Iklan Leaderboard

Khamis, 31 Januari 2013

60 10 hari tak makan nasi

Marilah kita bersedekah...



Rabu, 30 Januari 2013

41 Antara Nazmi Faiz dan Messi Malaysia

Apa masalah pemain bola sepak kita?



Selasa, 29 Januari 2013

65 Misteri kematian kanak2 dan kaitan dengan politik

Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera? Artikel ini diambil dari Berita Semasa.

William Yau Mati Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?


Isnin, 28 Januari 2013

32 Anda BUTTHURT? Sila isi borang ini

Anda butthurt?



Ahad, 27 Januari 2013

41 Segmen Blog & Karier #6

Segmen Blog & Karier kembali untuk siri ke-6, dan mungkin ini adalah siri yang terakhir, kerana selain dari blog ahli politik, amat susah nak cari blog seorang career man/women yang isi kandungannya lebih fokus kepada kerjaya atau bidang kerjaya mereka sendiri. Yang aku jumpa kebanyakannya tulis lebih kepada kehidupan peribadi, keluarga, anak2 atau jual baju, kain, tudung dan baju kurung peplum. Dan mungkin dengan tamatnya segmen ini, mungkin Segmen Terjah Blog Awekz akan disambung semula. Kredit to kucing oren dan Lynn si pipi merah.



Jumaat, 25 Januari 2013

47 Idola yang jatuh

Dalam kehidupan setiap orang, mesti akan ada seseorang yang dijadikan sebagai idola, dan biasanya idola kita ni adalah seorang yang kita amat kagumi dan berharap satu hari nanti kita akan dapat menjadi sebagai idola kita itu. Namun, apa perasaan kita bila satu hari idola yang kita sangat kagumi ini jatuh menjadi "Fallen Idol"?



Khamis, 24 Januari 2013

60 Simbolik perarakan Maulidur Rasul

Selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kepada semua umat Islam dan selamat bercuti kepada semua rakyat marhaen sekalian.



Rabu, 23 Januari 2013

53 Goku VS Superman: Siapa akan menang?

Pernahkah anda terfikir apa akan jadi bila wira dari negara matahari terbit iaitu Son Goku dari manga/anime Dragon Ball hasil Akira Toriyama bertembung dengan superhero dari negara Pakcik Sam iaitu Superman, siapakah di antara mereka yang lebih kuat dan akan memenangi perlawanan ini?



137 Susahnya nak kahwin zaman sekarang

Nak berkahwin sebenarnya amat mudah. Kalau ikut rukun nikah hanya ada 5, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, Dua orang saksi lelaki serta Ijab dan kabul (akad nikah), itu sahaja, dan segala yang haram sebelum ini menjadi halal.


Selasa, 22 Januari 2013

62 Lagi kawan2 yang asshole - Part 2

Minggu lepas banyak sangat entry pasal isu2 semasa dan politik, so minggu ni aku ingat nak tulis pasal benda lain yang lebih santai dan tak berat sangat. Sebelum ini aku pernah tulis kat entry pasal tahap2 kawan iaitu Sahabat, Kawan, Kenalan dan Musuh serta kawan lama yang asshole. Itu aku lebih fokus kepada kawan lama, yang ni adalah jenis2 kawan semasa yang korang kena hadap tiap2 hari yang harus di'ban' dan downgrade ke tahap "tak kawan sangat" atau kenalan saja.



Isnin, 21 Januari 2013

36 Kenapa orang suka jadi artis dari ahli sukan?

Kenapa orang lebih prefer untuk memilih menjadi artis daripada ahli sukan di Malaysia?


Ahad, 20 Januari 2013

55 Day Twenty: Barang hilang, katil gegar & rasuk

Satu ketika dahulu aku pernah belajar di sebuah sekolah berasrama penuh yang agak usang yang lokasinya terletak di ceruk2 kampung jauh dari bandar. Selama 5 tahun aku menuntut di sana dari jadi mangsa buli senior sehinggalah jadi pembuli junior. Di sekeliling sekolah aku ada sebuah masjid lama, kawasan kampung yang tidak ramai orang dan hutan belantara. Pada waktu siang, dari kelas aku boleh bilang kereta yang lalu di jalanraya depan sekolah aku. Bila jam 6 petang sahaja, jalanraya lengang langsung tiada kenderaan, kawasan sekeliling menjadi sunyi sepi seolah2 "bandar mati". Kata orang kampung, kawasan ini agak keras dan berpuaka kerana dulu pernah menjadi kubur tentera Jepun


