Isnin, 18 Ogos 2014

51 Perkara di Malaysia yang dirindui ketika di Jepun

Beberapa bulan lepas aku pergi ke Jepun atas urusan tugas selama sebulan, namun baru seminggu di sana, aku dah mulai rindukan pelbagai benda di Malaysia. Berikut adalah benda2 yang aku rindu sangat kat Malaysia sepanjang aku di Jepun:


1. Trafik jem

Jalan kat Jepun ni susah nak jem teruk, malah pemandu diorang pun terlalu berdisiplin. Pengangkutan awam pulak terlalu efisyen, cekap dan teratur, banyak alternatif, ikut jadual tepat pada masa, orang pula takde berebut2 nak naik, membuatkan orang lebih selesa naik pengangkutan awam dari kereta. Aku rindu betul keadaan jalan yang sesak dan pemandu yang suka potong line guna lorong kecemasan kat Malaysia, tambah pulak pengangkutan awam yang tak efektif, at least kalau lambat sampai ofis boleh bagi alasan tayar bas pancit atau tren tergendala. Balik kampung berbelas2 jam tu perkara biasa.


2. Kurang disiplin

Orang2 kat Jepun ni terlalu berdisiplin sangat macam tak masuk akal. Nak naik bas beratur, naik tren beratur, warga tua, wanita mengandung dan OKU semua duduk di kerusi yang disediakan, orang sanggup berjalan jauh2 cari tong sampah untuk buang sampah sedangkan ada je longkang dan rumput untuk dibuang sampah terutama puntung rokok. Aku rindu betul nak naik bas atau tren sambil berasak dan berebut2, tengok orang pentingkan diri duduk kat kerusi khas, sampah dibuang merata2 dan lain2 lagi sikap2 tipikal di Malaysia.


3. Tandas awam yang kotor

Aku pelik betul macam mana orang Jepun ni jaga tandas2 awam diorang. Terlalu bersih sampai aku rasa macam masuk dalam bilik hotel dan boleh tidur kat situ, padahal tandas awam dekat R&R je pun. Tandas awam tu sepatutnya tak payah la bersih2 sangat. Lantai basah, air bertakung, sinki berkerak, taik tak flush, bau hancing, itulah elemen2 yang sepatutnya ada di sebuah tandas awam tak kira la tandas awam di R&R, shopping complex dan masjid2, tak bagi bersih sangat pun takpe, cukuplah ala2 kadar je.


4. Kerja lebih relaks

Orang Jepun ni terlalu serius sangat dengan kerja, semua benda nak laju dan cepat, sampai aku pun kadang2 kena berlakon buat2 busy depan diorang. Pergi meeting ke, jumpa client ke, jumpa pegawai kerajaan diorang ke, serius je semua, on-time pulak tu. Kalau janji pukul 10 pagi, pukul 9.50 pagi dah ada dah. Cuti sakit pun takde, yang ada cuma time-slip untuk rehat beberapa jam je. Setakat batuk, selsema, sakit kepala pun masih datang kerja, kalau nak cuti kena tolak cuti tahunan.

Aku rindu betul dengan budaya kerja kat Malaysia yang jauh lebih baik dari Jepun. Kerja relaks dan layback, boleh borak2 sembang2, waktu kerja leh main FB, pukul 10 boleh hilang gi minum, mesyuarat pukul 3 petang masuk 3:30 pun takde masalah, pukul 5 tepat punch-out boleh terus balik, rasa nak cuti pergi klinik beli MC.


5. Kedai yang tidak mesra

Satu lagi yang aku sangat kurang selesa kat Jepun ni, kebanyakan kedai yang aku masuk, mesti ada penyambut tetamu yang menyambut dan setiap kali nak keluar mesti diorang cakap terima kasih. Tak bosan ke asyik nak ucap selamat datang dan terima kasih je? Rimas lah. Bagi la kebebasan sikit pada pelanggan. Aku rindu betul kedai2 kat Malaysia ni, kebanyakannya bila kita masuk pekerja diorang buat tak tahu je, lepas beli kalau bernasib baik dapat la ucapan terima kasih, kalau setakat window shopping jangan harap la. Macam ni lah yang aku suka rasa bebas sikit.


6. Isu kaum, kenegerian, agama dan sembang politik

Satu benda yang aku tak suka bila duduk kat sini adalah orang2 Jepun kat sini takde pun masalah kaum dan sembang2 pasal politik tiap2 hari. Diorang ni terlalu asyik dengan kerja dan buat benda2 yang diorang minat. Aku betul2 rindukan Malaysia sebab isu2 kat sini penuh warna warni, ada je macam2 isu yang berlaku dan diungkit, isu perkauman pasal Melayu la, Cina la, India la, Semenanjung la, Sabah Sarawak la, orang Kelantan la, orang Johor la, orang Nogori la, orang Islam la, orang Kristian la, macam2 isu.

