adalah....

Nazha Azua  !!!!!!!!!!!

http://kartunster.blogspot.com/

Sebab??

Blog design yang simpel dan kartun yang dilukis kemas dan meruntun jiwa. Aku tak melukis sebab kalau aku lukis memang haram tak lawa...

K- drama ( BACA: Kartun drama bukan korean drama menurut penulis blog tersebut , you piece of shit..) sangat mengharukan jiwa. Keluar air mata lelaki aku..

Keep on the good Work , Nazha!!!

 P/S : Saya printscreen Profil pic.
Harap dimaafkan. Kalau tak boleh saya delete entry nie sekarang juga.


Khamis, 30 Ogos 2012

22 Aktiviti malam merdeka pilihan anda

[UPDATED] Malam merdeka kebiasaannya menjadi malam yang sungguh panjang dan bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti oleh para manusia di Malaysia ini, lagipun esoknya cuti. So apa yang anda nak buat di malam2 merdeka seperti ini?



45 Anda seorang Douchebaguette apabila...



Douchebaguette dalam kamus urban (sini) adalah spesis douchebag bagi wanita.

Anda seorang Douche apabila...


1.  Mengaku diri pandai dari orang lain dan megharapkan pujian

Bila orang ada diploma. Dia ada degree Bila orang ada Master di ada Ph.d . Yang paling best sekali ialah bila dia sebenarnya tak berniat nak menunjukkan kepandaian beliau , tapi terlepas dan kadang-kdang 'tertaip'.

Contoh :

"Wah pandainya engkau.."

" Tak lah, aku tak berapa pandai , tapi aku ada Master dalam Astrofizik dan Space Aeronautik dari MIT dan aku pernah ditawarkan untuk bekerja di NASA. Tapi aku tak nak."




2. Berbakat tapi anda tak yakin dengan diri sendiri.

Boleh menyanyi.boleh melukis,boleh menulis, dan segala jenis macam bakat yang ada boleh diketengahkan. Tapi beliau berasa semua yang ada itu cuma sekadar hobi dan yang paling ketara ke Douchebaguette 'an beliau adalah apabila beliau berkata

" Aku boleh menang competition itu tapi aku tak nak . Sebab aku buat sekadar lepas batuk di tangga mak korang.."


3. Sering menjadikan diri sendiri sebagai contoh.

Sering menjadikan diri sendiri sebgai role model kepada kesuksesan beliau. Mesti mengikuti cara beliau dan mewar-warkan orang lain.

" Tengok macam aku, kalau kau ikut aku buat macam ni tahun lepas dah tentu kau kurus/seksi  macam aku!!"



4. Mesti melebihi orang lain (superior complexity) dari segala segi.

Emas you banyak ?
Tengoklah gelang I ,boleh beli 10 gelang you.

BF you handsome macam PoP Soul?
Laki i lagi handsome macam PON..

Boob you 32C ?
Boob i D size sister...



http://en.wikipedia.org/wiki/Superiority_complex


Okay anda tahu douche itu apa ?Klik gambar di bawah

http://en.wikipedia.org/wiki/Douche

181 Sentimen kenegerian melampau di negara merdeka

Esok hari merdeka yang ke-55. Aku dah download lagu tema kemerdekaan Janji Ditepati dan mainkan berkali2 di office aku. Desktop wallpaper aku pun aku dah tukar dengan logo Janji Ditepati untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri aku. Dan sempena dengan Hari Kemerdekaan juga, aku tulis sedikit isu2 berkaitan kenegaraan.



Rabu, 29 Ogos 2012

23 Seks dan Publikasi


Cara mudah tapi menjadi..

Apakah cara paling senang untuk anda semua menjadikan blog, majalah , filem, cerekarama, surat khabar dan sebagainya dan menjadikan ia tahap PLATINUM.

Jadikan SEKS sebagai  artikel utama anda!!!!

Pertama . 


Upload profail korang sebagai gambar awek hot/horny dan kalau boleh sambil mengulum ( KULUM???) lollipop. Nak upload gambar abang macho yang berketak-ketak badannya pun ok. Cuma orientasi kena betul sikit. Sebab sekarang gambar profail lelaki macho yang metroseksual sentiasa dianggap GAY.

Step yang berjaya


Ok ..ini aku cuba nak Parody...