6 Segmen Blog & Karier #5

Macam biasalah, hari minggu mesti kena ada segmen, so sekarang masa untuk Segmen Blog & Karier siri ke-5. Rasa tak perlu nak cerita banyak lagi, rasa semua pun tau segmen ni macam mana, dan seperti yang aku tulis sebelum ni sangat susah untuk aku cari blogger seorang careerman/woman yang isinya bagus, selalu update dan berkualiti. Sebab tu untuk satu siri aku hanya dapat terjah 5 blog sahaja. So aku harap korang boleh cadangkan blog2 yang korang rasa boleh dimasukkan dalam segmen ini, malah kalau korang nak promote blog sendiri pun boleh, tapi at least biarlah berketepatan dengan objektif segmen ini iaitu Blog & Karier. Kredit dan backlink akan diberikan sekiranya cadangan korang dipilih untuk dipaparkan dalam segmen. Kredit to nitro untuk blog MP Kota Belud.



Jumaat, 18 Januari 2013

52 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 10

Minggu ini merupakan minggu FINAL bagi Maharaja Lawak Mega 2012. Entry ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE bagi Maharaja Lawak Mega Minggu ke-10 (FINALE) yang akan berlangsung SECARA LANGSUNG di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. VIDEO persembahan semua dah ada, cepat tengok sebelum kena remove.

Hanya 5 kumpulan yang tinggal untuk finale iaitu Jozan, Jambu, Shiro, Boboi dan SayWho. Tema malam ni adalah "Muzikal" dan "Freestyle". Tema Muzikal pernah dibuat pada minggu ke-5 dengan aku memilih Jambu sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik dengan lagu Malique & Black Teman Pengganti nak pergi jamban pun bersama. Untuk tema Freestyle (bebas) pernah juga dibuat pada minggu pertama dan aku juga memilih Jambu masa tu sebagai persembahan terbaik. So seperti yang aku tulis di ulasan minggu ke-9, Jambu merupakan pilihan aku untuk jadi juara malam ni, tapi menang kalah adat pertandingan, sapa2 yang menang pun dah memang rezeki dia, yang penting aku harap semua peserta dapat all-out dan buat yang paling terbaik malam ni kasik semua pecah perut.



165 Setuju atau tidak guna kalimah Allah dalam Bible?

Sebelum ini timbul isu DAP menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak seperti di laporan Sinar Harian ini.



Khamis, 17 Januari 2013

78 Oh gadis itu sungguh bertuah

Oh siapakah gadis yang sungguh bertuah itu?

110 Hak bukan Melayu/Islam yang lebih istimewa

Semalam ada komentar mintak aku ulas pasal isu yang membabitkan pelakon berbangsa Cina, bukan Patrick Star ya tapi Patrick Teoh yang dikatakan menghina agama Islam dan Al-Quran.



Rabu, 16 Januari 2013

116 Selebriti Internet mee segera

Aku mengambil masa bertahun untuk cuba memperkenalkan Buasir Otak ni dengan melacurkan link di macam2 blog, tapi masih lagi tidak berapa nak berjaya. Najwa Latif mengambil masa 6 bulan dari tempoh beliau upload video pertamanya di Youtube sebelum dapat jadi recording artist. Tapi dengan hanya berbekalkan rupa paras dan menjadi pencacai politik, mereka terus menjadi selebriti internet mee segera dalam sekelip mata.



Selasa, 15 Januari 2013

94 Sikap penguasa undang2 dan persepsi orang ramai

Jumaat minggu lepas telah berlaku sebuah kemalangan di Manjung, Perak yang melibatkan dua lori tiga tan, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal itu mengakibatkan empat parah sementara 11 yang lain cedera, dan dikatakan kemalangan ini berpunca daripada Toyota Harrier milik Jabatan Pengangkutan Jalan.