Politik pulak lagi la langsung takde kesudahan, pasal Najib la, Rosmah la, Khalid Ibrahim la, Anwar Ibrahim la, Wan Azizah la, Mat Sabu la, Lim Guan Eng la, krisis MB Selangor la, harga barang naik la, GST la, macai gaduh la, macam2. Kat Jepun mana la diorang nak sembang pasal politik je 24 jam sampai penuh kat newsfeed FB dengat cerita2 politik.



Itu antara benda yang aku rindukan kat Malaysia sepanjang berada di Jepun, sebenarnya banyak lagi tapi aku malas nak tulis banyak2 lagi. Kalau nak dibandingkan Jepun dengan Malaysia, kat Malaysia lebih baik dan seronok, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri biar lah hujan batu pun. Aku tak boleh bayang kalau duduk lama kat Jepun, mesti aku dah boleh jadi biol.

Tapi aku pelik la dengan orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Nepal, Sri Lanka dan lain2 yang banyak datang negara kita untuk merantau dan cari rezeki. Negara kita ibarat hujan emas bagi mereka sedangkan negara mereka hujan batu, kenapa cari hujan emas juga? Mereka tak pernah dengar ke pepatah Melayu pasal hujan emas hujan batu tu?

Walau perkara2 kat atas tu nampak macam negatif, tapi itulah yang menjadikan Malaysia, Malaysia. Ya itulah keunikan kita sebagai orang Malaysia. Kita tak perlu ikut negara lain seperti Jepun. Kita sudah ada identiti kita sendiri, dan identiti inilah yang kita harus kekalkan.




tags: perkara benda dirindukan di malaysia beza jepun sarkastik sarcasm siapa tak faham dia bodoh

51 ulasan:

  1. Balasan
    1. perkara benda dirindukan di malaysia beza jepun sarkastik sarcasm siapa tak faham dia bodoh
      tags terbaik punya lol bodoh 2nd all anon below loser mwahaha2

      Padam
    2. npe dgn ko ni?lupa makan ubat ke?

      Padam
    3. Saya wanita berusia 20 tahun dan masih bujang. Saya bertanya untuk menambah pengetahuan kerana saya kurang memahami perkara berikut:

      1. Apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan onani dan kesannya.

      2. Saya kerap mengalami pengeluaran cecair jernih dari faraj dan kadang-kadang keputihan setiap kali sebelum haid. Adakah keadaan ini normal? Adakah itu menandakan wanita itu subur?

      3. Adakah air mani hanya akan keluar melalui persetubuhan? Adakah akan terasa seperti terdapat getaran pada bawah perut? Bolehkah ia keluar disebabkan faktor lain contohnya melalui sentuhan ketika mencuci selepas membuang air kecil?


      4. Saya kerap menukar seluar dan menggunakan pantyliner kerana sering keluar cecair lendir, licin dengan warna kadang-kadang jernih dan putih. Saya sangat tidak selesa jadi saya membersihkan bahagian terbabit dengan sabun hingga hilang rasa lendir. Kemudian saya gunakan tisu untuk mengeringkan bahagian itu. Adakah cara ini betul? Saya keliru dan ragu-ragu jika cecair yang keluar itu air mani. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

      Padam
    4. fatin!bapak dah pesan..kawal sikit kegersangan kau tu.Hishhh..maaf ye tuan2 dan puan2,fatin ni memang ada penyakit orgasm berlarutan. Dah ramai orang kg dok balun.

      Padam
    5. Mesti x sunat dr kecik ni...pas2 kemaluan rasa nak selalu digesel, baru hilang rasa geli 2..pening2

      Padam
    6. onani tu maksudnya melancap laa... kesannya sgt puaass... fap fap fap

      Padam
    7. Terbaiklaa noob Gua memang TABIK dengan gaya penulisan dan penyampai lu.

      Padam
    8. Kalau you still tak faham maksud onani tu mari uncle bawak pi jumpa Shy-Fool. Mari la..

      Padam
  2. So noob lu p jepang dpt tekel x awex2 jepang? Untung2 dpt cam maria ozawa pun jd ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uih..noob mana minat maria ozawa..taste dia macam tsubomi dan tsukasa aoi.haha.