Dan awek hot kena pastikan betul..karang ada gambar transvestite..terus potong oo.

This is a big no-no


Kedua.

Title heading yang killer. Mesti berkaitan dengan seks. Lagi freak lagi bagus. Lagi fetish lagi bagus.

 Contoh:

Cara -cara menikmati malam Pertama dengan penuh bergaya.

How to score in Long Intercourse.

Ustazah bertudung diliwat suami.

.....

Macam biasa lah kan..


Agenda Freemason

Ketiga .

Gambar yang bersesuaian.

 Kalau  gambar awek hot nampak lurah lagi bagus. Kalau copy dan edit Photoshop majalah pun takpe. Kalau boleh ambil model Playboy lagi bagus. Penggunaan gambar artis -artis yang dikenali dan public figure seperti ahli politik dan sebagainya. TAPI AWAS..mesti hot dan seksi. Kalau muka yang tua-tua berkedut ,nak mampus buat apa...

YYEahh....Lelaki mesti suka punyalah..dan pengkid...

Keempat.

Wujudkan Spoiler / Trailer yang ada unsur Seks

Perempuan , Isteri dan ... ? Berjaya dan nasib baik ceritanya ada kualiti.  ? Susuk?
 harry Boy?

Masukkan sebanyak mungkin unsur seks yang menarik minat pembaca/penonton.Klise aku terhadap Sofea Jane...


Ingat Harry Boy?





Kalau tak laku juga......Korang memang SUCKS!


32 Tutorial melukis potret realistik wajah manusia

Kalau kalian nak tahu, aku dilahirkan dengan bakat melukis yang semulajadi... Ya, aku ulang... bakat semulajadi. Macam2 jenis stroke lukisan aku boleh buat, jangan kata lukisan manga jepun, stroke lukisan komik superhero US, kartun melayu majalah Ujang, kartun Disney, Nickelodeon, karikatur, potret, landscape, lukisan kejuruteraan, pelan bangunan, model 3D, lukisan budak tadika, cakap apa sahaja jenis lukisan, asal namanya lukisan aku boleh buat. Dulu aku selalu menggunakan skill melukis aku ketika menunggu bas sekolah untuk mengurat awek. Oleh sebab aku terlalu berbakat, maka aku nak kongsi sikit dengan pembaca2 tutorial atau panduan melukis potret muka ala2 Leonardo Da Vinci gitu dengan hanya 4 langkah yang mudah.



Selasa, 28 Ogos 2012

57 Penampilan yang failed selepas berkahwin

Ini iklan bodoh dan lucah tahap 3gp melayu bertudung sebuah minuman untuk kuruskan badan aku ambik dari Sozcyili, tapi aku bukan nak cerita pasal iklan ni.



Isnin, 27 Ogos 2012

55 Novel Oksi Moron


Kulit buku -Pasca Design

Aku sedang menulis sebuah novel cinta yang klise. kalau bahasa persuratannya, Oksi-moron...

Definisi Oxy Moron bolehlah dikatakan dalam terma yan lebih simpel iaitu

" Pandai tapi bodoh"
"Hensem tapi buruk" dan macam -macam lagi vice versa yang ada di dalam dunia yang fana ini.

uh-oh.. aku lupa..Tajuknya adalah Cinta Putrajaya. Kenapa aku pilih Putrajaya?

 1. Cinta oksi-moron yang dilihat dalam perspektif seorang pekerja gomen itu sendiri. Kalau pekerja swasta boleh di buat Cinta Wangsa Walk atau Times Square.Aku tak peduli.

2. Lokasi yang sesuai unutk pasangan bukan muhrim berdating. Dan banyak tempat makan yang romantis dan sesuai dibuat photo shoot ketika perkahwinan.
Tak percaya ?.
Datang musim kahwin. Celah hutan mana dia photo shoot....

3. Tasik yang flasid sangat sesuai unutk gambaran sentimental, oksi moron, romantis, ..


Sinopsis.

Saffuan adalah seorang anak yang baik (BACA: awal-awal dah oksi moron dah). Berasal dari Perlis, dia datang mencari rezeki di Putrajaya sebagai pekerja gomen. Keadaan ibunya yang sakit di kampung, tambahan pula Saffuan adalah anak tunggal , menyebabkan Saffuan dalam dilema, dan dia tidak dapat berpindah ke Kangar.

