Khamis, 3 Disember 2015

23 Antara Cinta dan Sahabat: The Alternate

Seperti yang korang tahu, aku telah berkolaborasi dengan pelukis komik Irfan Hilal untuk menghasilkan sebuah komik yang bertajuk "Antara Cinta & Sahabat" bagi pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015). Dengan lebih 100 penyertaan kali ini tak dinafikan persaingan ini memang sangat sengit dengan komik2 yang sangat hebat baik dari segi mutu lukisan mahupun jalan cerita, malah aku sendiri tak yakin ada peluang nak menang.

Cuma untuk komik "Antara Cinta & Sahabat", sebenarnya aku dah lama nak tulis cerita ni sebagai cerpen pendek dalam entry blog, namun memandangkan ada pertandingan ini, aku rasa why not aku gunakan cerita ini untuk dijadikan komik untuk masuk pertandingan ini? Tapi memandangkan lukisan aku buruk, aku perlu cari pelukis lain untuk lukiskan cerita ini, dan apabila Irfan Hilal bersetuju untuk melukis cerita ini, maka aku amat berbesar hati dan terhasillah karya seperti yang korang boleh baca di sini - http://www.matkomik.com/2015/11/antara-cinta-sahabat-oleh-prince-of.html.


Dalam cerita ini ada 3 watak utama iaitu Aila, Maisarah dan Adam. Aku memilih untuk membuat cerita ini berdasarkan sudut pandang (Point of View - POV) Aila, seorang gadis universiti yang digambarkan baik, sopan santu, lemah lembut dan penyayang. Maka korang boleh lihat Aila sebagai narator bagi cerita komik ini.

Kemudian ada seseorang telah memberi pandangan yang cerita ini lebih menarik jika ia dibuat berdasarkan sudut pandang Adam. Aku pun sebenarnya dah lama terfikir idea nak buat satu cerpen atau novel dalam bentuk sudut pandang 2 watak, seperti contoh dalam satu cerita cinta, di sebelah kiri adalah cerita pada sudut pandang lelaki manakalah sebelah kanan adalah cerita pada sudut pandang wanita.

Sebab sekarang ni kalau kita baca apa2 cerita baik di novel, komik dan filem, kebanyakannya hanya diceritakan dari sudut pandang seorang watak utama. Kadang2 kita kena dengar dan berada di tempat kedua2 pihak baru kita boleh faham dan membuat penilaian dengan lebih baik.

Maka aku ambil peluang ini untuk cuba menceritakan kembali cerita "Antara Cinta & Sahabat" ini berdasarkan sudut pandang ketiga2 watak utama ini memandangkan cerita ini adalah berkisar tentang percintaan 3 segi seperti berikut:


Watak /
Muka surat
 Aila
Maisarah
Adam

1

Nama aku Aila. Aku baru sahaja menjejakkan kaki di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Walaupun ia merupakan pilihan kelima aku, namun sudah tertulis rezeki aku untuk menyambung pengajian di dalam bidang ini.


Nama aku Maisarah. Orang lain biasanya panggil aku Mai sahaja. Aku juga seorang OKU yang mempunyai kecacatan kekal sejak lahir pada kaki kiriku membuatkan aku perlu berjalan menggunakan tongkat atau kerusi roda.

Aku baru diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang juga merupakan pilihan pertamaku.


Nama aku Adam. Aku berasal dari keluarga yang agak senang di mana bapaku mempunyai sebuah syarikat penyelenggaraan automotif.

Disebabkan itu bapaku telah menggalakkan aku menyambung pengajian dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal.

Selepas tamat matrikulasi, aku telah diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang tersebut.


2

Namun oleh kerana otak aku bukanlah begitu cerdas, maka aku agak lambat dalam pelajaran.

Jika orang lain  hanya memerlukan 10 minit untuk memahami suatu subjek  yang diajar, aku pula memerlukan 1 jam.

Disebabkan itu aku agak ketinggalan berbanding rakan sekelas yang lain.

Malah kadangkala apabila aku bertanyakan soalan kepada pensyarah di dalam kelas, aku boleh terdengar suara-suara sumbang di belakang mengejekku.


Memandangkan kursus ini lebih ramai lelaki, maka aku tidak mempunyai ramai kawan dalam kelas aku.