Isnin, 14 Januari 2013

74 Siti Nurhaliza kini hijabista

Ya, ini adalah blog hiburan. Aku mula rasa nak tukar blog ni jadi blog hiburan macam Beautiful Nara, mana tahu boleh masuk top 10 ranking Google Zeitgeist tahun 2013 ni. Malas la nak tulis pasal politik, masing2 asyik nak gaduh je sapa salah sapa betul. So mulai hari ni aku akan korek rahsia, gossip dan kontroversi artis dan selebriti tempatan tanpa rasa belas kasihan. Dan kita start dengan cerita sensasi iaitu Dato' Siti Nurhaliza kini sudah pun masuk kelab hijabista dengan memakai tudung litup sempena hari lahirnya yang ke-34 pada 11 Januari 2013 yang lepas dan meninggalkan imej tudung separuh2nya yang lama.



Ahad, 13 Januari 2013

26 Segmen Blog & Karier #4

Segmen Blog & Karier datang lagi untuk siri ke-4 dengan menerjah blog2 seorang career man/woman. Sebagai makluman blogger yang diterjah tu samada sedang mempunyai karier, pernah mempunyai karier atau bakal mempunyai karier tak kira la jurutera ke, doktor ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke, programmer ke, pensyarah ke, wartawan ke, arkitek ke, pelukis komik ke, ahli sukan ke, menteri ke, wakil rakyat ke, penyanyi ke, pelakon ke, apa2 jenis kerjaya di Malaysia atau luar negara. Kredit to لين Si Pipi Merah dan Tanpa Nama -LA-.



187 Ulasan jujur mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada hari ini di Stadium Merdeka sudah tamat jam 5.00 semalam. Perhimpunan ini dianjurkan oleh parti komponen Pakatan Rakyat serta NGO2 seperti Anti-Lynas, BERSIH, ANAK, 'R' dan lain2 yang pakai baju kuning, hijau, merah, oren dan warna apa lagi ntah. Tujuan utama himpunan ini diadakan adalah untuk membuat 8 tuntutan kepada kerajaan iaitu:


Jumaat, 11 Januari 2013

37 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 9

Macam biasa entry ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE bagi Maharaja Lawak Mega Minggu ke-9 yang akan berlangsung SECARA LANGSUNG dengan delay di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak. VIDEO persembahan dah diletakkan, sila tengok cepat2 sebelum diremove.

Minggu ni peserta tinggal 5 kumpulan sahaja, aku tak pasti bila dan berapa kumpulan yang akan ke final. Tema malam ni "Peribahasa" dan "Silent Comedy". Bagi aku peserta yang paling kuat dengan tema Peribahasa adalah Abon dari kumpulan Sabon, tapi sayang diorang dah terkeluar. Manakala untuk tema Komedi Senyap, kalau berdasarkan persembahan di Maharaja Lawak 2011 memang makanan Jambu (boleh baca ulasan aku mengenai kekuatan peserta ML2011 dulu kat sini), tapi sekarang tak tau la. Apa2 pun adakah Zizan masih lagi bertanding secara solo malam ini, kita nantikan.



28 Segmen Contest - Pertandingan Menaip Perkataan 1st


Anda suka menaip perkataan '1st' ?

25 Segmen Movie - Lincoln


1. Juga download torrent kerana kita tidak mempunyai banyak filem menghargai sejarah sendiri apatah lagi negara berpaksikan Yahudi seperti Amerika.

15 Segmen Movie - Django Unchained


1. Download menggunakan torrent kerana cerita ini tidak akan melepasi tahap penapisan FINAS.

53 Ini adalah entri sampah



Dear Noob dan Pembaca,

45 Imej parti busuk kerana pencacai

Esok Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 akan diadakan di Stadium Merdeka yang dianjurkan secara bersama oleh Pakatan Rakyat, geng baju kuning Bersih, geng baju hijau Anti-Lynas, geng baju merah Tuntutan Royalti Kelantan, geng baju oren Selamatkan Felda dan lain2 yang berkaitan dan dijangka merupakan perhimpunan terakhir mereka sebelum PRU13.



Khamis, 10 Januari 2013

72 Duit beli rokok boleh buat beli Mercedes

Sepasang kapel yang dah 10 tahun kapel...