Dan Safuan dia-diam jatuh cinta pada rakan sekerja, Hasmiza, gadis ayu bertudung litup (kerja gomen mesti imej tudung ..Oksi moron lagi). Senyuman dan personaliti Hasmiza merungkai kalbu Saffuan.

Tapi datang pula cinta Amelia (Oxy Moron detected again) anak Tan Sri Wan Aziz , gadis moden yang lincah, yang cuba memenangi hati dan cinta Saffuan.

Apakah kesudahan Saffuan ? Adakah cinta Amelia segala-galanya? Bagaiman pula perasaan terhadap Hasmiza ? Tanggungjawab terhadap ibunya yang sakit di kampung ?

Tunggu kesudahannya.

Lepas ini, aku terasa ada rama-rama di dalam perut (butterfly in my stomach).

Aku muntah.


26 Kecurangan Wanita Malaysia

Awurama Simpson dari Ghana. Gambar sekadar hiasan. Kalau nak fap-fap saya  tidak bertanggungjawab

Laporan Kosmo semalam

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wanita Malaysia adalah ketiga paling curang di dunia. Nombor satu adalah wanita Ghana dan nombor dua adalah wanita Thailand.


Laporan itu dibuat di laman web GhanaWeb yang MEMETIK akhbar China Press.

Ok, kita seharusnya berhati-hati dengan laporan "main petik " nak-nak pula dari Ghana. Seriously Wanita Ghana paling curang?

OK kalau dia macam Jennifer Victoria Koranteng, Miss Universe 2009, kadar berlaku curang adalah tinggi tapi kalau bukan?
Miss Universe 2009



Mungkinkah kecurangan tidak mengenal paras rupa?

Bagaimana pula dengan wanita Malaysia ? Kalau di kalangan artis itu biasalah..kalau di kalangan rakyat marhaen?

Memanglah kalau cerita kecurangan memang hari-hari kita baca. Baik lelaki mahupun perempuan Malaysia.

Adakah besar kemungkinan laporan yang dibuat diatas adalah tepat?




30 Lagu lucah yang halal

Media elektronik mainstream sekarang berbeza dengan zaman2 dulu. Asal penyanyi rambut panjang, kena gam, asal pernah terlibat dadah, kena gam, asal cerita yang tahyul dan merepek terlebih, kena potong, asal lagu yang mengandungi bait2 lirik yang agak kotor dan lucah, tak boleh disiarkan. Sekarang pun mungkin ada gam2 juga tapi sestrict seperti dahulu. Tapi lembaga penapisan masih lagi mengamalkan double standard, kalau lagu melayu yang ada kata2 kesat seperti lagu Bunkface - Panik yang mengandungi perkataan celaka dan membabi buta telah dicensoredkan, malah lagu Kaka ft Zizan - Bawaku Pergi juga pernah diharamkan kerajaan kerana dikatakan mengandungi unsur2 negatif yang menggalakkan remaja lari dari rumah, tapi bila lagu omputih biarlah ada sejuta unsur negatif ke, ada unsur lucah double meaning ke, pasti takkan digam, diharam malah dibiarkan ia dimainkan berulang2 kali di stesen2 radio dan televisyen. Mungkin sebab pegawai2 yang bertanggungjawab dalam menapis2 lagu dan filem ni mempunyai masalah Oh My English.



Ahad, 26 Ogos 2012

79 Segmen Terjah Blog Awekz #5

Segmen Terjah Blog Awekz dah masuk siri ke-5. So setakat ni dah ada 50 blog2 awekz yang diterjah. Sebagai seorang lelaki, aku tak nafikan rupa paras adalah antara faktor blog2 mereka diterjah. Yelah dah nama pun orang lelaki sapa pun tak tertarik tengok gambar awek comel2 cute2 dahi pipi licin. Tapi ada juga faktor lain selain dari rupa dan gaya yang membuatkan aku masukkan dalam segmen terjah blog ni, antaranya isi kandungan blognya menarik dan lain daripada tipikal blog seorang wanita, seperti contoh ada yang pandai melukis kartun, karikatur, komik dan letak dalam blog mereka. Seriously aku suka betul pada perempuan yang pandai melukis dan minat baca komik, bagi aku spesis wanita seperti ini sangat unik dan tidak banyak di Malaysia.