Mungkin juga kerana aku merupakan seorang OKU membuatkan aku merasa rendah diri untuk berkawan dengan orang lain.

Malah aku boleh rasakan pandangan pelik dan simpati daripada rakan sekelasku yang lain yang sering membuatku rasa tidak selesa.

Walaupun latar belakang keluargaku agak senang, namun aku tidak pernah bersikap sombong malah aku mudah berkawan dengan semua orang.

Namun begitu aku tiada ramai kawan perempuan, bukan kerana aku tidak suka atau tidak minat pada orang perempuan, cuma aku rasa buat masa ini tiada keperluan untuk aku berkawan rapat dengan mana-mana perempuan, lebih-lebih lagi pelajar yang mengambil kursus ini memang ramai lelaki berbanding perempuan.

3

Pada suatu hari, sedang aku belajar seorang diri di pondok, seorang gadis bertongkat datang lalu menegurku.

Gadis tersebut adalah rakan sekelasku iaitu Maisarah yang juga  merupakan seorang OKU kerana kecacatan di kaki kirinya sejak lahir.

Setelah mengetahui aku sering belajar seorang diri kerana rakan sekelas ramai pelajar lelaki serta tidak mahu membebankan sesiapa, Mai menawarkan diri untuk menjadi teman belajarku. 

Pada mulanya aku segan untuk menerima kerana takut menyusahkan dia tapi setelah dipujuk maka aku terima juga pelawaannya.

Pada suatu hari, ketika sedang berjalan di depan kolej, aku ternampak rakan sekelas ku iaitu Aila sedang mengulangkaji pelajaran lalu aku menegurnya.

Aila seorang yang sangat baik, ramah, lembut dan sopan orangnya, namun dilihat sering menyendiri dan keseorangan.

Aku mendengar keluhan hatinya tentang masalah pembelajarannya lalu aku menawarkan diri untuk menjadi teman belajarnya.

Pada mulanya Aila rasa serba salah namun setelah aku pujuk maka dia terima juga pelawaan aku untuk belajar dengannya.

Entah kenapa aku rasa tertarik untuk berkawan dengannya, mungkin kerana aku tidak pernah ada kawan yang rapat sebelum ini.


Memandangkan di dalam kelas aku lebih ramai orang lelaki dengan nisbah 4 lelaki: 1 perempuan, maka semua pelajar perempuan di dalam kelasku mudah untuk dikenalipasti sehingga setiap seorangnya mempunyai nickname tersendiri yang diberikan oleh budak-budak lelaki.

Ada yang digelar Chubby kerana mempunyai pipi yang tembam, Rempit kerana menunggang motor RXZ ke kelas, Albino kerana mempunyai wajah yang putih melepak.

Namun ada 2 gadis yang sering menjadi bahan ejekan dengan gelaran yang agak nakal di kalangan budak-budak lelaki iaitu Aila dengan gelaran Siput  kerana selalu tertinggal keretapi di dalam kelas dan juga Maisarah dengan gelaran Capik kerana kecacatannya.

4

3 bulan kemudian, beberapa hari sebelum cuti hari raya, aku telah bertanyakan pada Mai tentang rancangan cuti rayanya kerana sebelum ini Mai tidak pernah bercerita tentang keluarganya.

Namun tiba-tiba riak wajah Mai bertukar menjadi sedih dan mula mengeluarkan air mata. Aku jadi serba salah kerana mungkin aku ada tersalah cakap.

Selepas beberapa ketika, Mai memberitahu yang dia sebenarnya tidak tahu siapa ibu bapa kandungnya kerana telah ditinggalkan di rumah anak yatim sejak kecil, mungkin kerana mereka malu mendapat anak yang cacat.

Aku benar-benar rasa sedih dan terus memeluki Main untuk memujuknya dan meyakinkan yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan aku bersyukur sangat kerana mendapat sahabat sepertinya.

Mai memberitahu yang dia tak pernah ada sahabat yang benar-benar rapat sebelum ini kecuali aku.

Tanpa berfikir panjang aku terus mengajak Mai untuk pulang berhari raya di kampung aku untuk menghilangkan kesedihannya dan aku berasa amat gembira apabila Mai menerima pelawaanku.