Rabu, 9 Januari 2013

77 Filem tempatan yang takut memapar realiti

Dulu aku pernah tulis kenapa filem tamil lebih superior dari filem melayu disebabkan action packnya yang tak masuk akal. Kali ni aku nak cakap kenapa filem atau drama tamil, bollywood atau negara lain jauh lebih super dari cerita tempatan. Sebab filem luar tak takut memaparkan realiti dalam jalan ceritanya tapi filem kita jalan ceritanya sangat fake serta begitu fobia nak paparkan realiti.



Selasa, 8 Januari 2013

82 2 sebab orang Melayu susah nak maju

Orang melayu yang begitu ramai di negara kita ini sebenarnya sangat berkebolehan dan berpotensi untuk menjadi satu bangsa yang sangat maju dan berjaya, tapi ada 2 faktor utama yang menjadi penghalang.



Isnin, 7 Januari 2013

42 Melayu dan hiburan berpisah tiada

Tamat sudah Anugerah Juara Lagu 27 dengan juaranya adalah lagu Yuna - Terukir Di Bintang yang dinyanyikan oleh Aizat sambil bawak cawan kopi, tempat ke-2 lagu Idola nyanyian Azlan & The Typewriter dan tempat ke-3 lagu Hafiz - Ku Akui manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Black & Malique - Teman Pengganti dan Vokal Terbaik dimenangi Hafiz.



Ahad, 6 Januari 2013

44 Medan aku datang!

Wanita Medan dikatakan miliki pakej idaman lelaki melayu masakini...


Sabtu, 5 Januari 2013

29 Segmen Blog & Karier #3

Seperti yang sedia maklum, Segmen Terjah Blog Awekz telah dihentikan buat seketika waktu untuk digantikan dengan Segmen Blog & Karier yang sudah masuk siri ke-3 demi menerjah blog2 seorang career man/woman samada sedang mempunyai karier, pernah mempunyai karier atau bakal mempunyai karier tak kira apa2 jenis kerjaya dan profession pun samada di Malaysia atau luar negara. Kredit to hime s dan Tanpa Nama.



Jumaat, 4 Januari 2013

19 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 8

Baca ulasan LIVE REVIEW & UPDATE bagi Maharaja Lawak Mega Minggu ke-8 yang berlangsung SECARA LANGSUNG dengan delay di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. VIDEO persembahan sudah diletakkan, cepat tengok.

Sebab peserta pun tinggal 6 sahaja, so macam minggu lepas, gelanggang malam ni ada 2 pusingan juga bertemakan "Cerita Rakyat dan Radio". Tema radio pernah dibuat kalau tak silap masa Raja Lawak musim berapa dulu, tapi cerita rakyat belum lagi rasanya. Walau minggu ni buat kat hometown Zizan, tapi untuk minggu ni Zizan mungkin terpaksa membuat persembahan secara solo selepas Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen. Seingat aku kali terakhir aku tengok Zizan membuat persembahan komedi secara solo masa Raja Lawak musim pertama, kecuali Super Spontan, tapi tak boleh dikira kerana formatnya lain. Tak tau la minggu ni dia boleh buat dengan baik atau tak tanpa Johan, sebab bagi aku dalam banyak2 bekas peserta Raja Lawak, yang betul2 boleh buat stand-up comedy secara solo dengan sangat bagus adalah Nabil je.



56 Tahun maju ke depan, minda undur ke belakang

Malam tahun baru di ibu kota...


Khamis, 3 Januari 2013

103 Awek VS sahabat sejati

Suatu tengahari yang tak berapa nak indah, baru tengah nak rempit pergi KLCC, tiba2 motor bikin hal.

Call awek:



Rabu, 2 Januari 2013

44 Bila CEO dah mengamuk

Respect is something that must be earned, not given or something you demand. Ya aku pernah tulis dahulu di sini.



79 Kebangangan tak kenal usia, bangsa atau agama

Baru masuk tahun 2013 dah ada cerita tak best. Ada seorang wanita Cina mendakwa hampir kena rogol oleh budak Melayu yang berumur 13 tahun (baru form 1 kot) kat tandas wanita stesen minyak Shell selepas selesai sahaja berak. Sumber dari Soszcyili dan MyNewsHub.



Selasa, 1 Januari 2013

27 Sewa ruang iklan @ Buasir Otak

Setelah setahun lebih blog Buasir Otak online dan bersempena Tahun Baru 2013, maka kami dengan berbesar hati akan menawarkan ruang/tapak iklan untuk disewa dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM20/sebulan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...