Sabtu, 25 Ogos 2012

49 Kita semua manusia bertopeng

Baru sahaja pulang ke rumah setelah cuti raya yang panjang. Sepanjang cuti gua memang tak sempat nak tengok blog, buat blogwalking, menyemak kat blog orang lain dan tinggalkan komen sambil dikutuk, dan gua tahu mesti tiada sesiapa yang merindui gua. Di kampung halaman juga tiada Internet, sempatlah seminggu gua hidup tanpa Internet dan tidak tahu apa yang berlaku. Seperti yang Pop-Soul tulis pasal melayu dan raya, ada jugak sedikit sebanyak yang berlaku pada gua. Gua ni jenis tak berapa rapat dengan sepupu, sedara mara, jenis jumpa pun setahun sekali, so bila berbual mesti soalan yang sama yang diajukan seperti sekarang buat apa, kerja kat mana, bila balik sini, bila nak balik rumah, cuti berapa lama, balik jalan jam ke tak dan beberapa soalan lain sebelum kedengaran bunyi cengkerik.



Rabu, 22 Ogos 2012

31 Melayu dan Raya

Illuminati??



Selamat Aidilfitri.

Raya adalah hari yang sangat menggembirakan. walaupun aku dah tua, kemeriahan raya masih lagi dirasai. Cuma sampai Raya kedua sahaja..lepas itu...sangap tak tau nak buat apa...

Tapi macam biasa, Raya memang membuasirkan Otak Melayu Marhaen seperti aku.

Perkara-perkara biasa yang disembang dengan kawan/saudara mara ketika beraya.


1. Kehebatan anak masing-masing.

Kalau yang datang itu kawan/saudara..Ya Allah..cerita pasal adik-beradik dia, anak-anak dia sahaja yang paling hebat dalam dunia ini. Baru belajar Phd kat UK, Baru dapat kerja gaji 20K, anak bawak jalan-jalan pergi Paris dan segala macam keriakan yang kau boleh ceritakan dalam dunia ini.

Serius, ada tak  ibu bapa yang bangga kemaluan (dick) anak dia besar ?

Aku tanya ?

2. Kereta yang baru dibeli

Raya adalah tayangan kereta baru kawan/saudara. Yang baru beli Preve, Yang baru beli BMW second hand, ishh...cakap jerlah.... dan yang paling best bila kau sarkasm dengan dia, dia tak faham dan anggap itu komplimentari.

Contoh:
 
Kau : " Wah, dahsyat kereta baru kau ya....Mesti banyak hutang kau ?"

              Dia : Tersenyum dan sedikit kembang bontot (bukan butthurt) , Aku bayar seribu sebulan duit kereta .(dengan fikiran setakat hutang seribu sebulan aku mampu)


3.  Keseronokan balik umrah/haji

Alhamdullillah, kau dikurniakan rezeki dan kemampuan untuk menunaikan umrah /haji. Tapi kau punya cerita.... pasal awek Arab yang cun gila dan keseronokan melampau naik kapal terbang. Pakcik, pakcik seorangkah dalam Malaysia ini yang mampu naik kapal terbang?

 Lagipun kenapa cerita pasal awek arab ? Kat Malaysia ini bersepah awek Arab yang cun...setan...


4.Perkahwinan/Pertunangan

Yang dah kawin, soalan bila nak dapat anak adalah sangat klise. Yang bujang sentiasa akan ditanya , bila kau nak kahwin?  
Rugi ooo tak rasa nikmat bersetubuh...kata seorang member aku yang anaknya nak masuk tiga. Buasir otak dan hujung usus aku kalau sentiasa ditanya soalan segini. Jodoh maut kan Allah yang tentukan..sudahlah bertanya soalan klise, karang aku tanya  soalan seperti
Kau apasal lepak tengah-tengah malam, tak bersetubuh dengan bini kau ? Dia datang bulan?...korang terasa kecil hati dan butthurt pulak macam Tanpa Nama...