3 bulan kemudian, beberapa hari sebelum cuti hari raya, Aila telah bertanyakan kepada aku tentang rancangan cuti rayaku.

Tiba-tiba aku merasa sedih dan tidak dapat menahan air mata.

Ya, aku tidak pernah kenal siapa ibu bapa kandungku kerana mereka telah meninggalkan aku di rumah anak yatim sewaktu aku masih kecil. Mungkin mereka malu kerana mendapat anak yang cacat.

Aila terus memelukku untuk memujuk dan meyakinkanku yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan dia sangat bersyukur kerana mendapat sahabat sepertiku.

Aku turut merasakan syukur kerana mempunyai sahabat seperti Aila yang tidak pernah aku ada sebelum ini.

Aila kemudian mengajakku untuk mengikutnya pulang berhari raya di kampungnya. Pada mulanya aku agak segan namun akhirnya menerima pelawaannya kerana merasakan yang Aila memang benar-benar ikhlas ingin mengajakku.

Walaupun begitu aku sebenarnya tidak suka akan gelaran-gelaran yang diberikan oleh budak-budak lelaki kepada budak perempuan sekelas.

Pernah suatu ketika aku menegur seorang rakan sekelasku kerana menyindir Aila yang hendak bertanyakan soalan kepada pensyarah. Aku juga pernah menghalang beberapa kanak-kanak kecil yang mengejek kecacatan Maisarah sewaktu di kedai makan.

Bukanlah nak kata aku ini baik hati dan mulia sangat, namun aku tak boleh terima apabila seseorang itu dihina hanya kerana kelemahannya. Bukankah kita semua manusia yang tak lari dari kelemahan? Adakah kita ini begitu sempurna hingga merasakan orang lain yang kurang daripada kita layak dihina?

Mungkin kerana didikan daripada ibu bapaku yang menyebabkan aku boleh berfikiran lebih matang berbanding rakan-rakan lain yang fikiran mereka masih kebudak-budakan dan tidak matang.

5

Semenjak hari itu aku dan Mai menjadi lebih rapat. Kami tinggal di bilik yang sama, belajar bersama, makan bersama, berjalan bersama, keluar membeli belah bersama, bermain bersama, membawanya pergi ke hospital, pendek kata banyak masa aku diluangkan bersama dengan sahabat karibku ini sepanjang pengajian dari Semester 1 sehinggalah Semester 8.

Semenjak hari itu aku dan Aila menjadi lebih rapat. Kami tinggal di bilik yang sama, belajar bersama, makan bersama, berjalan bersama, keluar membeli belah bersama, bermain bersama, membawa aku pergi ke hospital, pendek kata banyak masa aku diluangkan bersama dengan sahabat karibku ini sepanjang pengajian dari Semester 1 sehinggalah Semester 8.

Sejak itu aku sering perhatikan Aila dan Maisarah dari jauh. Aku perhatikan mereka sering bersama dari Semester 1 hinggalah Semester akhir. Kadang-kadang aku kagum dengan persahabatan erat mereka. Saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Lagipun kedua-duanya boleh tahan ayunya hehe. Namun aku terpesona dan jatuh hati dengan keihklasan dan sifat penyayang yang ada pada Aila terhadap Maisarah.


6

Pada suatu hari ketika di dalam dewan kuliah di penghujung Semester ke 8 iaitu semester yang terakhir, aku menerima sebuah nota kecil yang diletakkan di dalam beg aku yang tertulis “Aila, Lepas kelas saya nak jumpa – Secret Admirer”.

Aku rasa agak terkejut dengan nota tersebut dan cuba buat macam biasa. Ketika aku mahu keluar dari kelas, terdengar seorang lelaki memanggil namaku dari belakang dan aku amat terkejut apabila yang memanggilku adalah seorang rakan kelasku iaitu Adam.

Aku bertanyakan kepadanya kenapa mahu berjumpa denganku, dan Adam dengan tersipu-sipu memberitahu yang dia sebenarnya sudah lama sukakan aku dan mahu menjadikan aku isteri yang sah setelah habis belajar nanti.

Aku terkedu. Adam sukakan aku?

Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Mai tentang crush kami suatu ketika dulu ketika kami di Tahun 1. Masa itu kami bersetuju untuk menunjukkan akaun Facebook crush masing-masing.

Pada Semester ke 8 iaitu semester yang terakhir, banyak jadual kelas aku yang tidak sama dengan Aila, namun kebiasaannya kami tetap akan pulang ke kolej bersama-sama selepas kelas tamat.

Pada suatu hari, setelah selesai kelas Mekanik Bendalir, aku terus bergegas ke dewan kuliah Aila untuk pulang bersama-samanya. Setelah aku hampir ke kelasnya, aku ternampak Aila sedang berbual dengan Adam.

Adam?

Adam merupakan crush aku dari Tahun 1 lagi. Aku minat Adam bukan kerana dia kacak atau latar belakangnya, namun kerana personalitinya yang sentiasa ceria, mudah berkawan, disenangi ramai dan tinggi lampai.

Namun perasaan itu aku pendamkan sahaja kerana aku tahu aku bukanlah orang yang layak untuknya.

Hanya Aila yang tahu rahsia aku ini.

Pada Semester 8 iaitu semester kami yang terakhir di universiti ini, aku bertekad untuk meluahkan perasaan aku terhadap Aila. Lagipun jika aku tak buat sekarang, belum tentu aku berpeluang lagi selepas habis belajar nanti.

Maka pada suatu hari aku tulis nota untuk berjumpa dengan Aila setelah tamat kelas dan letakkan nota tersebut di dalam begnya.

Tamat sahaja kelas, aku terus menunggu Aila di luar dewan kuliah.

Kemudian Aila keluar dari kelas dan kelihatan seperti hendak mencari seseorang. Nampaknya dia sudah membaca nota aku.

Aku pun kuatkan semangat dan terus memanggilnya lantas Aila menoleh ke arah ku dan memanggil namaku.

Aku pun memberitahu yang akulah yang memberi nota tersebut dan terus berterus terang dengannya yang aku sukakannya dan mahu berkahwin dengannya setelah tamat pengajian.

Aila menunjukkan wajah terkejut dengan confession aku ini dan kemudiannya menunduk seperti sedang berfikir sesuatu.


7

Aku teringat lagi Mai menunjukkan Facebook crushnya iaitu Adam sambil tersipu-sipu malu.

Aku amat terkejut kerana crush aku juga adalah Adam lalu cepat-cepat aku menukar gambar Facebook pelakon Harun Aziz untuk menjaga hatinya.

Mai berasa malu dan meminta aku merahsiakan tentang crushnya itu.

Sekembalinya aku daripada ingatan lama, aku terus menolak lamaran Adam. Adam bertanya kepadaku kenapa aku menolak lamarannya, adakah kerana dia tidak layak buatku atau aku sudah ada teman lelaki.

Aku tergagap-gagap untuk menjawab lalu terlepas cakap yang aku menolak lamarannya adalah kerana Mai sukakan dia dan tak mahu Mai kecewa.

Aku teringat yang pernah suatu ketika aku menunjukkan Facebook Adam kepadanya dan memberitahunya yang aku sukakan dia.

Aila pula tunjukkan crush dia pelakon Haruz Aziz. Hmmm malu aku.

Tapi bila aku tengok Aila dan Adam sedang berbual, rasa pelik juga aku. Takkan Aila nak beritahu Adam yang aku sukakannya, atau Adam sukakan Aila?

Ah tidak, mungkin mereka hanya berbincang tentang tugasan atau pelajaran kelas sahaja.

Aku cuba berjalan perlahan-lahan untuk kejutkan Aila daripada belakang, namun aku amat terkejut apabila aku terdengar yang Aila memberitahu Adam bahawa aku sukakan dia!


Beberapa lama kemudian, Aila membuka mulut dan menolak lamaran aku membuatkan aku agak terkejut. Aku ini tak cukup layak untuk dirinya kah? Atau dia sudah pun ada teman lelaki?

Dia menggelengkan dan memberitahu sebab dia menolak lamaran ku ini adalah… kerana Maisarah sukakan aku.

Maisarah sukakan aku? Biar betul?

8


Brupppp!!

Kedengaran bunyi buku bertaburan di belakang. Rupanya Mai berdiri di belakang dan terdengar perbualan kami.