      Padam
  3. aku pernah pi korea. Tandas punya bersih ya amat. Ada cleaner dok tunggu kat luar. Bila kita basuh tangan kat singki..air terpercik kit kat tepi2 tu, dia marah..dia lap bagi kering je. Kat sini aku tgk sebijik yg macam orang kat bukit bintang hotel tu buat. Cuma bezanya kat malaysia ni hotel 5 bintang je buat..tapi kalau kat negara sana,tandas awam.

    Ye,aku mengaku memang ada bnyak kekurangan dari segi disiplin rakyat kita ni. kita usaha la sama-sama baiki diri kita. Nak buat cmner kan..kita ni third world country..jepun pulak dah negara maju. Moga-moga kita usaha bersama untuk menjadi rakyat minda kelas pertama. Biar la negara kita tak boleh jadi macam jepun, kita jadi la sopan gaya melayu kita. Takmau la dok rasict2, berpuak2 pastu macai politik semua tu..nampak macam org tak matang.

    Tapi sekarang ni kat amerika dok bergaduh antara puak kulit hitam dan kulit putih. kes polis tembak mati orang kulit hitam. Tu aku suka..amerika tu memang agen yahudi. biar huru-hara sikit. Moga2 kita tak la gaduh2 dengan cina dan india. Kita hidup sebagai jiran dan rakan2..tanpa ambil kira kaum.

    BalasPadam
  4. tetiba aku rasa nak pergi jepun... keamanan sungguh disana ye.... tapi pikir banyak kali lepas aku baca kes yakuza tu -_-

    betul mak aku cakap, pergi jepun, rasa aman dan bersih je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pe yg nak ditakutnya dengan yakuza tu..pekida ngn perkasa lagi ganas.

      Padam
    2. yakuza jepun tak kacau sangat orang awam, diorang gaduh sesama sendiri je

      Padam
    3. takpun kalo orang awam pinjam duit dgn loan shark/yakuza, kalo x bayar mmg kena carik la mcm along. tp dorang x kaco kalo x ganggu dorang.

      Padam
  5. 7. Isu buang anak luar nikah

    Orang Jepun kafir laknatullah ni serius terlalu bertanggungjawab, semua anak luar nikah yang diorang buat secara haram tapi diorang nak bertanggungjawab, sampai aku pun kadang2 kena berlakon buat2 ada rasa tanggungjawab. Diorang tak buang pun anak luar nikah diorang dalam longkang atau jamban.

    Diorang pergi jumpa potential awek/balak dekat kelab malam ke, jumpa client dekat disko ke, jumpa pegawai kerajaan diorang dalam bilik hotel mewah 5 bintang ke, diorang buat je anak luar nikah lepas sesi perkenalan, semua on-time pulak tu. Kalau janji pukul 10 malam, pukul 9.50 pagi dah ada dah. Cuti sakit pun takde, yang ada cuma time-slip untuk rehat beberapa jam je. Setakat batuk, selsema, sakit kepala pun masih datang kerja, kalau nak cuti kena tolak cuti tahunan. Lepas 9 bulan ngandung diorang simpan anak luar nikah tu.

    Aku rindu betul dengan budaya buang anak luar nikah kat Malaysia yang jauh lebih efisien dari Jepun. Buang anak luar nikah secara relaks dan layback, boleh borak2 sembang2, si awek hisap rokok dengan balak sambil main FB & tengok anak luar nikah tu menggelupur dalam longkang/jamban tu, takde masalah pun. Kalau si awek rasa sakit lepas tu, nak cuti pergi klinik beli MC.


    BalasPadam
    Balasan
    1. 100 markah utk point yg bagus
      0 markah utk ayat plagiat

      Padam
  6. cun siak. tu kalau kurang kesopanan cam gitu..kasi raba la sikit.aummm

    BalasPadam
  7. Seteiap negeri ada baik buruknya....sy akui negara jepun ada byk kebaikkan dr segi kepentingan awam...tp dr stail kerje, ramai antara kita x larat nak follow stail jepun, ramai suka kerje yg agak flexible spt stail US, janji kerje siap.

    Tp org jepun n korea yg byk ppuan idamkan mmepunyai 'senjata' terkecil di dunia..so anda bangga skrg? Dr situ sy belajar setiap budaya di seluruh dunia berbeza2 n ada baik buruknya, tiada yg sempurna n byk antara kita sibuk kejarkan kejayaan dunia semata2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa senjata terkecil??? ckp jela konek senang cerita

      Padam
    2. demm, aym afrika bangga dgn asetnya yg berasal dr afrika itu..sori aym komen ko kali ni sgt x cerdik..

      jeles ngn noob gi jepang ke?

      Padam
    3. anon 10:20. ada ke komen makhluk ayam ni yg cerdik? selama ni memang cam bodo je ayat.tulis pjg-pjg tp takde isi apa pun.