 
5.  Taksub politik/konspirasi

Ini part paling aku suka. Gelagat manusia-manusia yang berbaris dan berpakat. Siap lobi-lobi nak projek dengan aku pun ada. Yang peraih undi lagilah ramai.Yang tak tau apa-apa pun ada. Yang paling best adalah yang percaya dengan teori konspirasi. Yang percaya kiamat datang 2012 dan pengeboman London pada Olimpik 2012 pun ada. Mitos dan Melayu memang tak dapat dipisahkan.


Macam-macam.Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri.  

JANGAN MAKAN KETUPAT SEGI TIGA SEBAB SEGITIGA ADALAH LAMBANG FREEMASON.

6 Salah satu keajaiban dunia

Salah satu keajaiban daripada 7 keajaiban dunia... Ni dah bukan Wordless Wednesday tapi Speechless Wednesday...



Sabtu, 18 Ogos 2012

12 Segmen Terjah Blog Awekz #4

Puasa tinggal sehari ni saja lagi, esok dah raya. Entry ni aku dah schedule sebelum aku buat entry "Buat ingatan di Hari Raya" lagi. So sempat lagi aku mempromotekan 10 lagi blog awekz2 yang terpilih untuk Segmen Terjah Blog Awekz #4. Ada antara blog yang aku publish kat sini aku tau dari  ownernya yang pernah meninggalkan komen kat mana2 entry Buasir Otak, ada juga yang aku dapat hasil dari blogwalking, ada juga yang dari group blogger page kat Facebook. Apa2 pun mana2 yang tak balik kampung ke kena kerja waktu raya ke, atau dah balik ke kampung halaman bawak broadband ke, time boring2 tu boleh la terjah2 blog awekz2 nih...



Jumaat, 17 Ogos 2012

16 Buat ingatan di Hari Raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri tanggal 1 Syawal 1433 Hijriyah, kami team Fools Syndicate yang juga merupakan penulis2 Buasir Otak yang kadang2 rajin kadang2 hisap gam ingin mengucapkan kepada anda semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN... tapi bukan batin ehem2 ya.



13 Iklan raya paling sedih abad ini

Ramai orang cakap iklan hari raya paling sedih adalah iklan raya Bernas. Tapi bagi aku iklan raya yang ni lagi sedih dan sadis...



Seriously, kenapa bila nak raya je semua orang pakat berlumba2 buat iklan raya yang sedih2 tahap gaban? Sepatutnya di hari raya kita semua bergembira atas tanda kemenangan, bukannya berlumba2 sape dapat buat iklan paling sadis dan sedih. Bacaan lanjut:
- Kenapa Perlu Menjadikan Kesedihan Sebagai Tema Aidilfitri
- Kenapa Perlu Bersedih Di Hari Raya? Rasulullah Menyuruh Kita Bergembira.

Satu lagi aku bukannya peminat sebuah cereka yang ditambah2 dan fiksyennya melampau2 melangkaui realiti. OK iklan raya Bernas tu memang sedih, dan semua elemen kesedihan ada dalam iklan tu:
  • Anak yatim yang juga orang kurang upaya dan sebatang kara tanpa keluarga2 lain langsung.
  • Kawan2 lain semua masih ada keluarga lain dan dapat balik beraya manakala mereka tak dapat balik kerana tiada keluarga lain.
  • Pemandu teksi yang langsung tiada perasaan kasihan pada anak2 yatim dan kurang upaya, ditambah lagi dengan pandangan2 sinis dari petugas kaunter dan masyarakat.
  • Nak balik kampung tiket bas dan keretapi pulak habis, terpaksa curi2 tumpang lori orang.
  • Akhirnya pergi menziarahi kubur ibu yang dah meninggal + flashback sewaktu ibunya masih hidup.
Gila... memang sedih. Tapi sayang ia hanya sebuah rekaan dan fiksyen semata2, sama seperti kebanyaan drama2 dan filem2 cinta Melayu yang terlalu over dan exaggerated yang kisahnya sangat tak masuk akal seperti Ombak Rindu dan Nur Kasih. Tidak mungkin 2 orang anak yatim yang kurang upaya bisa pergi keluar balik ke kampung bersendirian dan cikgunya tidak risau langsung bila dapat tahu anak yatim jagaannya hilang dari rumah jagaan.

Realitinya? Ramai anak yatim yang dipergunakan untuk mengutip dan meminta sedekah. Tengok je kat blog Mazidul Akmal Sidek berlambak2 pendedahan yang dilakukan oleh sindiket peminta sedekah yang mempergunakan anak2 yatim dan pelajar sekolah tahfiz.