Mai mula marahkan aku kerana memberitahu Adam akan rahsianya. Aku cuba untuk menjelaskan kepadanya cerita sebenar namun Mai terus berlalu pergi dengan sedih.

Brupppp!!

Aku begitu terkejut dengan kata-kata Aila sehingga tidak sedar aku terjatuhkan semua buku yang aku bawa.

Aku berasa amat malu kerana Adam telah tahu rahsia aku dan amat sedih serta marah pada Aila kerana membocorkan rahsia aku.

Kenapa? Kenapa Aila buat aku begini?

Aila cuba memujukku namun aku tak sanggup nak dengar apa-apa dan terus berlalu meninggalkan mereka.


Brupppp!!

Tiba-tiba terdengar bunyi beberapa buku jatuh di belakang. Rupa-rupanya Maisarah berada di belakang kami dan mungkin telah terdengar perbualan kami.

Aku lihat air mata bertakung pada mata Maisarah sejurus dia memarahi Aila kerana telah membocorkan rahsianya.

Rahsia apa? Rahsia yang dia suka kat aku?

Aila terus memujuknya namun Maisarah terus berlalu pergi dari situ.

9

Adam mula kebingungan dan minta penjelasan daripada aku.

Dengan berat hati aku pun memberitahunya yang sebenarnya Mai sudah lama sukakan dia sejak Tahun 1 lagi, tapi aku lagi teruk kerana terjatuh hati pada orang yang sama.

Aku tak boleh maafkan diri aku jika aku terima lamaran Adam kerana aku tak sanggup kehilangan sahabat karibku.

Adam memberitahuku yang dia benar-benar sukakan aku dan mungkin Mai akan faham, namun aku tidak sanggup kerana Mai sudah terlalu lama hidup sebatang kara. Cukuplah penderitaan yang Mai alami selama ini, aku tak mahu menambah kesedihannya lagi.

Sekali lagi Adam bingung dan bertanya apa yang dia boleh buat. Aku cakap padanya jika dia sukakan aku, kahwinilah Mai untuk aku, namun Adam tidak setuju.

Oleh sebab itu aku pun tidak dapat menerima lamaran Adam dan berlalu pergi.

Dari jauh aku melihat mereka masih berbual. Sampai hati Aila kerana telah memungkiri janjinya.

Walaupun apa yang dia beritahu itu memang benar tapi aku berasa amat malu.

Macam mana aku nak berhadapan dengan Adam selepas ini? Macam mana kalau Adam beritahu rahsia aku pada orang lain? Mana aku nak letak muka aku.

Tidak lama kemudian, Aila datang kepadaku dengan mata kemerahan kerana baru lepas menangis.

Aila cuba memujukku dan menceritakan perkara sebenar. Selepas aku mengetahui yang rupa-rupanya Adam mahu melamar Aila menjadi isterinya dan Aila menolak kerana aku, aku tidak menjadi marah sebaliknya berasa bersalah kerana akulah punca Aila menolak lamaran Adam.

Walaupun jauh di sudut hati aku memang sukakan Adam, namun aku rela jika yang berkahwin dengan Adam adalah sahabat karib aku sendiri demi kebahagiaan orang yang aku cintai.

Tanpa berfikir panjang aku terus memujuk Aila untuk menerima lamaran Adam sehingga Aila sendiri terkedu dengan kata-kataku...


Aku dah mula bingung dan meminta Aila menjelaskan pada aku akan segala kekusutan ini.

Aila kemudian memberitahu aku yang Maisarah sudah lama meminati aku sejak Tahun 1 dulu. Ya, aku ingat lagi kejadian aku mempertahankan Maisarah daripada menjadi bahan ejekan kanak-kanak adalah sewaktu aku berada di Tahun 1.

Dan Aila memberitahu lagi yang dia juga ada hati pada aku. Ah sudah, biar betul? Namun dia menolak lamaran aku kerana memikirkan perasaan sahabat karibnya.

Aku cuba cakap padanya yang Maisarah mungkin akan faham tetapi Aila menegaskan yang aku takkan faham kerana Maisarah sudah lama hidup sebatang kara dan tidak mahu menambah lagi penderitaannya.