      Padam
    4. Satu benda yang diharamkan dibawa masuk ke negara jepun ialah alat sulit lelaki tiruan..

      Sebabnya yang tiruan sangat besar berbanding dengan yang original Jepun...

      Padam
  8. wow jepun.. Noob pg jepun ke?
    Wahh,jepun ngara ak na pg stu hari nt.. Untung lah dah pg.. Entry nie lawak laa,hihii.. Rindu nan mlysia.. Yg plg xtahan rindu dgan traffic jem n tandas di mlysia..

    BalasPadam
  9. wow jepun.. Noob pg jepun ke?
    Wahh,jepun ngara yg ak na pg stu hari nt.. Untung lah dah pg.. Entry nie lawak laa,hihii.. Rindu nan mlysia.. Yg plg xtahan rindu dgan traffic jem n tandas di mlysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan... failed.
      post 2 kali... failed.
      kesimpulannya... anda seorg yg gagal

      Padam
    2. actually, u are failed... As usual...

      Padam
  10. haha.

    sangat terbaik.

    tak perlu gua nak komen panjang.

    BalasPadam
  11. wow awek arcade, boleh la ajak main...









    ...daytona usa

    BalasPadam
  12. tp kat jepun ada tsunami, gempa skala 7, riubt taufan...hati kena kental....

    BalasPadam
  13. go fuck you to japan fuckerrrr

    BalasPadam
  14. Apa blh buat..tu negara org... nengok je la... mungkin sana bagus... mungkin..

    BalasPadam
  15. mcm bdk skola jer, xpn xabis skola..da mls blajar jd gi keje arked, cmtu la prangai nyer..

    BalasPadam
  16. main kof la kof best buat combo arked hehe2

    BalasPadam
  17. Sarcasm level over 9000!!! Terbaik la Noob

    BalasPadam
  18. Punyu munyu dijepun juga adalah sgt menarik. Walau mcm mna pun Saya tetap rindukan klip 3gp.melayu boleh di malaysia..

    - noob jepangs-

    BalasPadam
  19. terbaik............ !!

    BalasPadam
  20. mengenai perkara no.6, aku tak setuju cara hang pilih bulu ni. Pertama sekali adakah hang amat fasih berbahasa jepun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak fasih bahasa jepun, tapi sepanjang aku kerja dengan mereka dari jam 8 ke 5, diorang tak buang masa borak2 kosong dan browse2 internet. diorang fokus buat kerja diorang. bercakap pun bila perlu dan pasal hal2 kerja je. lepas kerja aku tak tahu. dan pasal kaum tu, memang takde isu perkauman sesama mereka sebab semuanya 1 bangsa sahaja iaitu bangsa jepun. kalau diorang ada discriminate bangsa pun, diorang mungkin discriminate bangsa asing seperti orang kulit putih, negro, arab dan lain2, tapi diorang tak tak discriminate bangsa negara diorang sendiri.

      Padam
    2. Rupanya bersandarkan pada konteks masa bekerja rupanya. Ok la camtu.

      Setuju secara am bab takde isu perkauman.

      Padam
  21. 2 dan 3 sy x setuju dgn apa yang admin ulaskan.. kalau sy bygkn kalau org kita disiplin semasa belajar kat sekolah,, universiti,, tempat2 kerja,, salahke kalau malaysia maju suatu hari nanti dengan sikap sangat berdisiplin,, 3 plak,, kalau nak dibayangkan plak kalau tandas2 kt satu malaysia semua macam hancing, busuk,, dah tu nak melepas kat mana?? kalau orang tak pandai tahu jaga kebersihan ok la lagi,, kalau ada orang pandai tapi bangang lepas memerut tak reti nak flush??

    BalasPadam
    Balasan
    1. " orang tak pandai "

      Padam
    2. kalau orang lurus baca, point 1 sampai 6 pun siapa2 pun takkan setuju. anda tak faham ke yang artikel saya ini cuma sarkastik?

      Padam
    3. ramai yg x setuju 100% pasal artikel apa yg terlampau bagus kt jepun, tapi mungkin ada je yg akan bukan sepenuhnya 100% setuju pasal artikel ini sebab boleh dijadikan teladan utk suatu masa lain.. kan okeh tu..

      kalau difikirkan,, contoh kita pergi satu restoran fast food,, orang kt kaunter muka masam,, cakap macam nk kene lempang masa nk order meal kita,, masa lepas dah bayar kita fikir kita nak dia layan elok2 lepas ni.. dan itulah sebaliknya,, orang layan baik2,, kita xsuka, orang layan buruk,, lagi la kita xsuka,,

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.