Malah golongan anak yatim piatu yang sepatutnya kita bantu dan muliakan, tapi masih ada lagi yang membeza2kan darjat di antara anak yatim dan VVIP besar seperti yang banyak dicungkil dari blog APA kat sini, sini dan sini, di mana majlis yang sepatutnya untuk meraikan anak2 yatim nampaknya golongan VVIP yang diraikan dengan lebih megah berbanding anak yatim, siap meletakkan label AY (Anak Yatim) di meja mereka, malah ada juga majlis untuk anak2 yatim tapi mereka kena duduk bawah makan kat lantai manakala golongan VIP makan atas meja.






Tak payah tengok iklan Bernas, tengok perkara2 yang berlaku di alam realiti pun dah cukup untuk membuatkan aku sedih. Malah ada yang menulis komen2 seperti ini lagi membuatkan aku sedih.


Begitu rendah dan hinanya darjat anak yatim di matanya. Mereka ini tak pernah minta untuk dilahirkan sebagai anak yatim. Cuba bayangkan jika korang berada di tempat mereka, dan masyarakat memandang rendah dan sinis kepada anda, membeza2kan darjat, mempergunakan anda demi publisiti dan survival politik, mempergunakan anda untuk meminta sedekah dan lain2? Ramai yang bernasib baik kerana dilahirkan dengan ibu dan ayah, tapi itu tak boleh menjadikan kita lebih better dan bagus dari mereka, malah ada banyak insan2 dari kalangan anak yatim dan kurang upaya yang jauh lebih baik dari orang yang sempurna sifatnya.


tags: iklan hari raya aidilfitri puasa paling sedih bernas beras jati sadis petronas burung apa murai puyuh raja lawak audition mr bean malaysia harun salim bachik kisah anak yatim realiti minta sedekah mengemis pelajar sekolah tahfiz yan kedah majlis meraikan buka puasa vvip vip makan meja lantai buffet umno


Khamis, 16 Ogos 2012

30 Nampak saja bangang tapi bakar orang

Sape budak baru nak up yang camwhore dan terjelir2 lidah amik gambar sendiri konon2 comel tu? Tidak, dia bukan ahli geng2 perompak remaja nerd dan kejam yang wanted tu. Tapi dia adalah suspek yang sekarang masih dicari polis kerana dipercayai membakar awek dia yang baru form 4 dengan simbah minyak petrol dan bakar kat semak sehingga koma dan dalam keadaan kritikal kerana melecur teruk sehingga 25% badannya. Macam sial budak ni time2 nak raya ni buat hal pulak.



22 Tips penjimatan duit raya

Sedikit tips dan cara2 untuk berjimat dalam pemberian duit raya... 



Rabu, 15 Ogos 2012

48 Perompak kanak2 yang nerd dan kejam

2 3 hari ni viral kat Internet video sekumpulan budak2 remaja baru nak up yang rasanya masih belum habis belajar, gagal dalam pelajaran walau ada yang muka nerd pakai cermin mata tebal, muka masing2 belum akil baligh, mengecewakan mak bapak dan kecik2 tak nak mampus dah besar menyusahkan orang telah merompak cyber cafe dengan bersenjatakan parang dan menetak cashier CC tersebut yang secara luaran warga Bangladesh. Gambar berikut adalah antara muka2 WANTED sampah masyarakat tersebut.



114 4 Teori Konspirasi- Siapakah ANON?



Siapakah Anon? Kenapakah terlalu banyak kemunculan Anon atau nama melayunya Tanpa Nama bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ?  Sejak kemunculan IT bubble...Anon telah mewarnai kehidupan Internet dan blog seluruh dunia. Dibenci atau disayangi, Anon telah menjadi satu fenomena di dalam bidang Pahlawan Papan Kekunci. Tapi adakah agenda di sebalik Anon ini ? Mari kita kaji..


1. Guru kepada penjejak Awan -Tanpa Nama
  
Guru kepada Penjejak Awan ( Komik Pedang Setiawan yang berasal dari  Hong Kong ) yang terkenal semasa zaman 90-an. Sangat hebat dan kuat. Dan mungkin telah mencapai umur beratus-ratus tahun sebelum belajar memberi komen di dalam blog. Berkemungkinan sudah mencapai tahap Keabadian dalam bidang IT.