Apabila aku masih lagi cuba untuk memujuknya, dia meminta aku untuk menikahi Mai untuk dirinya.

Walaupun aku tidak bersetuju dengan cadangan itu namun Aila tetap tidak mahu menerima lamaranku dan terus berlalu pergi.

Aku terdiam kelu namun bernekad untuk tidak akan putus asa dan terus mencuba.

10

Dua tahun kemudian…

Akhirnya aku terima juga lamaran untuk berkahwin dengan Adam setelah didesak berulang kali, namun dengan syarat dia perlu juga menikahi sahabat karibku Mai sebagai isteri pertama dan aku sebagai isteri yang kedua.

Pada mulanya sukar untuk Adam menerima cadanganku namun memandangkan tiada pilihan lain maka dia menerimanya.

Mai juga pada mulanya mahu mengundur diri setelah aku ceritakan perkara sebenar serta niatku ini, namun setelah aku meyakinkannya berulang kali, akhirnya dia terima juga untuk bermadu denganku malah dia sendiri merasa amat gembira dan terharu atas usaha aku untuk menyatukan kami bertiga.

Bagaimana dengan perasaan aku pula?

Sejujurnya akulah insan yang paling gembira kerana dapat memiliki kedua-duanya sekali iaitu persahabatan dan cinta hatiku.

Islam itu mudah dan membenarkan poligami, maka aku yakin jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat kami.

Dan aku pasti... aku pasti akan berasa lebih bahagia apabila maduku itu… adalah sahabat karibku sendiri.


Dua tahun kemudian…

Akhirnya Aila terima juga lamaran untuk berkahwin dengan Adam setelah didesak berulang kali. Namun bukan hanya Aila yang berkahwin namun aku juga berkahwin dengan Adam. Itulah syarat yang diletakkan oleh Aila kepada Adam jika mahu mengahwininya.

Pada mulanya sukar untuk aku menerima cadangan Aila dan sanggup berundur kerana tidak mahu menjadi beban dan penghalang kepada mereka, namun setelah dia meyakinkan aku berulang kali malah Adam juga turut sama menyatakan persetujuannya untuk turut menikahi aku dan berjanji untuk berlaku adil dan turut menyayangi diri aku, akhirnya aku bersetuju. Aku dapat merasakan kegembiraan di hati mereka apabila kami bertiga disatukan.

Bagaimana pula dengan perasaan aku?

Sejujurnya aku amat gembira kerana memperoleh sahabat yang benar-benar menyayangi dan memahami diri aku serta mendapat suami yang turut menyayangi dan menerima aku seadanya.

Islam itu mudah dan membenarkan poligami, maka aku yakin jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat kami.

Dan aku pasti... aku pasti akan berasa lebih bahagia apabila maduku itu… adalah sahabat karibku sendiri.


Setelah dua tahun, akhirnya Aila terima juga lamaran aku setelah aku mendesaknya berulang kali namun dengan syarat aku perlu juga menikahi Maisarah.

Pada mulanya aku tidak yakin dengan cadangan tersebut kerana aku risau tidak dapat berlaku adil terhadap kedua-duanya, namun setelah berfikir masak-masak dan berbincang dengan keluarga, akhirnya aku bersetuju untuk menjadikan kedua-dua sahabat baik ini sebagai isteri aku yang sah.

Sepanjang 2 tahun selepas tamat belajar, hubungan kami tidak seperti pasangan bercinta tetapi lebih kepada kawan. Kami masing-masing mengenali hati budi massing-masing, malah kami tidak pernah keluar dating berdua. Kalau perlu berjumpa kami akan berjumpa bertiga, dan perhubungan kawan ini kekal sehingga kami mendirikan rumahtangga.

Ya, memang agak sukar untuk berkahwin lebih daripada satu lebih-lebih lagi di usia yang muda, namun lelaki mana yang tidak gembira dapat berkahwin dua, lagipun aku mendapat sokongan daripada kedua-dua isteri aku.

Namun adakah aku akan dapat cintakan Mai seperti mana aku cintakan Aila? Cinta itu adalah perasaan yang kita sendiri wujudkan, maka kenapa aku tak boleh mencintai orang yang juga mencintai aku?

Lagipun Islam itu mudah dan membenarkan poligami, maka aku yakin jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik buat kami.