2. Ahli Anonymous (Hackers)

Ahli-ahli hackers yang tidak mendaftar di dalam persatuan Anonymous. Dah namanya persatuan Tanpa Nama..apasal pulak nak register nama kan? (BACA :Ini cubaan membuat lawak). Berkemungkinan telah mencipta tools unutk memberi komen tanpa menggunakan ID. Menggunakan topeng V for Vendetta kerana taksub dengan filem tersebut.



3. Ahli Freemason /Illuminati

Ahli illuminati atau free mason biasanya tidak menggunakan nama sebenar atau tiada identiti. Besar kemungkinan digunakan untuk mencari maklumat-maklumat di dalam blog lalu memusnahkan ia dari dalam. Teori ini masih dalam kajian.



4. Pengikut tegar Politik

Untuk menyamar sebagai ahli parti A dan B sebagai bahan unutk menyatakan perasaan tidak  puas hati terhadap lawannya dan meraih undi bagi pihak yang satu lagi. Biasanya akan berkomen dalam isu-isu yang melibatkan negara dan rakyat. Tapi kadang-kadang isu lain juga turut diheret bersama. Lebih dikenali sebagai ANON politicalFAGS.





15 Selamat hari jadi yang fake

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah menyambut hari lahir secara formal. Kedua orang tua ku juga tidak pernah membuatkan apa2 majlis harijadi untuk aku dan anak2nya dan aku tak pernah kisah pasal benda tu. Malah kadang2 hari jadi aku sendiri pun aku lupa. Ketika sekolah dulu ada lah 2 3 orang sahabat yang ingat hari lahir aku dan wish setiap kali hari lahir aku tiba walaupun tanpa diringi kek atau sebarang hadiah. Namun di tahun pertama aku mempunyai akaun Facebook dulu, bila tiba sahaja hari lahir aku, hampir separuh daripada rakan FB aku meninggalkan coretan "Selamat Hari Lahir" dan "Happy Birthday" di wall aku, malah ada juga orang yang aku tidak kenal dan tidak pernah jumpa wish hari lahir aku.


Selasa, 14 Ogos 2012

77 Muzik zaman kegemilangan aku

Tengok Closing Ceremony Olympics 2012 Londan tempoh hari dengan kemunculan semula Spice Girls dan persembahan lagu Wonderwall oleh Beady Eye (former Oasis bandmate) buat aku teringat nostalgia muzik zaman2 aku membesar dulu. Aku membesar dengan lagu dan muzik dari band2 dan pemuzik2 antara yang berikut terutama sewaktu di sekolah menengah. Sekarang ni ada yang masih aktif, ada yang sudah berpecah, sudah kurang aktif, tidak aktif, hiatus, akan bersara, buat comeback dan macam2 lagi. Sekarang cuba teka berapa umur aku? Sapa dapat jawab betul aku bagi hadiah percutian ke Nepal selama 4 hari 3 malam dengan perbelanjaan sendiri.



Isnin, 13 Ogos 2012

24 Suami tengah takbir tengok bini atas katil

Bukan aku suruh, kabo je...



Ahad, 12 Ogos 2012

9 Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah #4

Ini merupakan segmen terjah blog Ustaz & Ustazah yang terakhir memandangkan minggu depan merupakan minggu last nak raya, dan dijangka kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad bersamaan 19hb Ogos 2012. Banyak blog2 Ustaz atau para ilmuwan agama lelaki kat internet tapi susah nak cari blog2 Ustazah atau ilmuwan agama wanita. Bagaimanapun seperti yang aku tulis kat entry sebelum ni, sepatutnya golongan ilmuwan agama ini haruslah bersifat neutral dan berkecuali dari mana2 pengaruh politik agar masyarakat kita tidak keliru dan berpecah belah. Kalau tidak masing2 akan gunakan ayat2 Al-Quran demi kepentingan survival politik masing2. Tak salah sekiranya mereka menyokong BN atau PR, tapi sekiranya terdapat keburukan atau kelemahan di pihak sendiri perlulah ditegur dan dikritik, bukannya mencari kesalahan di pihak sana sahaja tapi kesalahan di pihak sendiri dibutakan mata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...