Dan aku pasti… aku pasti akan berasa lebih bahagia apabila kedua-dua isteriku itu, adalah sahabat karib yang sentiasa menjaga dan menyayangi antara satu sama lain.

Dan setahun kemudian...

Keluarga bahagia Adam, Aila dan Mai kini sudah pun mempunyai orang baru dalam keluarga mereka. Aila melahirkan seorang anak lelaki bernama Firash manakala Mai melahirkan seorang anak perempuan bermama Sarah.


Cerita dari sudut pandang siapa yang anda rasakan lagi menarik? Berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Dan jangan lupa, aku memohon agar anda semua sekali lagi mengundi komik kami ini di sini -


Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 11 Disember 2015.

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.




23 ulasan:

  1. OMG!!!!
    huhuhuhu ok ending dia sumpah terkejut beruk hahahaha.
    Peh peh hebat!!!! Best! Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks aqilah. jangan lupa undi ya :)

      Padam
    2. https://www.youtube.com/watch?v=0DrIOfSWi_c

      Tanpa seurat benang beb!

      Padam
  2. mana komik cintaku prooOttT sirosli sayang awak 250.6% ? huhuhu pape pun prooTt dulu d muka sirosli..

    BalasPadam
  3. Kouta kan ada 4...xyah pening kepala..laki ON je...ppuan je xnak bermadu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tp 1st time tgk cite sampi 3 POV....tp untuk tambah perencah kena add on more conflicts masa start confess smpi 2 tahun lepas tu (kawin)

      kena undi ek? OK

      Padam
  4. komik idaman para jejaka.. hahahahaha!

    BalasPadam
  5. Disebabkan dah ada 3 jalan cerita dan satu dah pon masuk pertandingan, apa kata lukis je dua lagi cerita tu atas dasar suka-suka.
    Best jugak bila baca dr sudut pandangan watak lain.
    Kalau kena pilih, aku rasa cerita Maisarah lagi berat sbb dia dr awal lagi ada isu self-esteem rendah sbb OKU.
    Sbb audiens mostly bukan OKU, jadi bila baca cerita dr POV OKU patut akan banyak lagi input.

    Apapun, semuanya THORBAEK!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq cEro. tapi nak lukis lagi dua cerita tu la kena bergantung kepada kesudian dan kelapangan masa pelukis huhu.

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Kena baca habis baru faham kenapa tajuk dia cinta dan sahabat.
    Pendapat Mrs. A ceritanya oklah.
    Memang ada berlaku pun di dalam realiti kehidupan tetapi memang agak rare.
    Contoh seperti pelakon Asraf Muslim yang berkahwin dua itu.
    Tengok mereka nampak bahagia aje, madunya pun baik-baik aje.
    Tak tahulah seandainya itu diluaran sahaja.
    My girls friends dua orang bermadu tau... Noob.
    Seorang tu oklah baik sesama madu.
    Yang seorang lagi itu memang tak berapa nak baiklah.
    Apa-apa pun Mrs. A dah undi ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, benda ni memang susah nak jumpa berlaku kat dunia sebenar. Apa2pun terima kasih atas undian ya.

      Padam
  8. lagi dua masa dah kerja nanti...

    BalasPadam
  9. Wah best cerita komik, encik noob :-)
    Macam mana nak undi ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq nabihah. Untuk mengundi klik pada link komik tu pastu kat bawah komik tu ada 5 bintang warna merah. Klik pada bintang paling kanan sekali :)

      Padam
  10. Oh Rozana

    Aku mencari gambarmu
    Keluar photo jejaka bangla
    Tersenyum dan melirikmu
    Bersama seketul bisjut & royi

    Oh Rozana

    Tapi aku tak mampu
    Membalas lirikan dan senyummu
    Tanpa bisjut & royi darimu
    Yang kuharap selalu

    Oh Rozana

    Dengan perasaan sangat rindu
    Kutulis pesan singkat untukmu
    Untuk mengurangi resah dihatiku

    Oh Rozana

    Bilakah ada bisjut & royi
    Ku tunggu telefon darimu
    Kerna aku sangat rindu
    Ingin membeli bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  11. aku dah undi dah bero hehe

    nazrul ali

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.